Awesome August
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam pada menguruskan kehidupan yang macam-macam cerita.
Tiba-tiba sudah masuk bulan Ogos.
Macam eh apa terjadi pada 7 bulan yang lepas ye😅.
In sya Allah Ogos ini akan awesome sebab 31 Ogos jatuh pada hari Ahad.
Jadinya Isnin cuti ganti.
Yeay😅.
Apa agenda dan rancangan bulan Ogos ini?
Kalau kisah kerja yang tidak berkesudahan ini, ada banyak sangat perkara yang perlu dibuat😅.
In sya Allah memang macam-macam kena buat.
Cuma kadang-kadang terfikir bilakah giliran den hendak menang cabutan BSN RM1 juta lalu den boleh bersara😅.
Sentiasa kena ingatkan diri supaya bersyukur kerana masih ada kerja.
Ada beberapa orang kakitangan di pejabat ini (termasuk pasukan den) yang ada kelulusan degree.
Dengan pointer 3.5 ke atas.
Dapat selendang merah jambu dan anugerah dekan.
Bekerja di jawatan yang kelayakannya SPM.
Baru-baru ini ada temuduga untuk jawatan pembantu tadbir sambilan.
12 orang yang hadir.
8 orang daripadanya mempunyai degree.
Jadinya den perlu banyak-banyak muhasabah diri kan?
Hujung Ogos ini sebuah movie bertajuk Primitive War akan ditayangkan di pawagam.
Kombinasi Perang Vietnam dan dinosaurs.
Disebabkan anak sulung den masih cintakan dinosaurs, dia bersemangat waja mengajak den tengok cerita ini sejak dia tengok trailer movie ini😅.
Dia juga suka tanya soalan pasal kisah perang macam ‘mama…kenapa Amerika kalah dalam Perang Vietnam? Akan ada Perang Dunia Ketiga ke?, dsb.
Makanya dia berhasrat benar hendak tengok movie ini.
Maknanya terpaksa la den tengok cerita ini nanti ye demi kasih sayang kepada anakanda tercinta😅.
In sya Allah.
Den berharap sangat reading slump yang bermula pada Jun lepas akan berakhir pada Ogos ini.
Ada banyak sangat buku-buku awesome yang menanti untuk dibaca.
Tetapi entah kenapa semangat untuk membaca itu sudah ke laut dalam.
Jangan la den terjebak dengan reading slump yang pernah berlanjutan bertahun-tahun.
Ngeri ooooo.
Yang pastinya bulan Ogos ini ada berjujuk KDrama menanti😅.
Ada pelakon-pelakon yang memang den berkenan dooh macam Lee Min-ki, Park Hyung-sik dan Kim Jae-young.
Tapi KDrama yang den paling hendak tengok adalah My Troublesome Star.
Macam bengong je ceritanya😅.
Ada beberapa KDrama lakonan new uncovered hearttrobs iaitu Kim Young-kwang, Choo Young-woo dan Park Jin-young yang perlu disiasat.
Lepas tuh banyak KDrama yang tahun lepas-lepas tidak sempat tengok.
Nampak macam akan ada sesi rabak mata dengan jayanya ni😅.
Rancangan hendak mula bersenam dan jaga makan itu memang setiap bulan hasratnya.
Tetapi saban bulan pun terbengkalai juga😅.
Makanya ayuh diusahakan lagi ye untuk bulan ini😅.
Semoga bulan Ogos kita yang molek-molek dan banyak membawa khabar bahagia.
Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk jalan terus tidak kira apa keadaannya.
Semoga gembira sokmo yar.
In sya Allah.
Den akhiri post pertama di bulan Ogos pada hari Isnin dengan gambar 3 orang new uncovered hearttrobs setakat Julai 2025😅.
Sebab hari Isnin kita perlu awesome untuk menjalani hari-hari seterusnya.
Kim Young-kwang dalam KDrama Trigger
![]() |
Choo Young-woo dalam KDrama Head Over Heels. Antara KDrama awesome yang den berangan hendak review nanti |
![]() |
Park Jin-young dalam KDrama Our Unwritten Seoul. Antara KDrama yang den berkenan tahun 2025 ini. |
36 Comments
tak sabar ni nak tunggu 31 ogos sebab nak cuti ganti isnin tu!
ReplyDeleteramai je budak ada degree tak kisah bekerja dengan pangkat rendah, asalkan diorang masuk kerja kerajaan yg dah bertitle jawatan tetap, secure sikit.
eh Choo Young-woo tu, sekarang saya tgh tengok citer yg dia berlakon! the tale of Lady Ok, best jugak citer ni. hero hensem kita cuci mata jap haha
Ha hesmes kan Choo Young-woo ni. Lepas habis Lady Ok tuh sila tengok dia dalam Head Over Heals pula ye😊
Deletesaya suka Lee Min ki... saya pun ada buku yang tengah baca ni... tak habis habis.. baca 3 lai.. menguap...buku yang menanti untuk dibuka pembalut pun banyak lagi
ReplyDeleteUnderated kan Lee Min Ki ni. Harap dia dapat KDrama yang best-best. Harap kita terus kekal semangat hendak membaca ye💪
DeleteSelamat menjalani dieat yang sihat jika sudah mulai dieat ya...Apapun tahniah selalu muhasabah diri, bila baca cerita ni..tenang adan aman aman ja ya
ReplyDeleteIn sya Allah cikgu. Semoga kita semua dipermudahkan apa jua urusan kita ye
DeleteSaya sudah cukup lama tidak bekerja, sudah sekitar 25 tahunan. Saya kini kerja online, menulis dan konten kreator youtube. Wah saya jadi penasaran itu film primitive war, nah kalau Kpop, saya kok kurang begitu suka
ReplyDeleteWahhh mas sudah kerja dari rumah begitu lama yar. Semoga 1 hari nanti mas bisa kongsikan cerita tentang kerja mas yar. Mas cuba tengok 1 KDrama Mas. Mungkin terpesona nanti😊
DeleteKalau menang cabutan 1juta tu jangan lupa open table ye?!
