Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua di hari terakhir bulan Mac ini?
Masih mood raya kah semuanya sebab Syawal kan sebulan😊?
Macam mana bulan Mac 2026 kome?
Awesome sebab ada Ramadan dan Syawal di bulan Mac ini kan?
Bulan Mac den warna-warni macam warna warni Aidilfitri juganya.
✅Aidilfitri disambut seadanya dan sederhana. Ini memang tema kami 4 beranak sejak dulu kala lagi.
✅Tengok wayang movie Lord of The Ring Return of The King extended version seorang diri pada 20 Mac hari terakhir Ramadan😅. Den dan kuban-kuban berpisah tiada😅.
✅Memasak rendang (walaupun tukang potong dan kacau rendang je pun😅) setelah bertahun lama tidak memasak rendang.
✅Alhamdulillah kami bertiga kecuali F menginjak tua 1 tahun lagi pada Mac 2026 ini. Tidak semua orang berpeluang untuk menua. Jadinya kita bersyukur apabila bertambah umur saban tahun ye. Rezeki den tahun ini meriah pula sambutan birthday nya.
![]() |
| Officemates merangkap travel buddies belanja 2 orang March birthday girls makan - den dan makwe sebelah den menua pada Mac 2026 ni |
✅Pergi Zoo Negara. Untuk 30 hari selepas tarikh lahir, kita dapat masuk Zoo Negara percuma. Jadinya cuma bayar tiket untuk F sahaja. Melayankan kiddos ke sini. Kalau ikutkan omma dan appa nya ni, kami tidak lalu hendak menapak ke hulu ke hilir di bawah panas mentari😅.
![]() |
| My Backstreet Boys |
![]() |
| Pusat Pemuliharaan Panda ni rasanya yang paling mahal nak maintain dengan aircond dalam kawasan besar |
✅Berbuka puasa dengan 2 orang ex-housemates. Duduk dekat-dekat je tapi masing-masing busy mengalahkan PMX😅. Kali terakhir jumpa Ramadan 2025. Persahabatan kami menjangkau 23 tahun. Alhamdulillah.
✅Kerja memang berwarna-warni Aidilfitri. Pergi lawatan tapak semasa Ramadan memang mencabar ye sebab tidak boleh singgah minum teh o ais😅.
![]() |
| Tutup muka halang hama bulu ayam😅 |
✅Terima seorang ahli baru dalam team kami. Semoga dapat bekerjasama sebaiknya selagi mana masing-masing menjalankan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor. Ha...ayat gomen udah keluar😅.
✅Alhamdulillah dapat membaca 15 buah buku sepanjang bulan Mac 2026 ini.
Macam-macam kisah Mac 2026 ini ye lagi-lagi kisah global berkaitan Iran vs US.
Semoga yang baik-baik untuk kita dan dunia ye.
Alhamdulillah masih ada rezeki untuk sampai ke hari terakhir di bulan Mac.








Terima kasih atas khidmat bakti mod negeri Selangor :D
ReplyDeleteSy 1 buku pun belum habis utk 3 bulan pertama 2026 ni huhu
Hehehe sama-sama kasih. Ayuhhhh semangat untuk terus membaca untuk hari mendatang💪
Deletecepatnya dah berlalu Mac. April dah hari ni.
ReplyDeleteItu la. Sekejap sangat kan. Semoga April molek-molek untuk semua
DeleteHappy Birthday 🍰🎂🍰🎂🍰
ReplyDeleteHappy Belated Birthday 🎁🎉🎁🎉
Semoga sentiasa sihat, diluaskan rezeki, dilindungi & dirahmati Allah.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Terima kasih Mulan atas doanya. Aminnnnnnn
DeleteCheck email ya 😍😍😍
ReplyDeleteUdah tengok. Terima kasih atas ucapan-ucapan manisnya😍
DeleteLast year saya dtg zoo, takde lagi pandanya. Tahun ni kena repeat lagilah tengok panda pulak.
ReplyDeleteBulan mac mmg terasa lama kan. Ramadan, syawal, el nino, perang...
Mac 2026 memang pelbagai warna warni kehidupan yang mendebarkan
DeleteHaiiiish baca buku nih, saya mesti fokus sangat. Kecuali memang tak ada target lain, mungkin bisa cepat. Atau kalah halaman di bawah 200 okelah bisa sehari. Tp kalau dah lebih dari 300 halaman, saya susah nak tamatkan dalam 1 hari. Makanya saya buat seminggu 1 buku 😅
ReplyDeleteHebat Fanny kalau bisa habiskan 1 buku 1 hari💪Konsep KSarie bila membaca ni asal membaca. Kalau reading slump tu langsung tidak mahu pandang buku😅
DeleteYa Allah, rasa seronok ada peluang lihat depan mata panda tu dek..
ReplyDeleteBetul itu cikgu. Comel aje pandanya. Mengingatkan saya kepada Kung Fu Panda
DeleteBestnya, KSarie sempat tengok Lord of the Ring, Return of the King, extended version. Pergi zoo pun best juga. Seronok dapat sambut birthday, makan² dengan kawan².
ReplyDeleteAlhamdulillah untuk rezeki di bulan Mac. Semoga April kita molek-molek juga ye Tot
Delete