Assalamualaikum.
Apa khabar di hari Isnin ini?
Ada yang ambil cuti ke sebab esok cuti Maulidur Rasul.
Den keroje siap pakej ada mesyuarat bagai😅.
Minggu lepas den berkesempatan untuk makan di Dodo Korea buat pertama kali selepas dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada pertengahan Februari 2026 dan dia tutup kedainya untuk diubahsuai.
Macam baru dibuka semula sebab nampak ada jambangan bunga tahniah di luar kedai.
Nampak lebih lapang tempatnya.
Cuma meja dan kerusi tinggi untuk orang solo udah tiada😪.
Den selalu suka lepak makan di kerusi tinggi ini sambil pandang luar dan melayan perasaan begitu😅.
Set Dodo Dosirak
Den memang udah bertahun memang akan pilih set Dodo Dosirak.
2 menu utama yang den pilih dari dulu adalah beef bulgogi dan soy garlic chicken.
Dia sejenis tidak tahan makan pedas tapi hendak makan makanan Korea.
Jadinya 2 menu ini adalah yang selamat untuk perut den😅.
Sekali eh Set Dodo Dosirak ini sudah naik harga la menjadi RM19😅.
Selama ni den makan setnya RM16.
Masa awal diperkenalkan set ini RM13.50 kalau den tidak silap.
Den tidak pasti adakah tunas rasa den yang terpleot baru-baru ini atau bagaimana.
Soy garlic chicken nya kurang crispy dan kurang rempah begitu.
Beef bulgogi macam extra manis pula.
Lepas itu mash potato nya lembik banget huhuhu.
Langsung sedikit kecewa sebab udah lama tidak makan kan.
Excited la hendak makannya.
Sekali eh kenapa rasanya begitu ye.
![]() |
| Ini set yang den selalu ambil. 2 menu utama kita boleh pilih. Didatangkan bersama fish cutlet, kimchi, fishcake, mash potato, nasidan 2 potong tembikai |
Tidak mengapa in sya Allah ada rezeki nanti kita cuba makan lagi.
Mungkin hari itu resepinya terlari sedikit kot ye.
Kalau begitu juga kualiti rasanya nanti, mungkin kita boleh pertimbangkan restoran lain pula ye😅.
Chopstick kayu juga ditukar kepada chopstick besi.
Mungkin lebih cost effective, hygienic dan mudah dibasuh.
Makanya den yang tidak begitu pandai makan menggunakan chopstick kena guna sudu garfu sahaja sebab asal hendak ambil makanan dengan chopstick besi itu, makanannya tercopot jatuh aje kerojenya😅.
Perumpamaannya tidak pandai menari lantai pula dikatakan jungkang-jungkit ye😅.
![]() |
| Orang introvert macam den ni bahagia bila dapat menjamu selera di restoran yang tidak ramai orang😅 |
Den suka makan di sini sebab sebab Set Dodo Dosirak ni macam sedang elok untuk den.
Kimchi nya pun tidak perit rasa cukanya.
Kepada sesiapa yang tersinggah di NU Sentral dan KL Sentral boleh singgah makan sini ye.
Jaga diri semua.







Lapangnya kedai, banyak tempat duduk pula tu. Sedap ke, KSarie? Sebab jujur, saya tak pernah makan makanan korea termasuk kimchi.
ReplyDeleteKSarie ni semua makanan pun makan itu masalahnya😅KSarie suka makanan Jepun dan Korea. Untuk tekak KSarie memang kena la. Kimchi yang kurang perit cukanya KSarie boleh makan. Kalau yang perit sangat tu KSarie tak lalu juga nak telan
DeleteKita pun tak pandai guna chopstick :(
ReplyDeleteMakan sendirian pun okay, boleh menikmati sepenuhnya makanan depan mata.
Ha...untuk orang introvert macam KSarie, makan sorang-sorang adalah satu kebahagiaan
DeleteAlaaaa kita blm berkesempatan nak makan kat situ. Becinta tul nak jejak Nu sentral ni hehehe.. tp.tgk wajah baru kedai ni lagi nampak semangat nak cuba
ReplyDeleteHa sila...sila...nampak lebih lapang dan santai layout baru ni
DeleteAduh, faham perasaan frust tu! Bila dah excited teringin Korean food, tapi rasa tak capai expectation.
ReplyDeleteLangsung kecewa
DeleteMalangnya makanan Korea ni bukan selera uncle lah... Dah cuba namun tak berjaya memikat
ReplyDeleteHa ramai juga kawan-kawan saya yang tekak mereka tidak ngam dengan makanan Korea
DeletePeminat korean food mesti kenal tmpt ni kan.. saya baru tahu jer ada kedai nama dodo ni huhuu..
ReplyDeleteHa...ramai peminat kedai ni. Kalau datang tengahari memang bertabahlah kena beratur panjang
DeleteKami pun sejenis suka makan di kedai tak ramai orang. Kalau yang kena beratur tu memang kami lintas langsung je. Ni kena try lah nampak sedap semua.
ReplyDeleteKan...tak lalu menunggu kalau ramai2 beno
DeleteNampak luas tapi macam tak privacy sangat meja antara meja macam rapat sikit. Bukan harga je berubah, rasa pun turut berubah jugak ek.
ReplyDeleteSusah sikit kalau guna chopstick besi, mudah tergelincir makanan tu. Tapi kalau jenis besi petak tu okay lagi kot. Kalau bulat tu jenuhlah.
Tak tahulah bila nak pergi makan di kedai korea sebab kita je yang minat.
Ha kena cari geng tuh untuk makan makanan Korea. KSarie sebab spesies lone ranger so kalau teringin apa-apa yang orang lain tak beberapa minat, KSarie pi makan sorang-sorang😅
DeleteTapi kalau chopsticks, Korea punya memang selalu pakai yg besi kan kak. Mereka tak pakai sumpit kayu, sebab sejarahnya dulu banyak makanan yg diracuni utk kluarga kerajaan. Jadi pakai besi supaya terdeteksi.
ReplyDeleteTp kalau soal rasa tak sama lagi, sayapun akan kecewa. Malah biasanya JD malas DTG lagi , sebab berarti restoran tuh tak konsisten soal rasa.
Makanan Korea fav saya . Memang sukaaa kalau ketemu yg sedap dan halal
Harapnya nanti kualiti makanannya akan sama rasa seperti yang dahulu kerana KSarie suka sekali makanan di sini
DeleteRasanya pakai chopstik besi atau plastik lagi mudah sebab berat.
ReplyDeleteAkak belajar guna rasanya almost 30 yrs back bila company kerap ada function kat resto/kelab yang menyajikan chinese cuisine...
Sebenarnya KSarie yang tak reti guna chopstick tu kan😅
Delete