Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat walafiat dan kekal semangat untuk urusan duniawi yang tidak akan pernah berkesudahan ini ye.

Semoga mereka yang memasak setiap hari akan terus bisa ada idea memasak pelbagai menu.
Semoga mereka yang dilanda kemarau idea untuk mengemaskini blog akan terus juga menulis biarpun sepatah dua kata.
Semoga kita semua sembuh daripada luka-luka yang kita tidak pernah ceritakan kepada sesiapa.
Eh...kenapa ayat terakhir udah macam petikan daripada buku tema healing ye😅.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke blog den dan meninggalkan komen yang manis-manis.
Terharu den.
Minta maaf begitu lama tidak berkesempatan hendak blogwalking ke blog semua.
Acah-acah sibuk tidak bisa dibawa berbincang begitu.
Rasa hendak lempang aje kan😅?
In sya Allah den usahakan nanti ye blogwalking.

Terpleot sungguh rasanya bulan Ogos ini.
Sudah beberapa kali hampir menjadi raksasa gorgon😅.
Kerja banyak dan mencabar itu satu perkara.
Terpaksa berurusan dengan orang yang dihantar untuk menguji tahap kewarasan dan kesabaran kita sehingga langit ketujuh adalah satu perkara yang berbeza😅.
Itulah kehidupan ye.

Siapa kata orang kerja kerajaan goyang kaki boleh mengular merata?
Meh sini den nak sekeh kepala deme😅.

Bermula hari pertama bulan Ogos unit den buat persiapan untuk bengkel brainstorming bagi menambahbaik dan mengemaskini tadbir urus dan tatakelola gerak kerja agar bisa menjamin ketersampaian perkhidmatan kepada orang awam.
Ha.....rasa hendak dilempang aje kan tulis ayat gomen sebegitu😅.

Macam-macam kena disediakan dan disiapkan.
Handphone den sokmo tersorok di bawah timbunan dokumen atas meja.
Bila hendak guna handphone udah sakan mencari😅.
Sampai den termimpi-mimpi pasal kerja.
Ada ke patut realiti hidup sudah bergelumang dengan kerja.
Sekali eh di alam fana mimpi pun pasal kerja.
Yishhh sungguh😅.

Patutnya mimpi la melangkah seiringan di bawah deretan pokok cherry blossom dengan Kim Young-kwang ke.
Mimpi berkongsi payung di kala hujan renyai dengan Choo Young-woo ke.
Mimpi menikmati salji pertama dengan Gyong Myung ke.
Mimpi mengopi dengan Keanu Reeves ke kan😅?
Mood den sepanjang 15 hari berkaitan kerja di bulan Ogos 2025 ini diterjemahkan oleh Choo Young-woo dengan begitu tepat sekali😅 

Bengkelnya Sabtu dan Ahad.
Lepas itu Isnin kena kerja macam biasa.
Memang lemau sungguh badan dan otak rasanya.
Seusai tamat bengkel, kena siapkan 9 kertas kerja sebelum 22 Ogos.
Baru siap 4 deraf kertas kerja.

Dalam masa yang sama kena semak dan luluskan lesen dan kiraan caj apa semua setiap hari.
Sambil membalas emails dan menjawab panggilan dengan kebanyakan aduan dan pertanyaan adalah dalam kategori 'inikah perkhidmatan yang cekap'😅.
Lawatan tapak ke kilang dan tapak perlombongan pasir pun berjujuk menanti.
Minggu akhir Ogos kena kerja luar 4 hari.
Belum lagi macam-macam hal lain.

Bila balik kerja rasa hendak tidur je.
Tapi eh sempat ye tapau nasi lemak lauk paru bagai hampir setiap petang😅.
Kalau dapat baca buku satu helai sehari pun udah rezeki sangat.
Biasanya handphone terjatuh atas muka la kiranya lepas 5 minit tengok KDrama ke FB ke apa ke sebab tertidur.

Walaupun den seorang yang introvert, kehidupan bermasyarakat harus juga dilaksanakan.
Ayat gomen habis ni😅.

Setakat 15 hari di bulan Ogos, den telah:
✅menyantuni kawan-kawan pejabat yang singgah di bilik den di pejabat untuk sesi luahan rasa;
✅menemani jiran makan tengahari di kedai di kala tiada bekalan elektrik di apartment;
✅makan puri dan telur ikan bersama bekas teman serumah sambil membincangkan topik utama 'bagaimana hendak survive gaji lambat lagi ni'😅;
✅makan tomyam bersama 3 orang jiran sambil merancang hendak JJCM buat kali ke berapa entah la tapi tidak jadi-jadi sampai sekarang😅;
✅meminjamkan telinga dan bahu kepada sahabat lama yang baru kematian ibu yang amat disayangi - dia tidak kahwin asbab hendak fokus menjaga arwah ibunya;
✅menziarahi sahabat sekolah menengah yang selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala;
✅bersembang dengan 3 orang pilots Grab;
✅menguruskan kisah anak bertuah den yang kedua, si A yang ditumbuk matanya oleh rakan sekelas merangkap kawan baiknya. Mujur sangat cermin matanya tidak pecah. Depa create scene dalam KDrama Vincenzo gamaknya ye😅;
✅berjumpa dengan guru berkaitan dengan anak bertuah yang pertama, si F. Ini pun kisahnya udah macam KDrama genre berbeza😅; dan
✅berurusan di bank sebab kad kredit diguna oleh scammer😡.

