Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Amboi tajuk macam di dalam program Bicara Mufti pula kan😅?

Nanti penceritaannya entah apa-apa.

 

Apa khabar semua?

Hati berbunga-bunga ke tidak hari ini hari Jumaat😅?

Biasanya den memang akan terlebih ceria di petang hari Jumaat sebab akan berjumpa dengan hari minggu.

Kalau tidak ke mana-mana pun, den tetap gembira sebab tidak perlu ke pejabat😅.

Cuma hari minggu pada minggu ini perasaan agak libang libu begitu.

Sebab esok sehingga hari Selasa perlu kerja luar.

Bertabahlah ye😅.

 

In sya Allah kita usahakan membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat ini ye.

Kalau baca sekaligus 110 ayat biasanya akan mengambil masa lebih kurang 40 - 45 minit begitu.

Ada orang tahfiz di pejabat den bagitau supaya membahagikan 110 ayat kepada 5 solat waktu.

Jadinya setiap kali habis solat, kita membaca 22 ayat begitu.

Seusai solat Subuh, ayat 1 - 22.

Seusai solat Zuhur, ayat 23 - 45.

Seusai solat Asar, ayat 46 - 68.

Seusai solat Maghrib, ayat 69 - 91.

Seusai solat Isyak, ayat 92 - 110.

Tidak akan terasa lama katanya kalau buat begitu.

 

Kadang-kadang terfikir juga betapa laghonya diri den ini.

45 minit membaca Quran terasa begitu lama.

Tetapi boleh marathon berjam-jam tengok KDrama sekaligus sampai rabak mata pakej kepala weng.

Sakan boleh tengok wayang 2 jam.

Asyik melayari media sosial berjam-jam tanpa jemu.

Bisa karaoke sampai hendak tercabut anak tekak 1 jam terus.

Den ada mengikuti kelas mengaji setiap Selasa malam.

Asal hari Selasa, den akan terfikir apa alasan hendak ponteng kelas mengaji.

Padahal ustazah datang mengajar di bilik belajar di apartment den.

RM50 bagi 4 kali kelas setiap bulan.

One to one learning.

Dia punya malas hendak pergi kelas mengaji itu memang tidak boleh bawa berbincang.

Ada sampai satu masa ustazah sampai merajuk la sebab sakan sungguh den ponteng kelas.

Sekarang den usahakan supaya pergi juga kelas mengaji walaupun malas sampai mengesot macam suster ngesot😅.

 

Kenapa terasa malas hendak solat sunat Tahajud biarpun sekali sekala terjaga pukul tiga pagi sebab hendak pergi ke tandas?

Kenapa payah benar hendak menunaikan solat sunat Rawatib biarpun ada masa terluang?

 

Den sudah 47 tahun.

Ramai saudara dan kawan-kawan telah meninggal dunia.

Tetapi tetap juga den tidak istiqamah dalam melaksanakan ibadah.

Haish.

 

Bak kata Hamka Kereta Mayat, setiap hari kita semakin dekat dengan lubang kubur.

Tetapi tetap kenapa kan den tidak bisa istiqamah?

Semoga kita terus bersemangat dan tidak berpatah hati di dalam usaha untuk memperbaiki diri dalam semua aspek terutamanya ibadah.

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus istiqamah di dalam membuat perkara yang molek-molek ye.

Semoga hari Jumaat ini menjadi hari kita terus berusaha menjadi orang yang lebih baik.

Selamat berhujung minggu semua.

Take care.

 

 

0 Comments