ReplyDeleteIn sya Allah...kita open table khas untuk geng blogger💪💪
DeleteLately memang jarang dapat tengok kdrama ni. Busy sikit lah konon. Pastu bila free malam, kalah battle dengan hubby berebut tv haha.
ReplyDeleteHahahahaa kalah battle tv tuh pedih betul rasanya
DeleteSeronok kalau ada extra cuti tu kan. Kalaulah kita dapat rezeki menang tu. Alangkah bertuah rasa. Choo Young-woo pelakon yang tengah naik sekarang ni. Kalau ada pelakon favourite, lagi excited kita nak tengok. hihi...
ReplyDeleteHa Choo Young-woo antara pelakon in demand sekarang ni. Lesung pipit dia yang paling mahal😊
DeleteDia racun lagi, dengan KDrama-nya. 😁
ReplyDeleteSelamat menonton nanti, cerita perang vietnam dan dinasour.
Semoga yang baik-baik saja untuk kita semua, di bulan Ogos. Aminn..
Aminnnnnn
DeleteAgustus ini saya tak kemana2, nak menabung dulu setelah cuti panjang June-july kemarin 🤣. Kerusakan dompet dan rekening lumayan parah hahahaha.
ReplyDeleteDrakor yg Agustus ini memang bagus2 laaah. Saya pun dah ada beberapa yg langsung masuk list saya. Termasuk yg my troublesome star, lalu ada Aema Krn yg main Lee Ha Nee😍.
Trus Twelve sebab yg main Ma dong Seok 😍😍.
Trakhir Bon Appetite Your Mayesty. Cerita ttg kuliner dan masakan memang saya jarang skip
Seronok betul Fanny jalan-jalan liburan bersama keluarga. Ada banyak KDrama menarik Ogos ni yar. Semoga ada rezeki kita tengok cerita yang bagus dan manis yang bisa buat hati kita gembira😊
DeletePasti akan ada masa dapat juga urus semua hal ya..membaca santai, tengok drama..bersenam pasti..inshaAllah
ReplyDeleteIn sya Allah cuba diusahakan sebaiknya💪💪💪
DeleteSekarang cari kerja semakin sulit. Dan memang makin banyak yg punya degree title tp tak masalh melamar di pekerjaan yg lebih rendah. Terkadang kasihan juga dengan yg hanya lulusan high school , Krn banyak yg kalah saing. 😔
ReplyDelete2022 kalo tak salah saya sempat bikin challenge membaca, 1 buku 1 Minggu. Dan berhasil, bahkan exceed target.
Tapi lepas tuh , byeee hahahahah. Membaca tetap saya lakukan tiap hari, tapi menamatkan 1 buku macam lamaa sangat. Ntahlah kenapa. Padahal saya tak lagi kerja 😅.
Wahhhh 1 buku 1 minggu💪💪💪Bagus banget ni. Jealous saya😅
DeleteLagi ke depan lagi lagi sukar dan mencabar untuk dapat pekerjaan sebagaimana sekarang...pekerjaan yang memerlukan manusia sudah diganti dengan AI dan teknologi walaupun bukan 100 peratus...di tempat saya intern bertukar setiap 3 bulan tetapi kekosongan kerja mungkin 3 tahun sekali hehehe
ReplyDeleteBetul tuan. Teknologi semakin canggih, ramai orang semakin cerdik pandai, peluang kerja semakin berkurang. Semoga yang baik-baik untuk semua
DeleteAik, rasa pernah komen, tapi awat tak tubik? Adakah termasuk dalam spam? Misteri...
ReplyDeleteSorry Tot...KSarie busy sangat tak sempat nak approve comments huhuhuhu
DeleteMoga yang baik-baik saja sepanjang Ogos ini.
ReplyDeleteAminnnnnn
Deletetiba-tiba adik buat aqiqah pulak hujung bulan ni.. terus cancel nak pergi short trip dgn airasia hahahaha.. tak ke mana la jawap nya :D
ReplyDeleteBest tuh boleh makan kambing golek. Biasanya aqiqah ada kambing golek kan
DeleteWah seru juga kalau ada cuti tambahan di bulan Agustus ini, Mbak.
ReplyDeleteOh iya disini juga ada tambahan cuti. 17 Agustus Hari Kemerdekaanm jatuh pada hari Ahad. Jadi hari Senin 18 Agustus ditetapkan sebagai hari libur.
Semoga Agustus cerah ceria ya Mbak.
Salam,
Ooooo ada tambahan cuti juga ye untuk Indonesia. Pasti seru dapat rehat lebih lama yar. Semoga yang indah-indah Ogos kita ya
DeleteDh 10 bulan tak kerja, resign dr jaga arwah mak hingga jaga bapa pulak. Kena muhasabah diri walaupun tak boleh bekerja semula tp makan pakai cukup. Semoga berjaya marathon drama
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semua urusan Nina ye. Betul ramai orang cakap bukan semua orang direzekikan untuk menjaga orang tua. Tetapi penjaga ibu bapa terutamanya yang kurang sihat memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dan macam-macam lagi
DeleteKejap dh nak masuk September ehhh
ReplyDeleteItu la pasalnya kan😅
Delete