Biasanya den usahakan untuk zumba sekali seminggu.
Tetapi disebabkan hampir setiap hari sampai rumah ala-ala hampir matahari terbenam, makanya bak kata NSycnc 'Bye Bye Bye' je la ye😅.
Kelmarin den paksa juga diri berzumba.
Berakhir dengan lutut terpleot hendak melangkah naik Bas Selangorku pun udah hendak tergolek😅.

Begitulah kesimpulannya kehidupan den di 15 hari pertama di bulan Ogos ini😅.
Memang awesome sungguh bulan Ogos den kan?😅

Semoga baki 16 hari di bulan Ogos yang mendatang akan lebih awesome untuk kita semua yar.
Ayuh kita membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat yang barakah ini.
Semoga yang molek-molek untuk semua.
Have a great weekend ahead guys.
Take care.


19 Comments

  1. Hehehe... Dah lama tak jumpa perkataan 'Terpleot'... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu guna perkataan tuh sejak akhir-akhir ini

      Delete
  2. Ya Allah..ke tumbuk mata, kena jumpa pihak sekolah ..kan sekarang ada pekeliling baru sebelum mengajar di kelas, semua murid kena laung " saya benci buli" dah kenapa kena tumbuk..kasihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la tuan. Cikgu telah ambil tindakan kepada pelajar yang menumbuk. Suami pun telah berjumpa pelajar yang berkenaan. Harap yang molek-molek buat semua

      Delete
  3. Bulan ini, sebenarnya super malas saya menulis
    Ya karena terpaksa ada job artikel yang harus segera terbit
    Entah mengapa, semakin ke sini semakin malas menulis walau sebenarnya bahan artikel sudah banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hari-hari memang kita akan rasa malas hendak buat apa pun kan? Semoga fasa kita rasa malas ini cepat berlalu ye

      Delete
  4. Aiiiih poin trakhir yg cc dipakai scammer itu complicated sangat mengurusnya. Dan lamaaaaa. Krn cc suami saya 2x di hack scammers. Tak nak pakai lagi, tp memang terkadang perlu, trutama saat traveling .

    Semangaaàat kak... Kadang dalam 1 bulan tuh, adaaaa aja yg buat sibuk kan. Nanti kalau dah tak sibuk, baru bisa lah santai sedikit dan BW ke teman2 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar itu. Bila ada isu dengan bank ini memang remeh urusannya. Hmmmm

      Delete
  5. Masya-Allah, banyak betul yang KSarie lalui sepanjang 15 hari pertama bulan Ogos. Kalau sibuk, tak perlu la pergi zumba, kan dah terpeleot di situ. Hehe.. sori, tergelak. Handphone jatuh atas muka lepas 5 minit tu, macam suami saya je.. huhu... kesian, bawa-bawa berehat ye, KSarie. Saya pernah alami mimpi tengah buat coding, waktu tu, saya kerja sebagai junior programmer di KL. Giler betul.. nasib baik dah berhenti kerja, aman sikit otak saya. You are doing great KSarie. Kipidap dongibap. 💪

    ReplyDelete
  6. Scammer tu jgn ckp tiap kali masuk duit call . Ehh geram sah2 org bank.. selagi kerja ni agitulah serabut kepala tak sudah

    ReplyDelete
  7. Terima kasih KakSarie mendoakan kami. Semoga KakSarie pun baik-baik je dan Allah permudah segala urusan.
    Jangan bertukar jadi raksasa gorgon kak. Nanti Ultaraman datang pulak. Ada masa kita blogwalking. Kalau tidak, kita jalani saja hidup ni. Tenang saja.
    Orang tak nampak kerja apa yang kita buat, tahu pukul rata semua hal kan. Bertabahlah. Hidup ni keras. Banyak juga benda yang telah dilunaskan. Kira okaylah tu. Kena rehat secukupnya. Sempat berzumba tu kira bagus juga dapat bakar kalori dan melepaskan endorfin untuk mood lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kalau Ultraman nak datang KSarie nak request Ultraman Mebius. Favourite KSarie tu😅Betul tuh pesan Fizah...kena jalani hidup tenang-tenang seadanya

      Delete
  8. Saya... sepanjang 15 hari bulan Ogos, rasanya dua atau tiga kali saja masuk dapur huhuhuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie masak sokmo menu molek-molek. Terliur menengok gambarnya

      Delete
  9. Yang membaca terasa sangat penat otak apatah lagi yg mengharunginya.

    ReplyDelete
  10. 15 hari di bulan Ogos KSarie, wahhh penuh warna warni. Alaaa kena tumbuk kat mata ke. Moga tak ada yang serius. Moga KSarie sentiasa sihat ceria, dipermudah kan semua urusan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha itu la anak bujang bertuah sorang tuh. Harap yang molek-molek untuk semua ye

      Delete