Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?
Semoga semuanya sihat dan happy sokmo ye.
Bagaimana hari pertama di minggu ketiga bulan Ogos ini?
Semoga dipermudahkan semua urusannya ye.

Baru-baru ini den singgah mengopi di P'Kopi, Kampar, Perak.

Tahun 2024 den pernah singgah ke sini.
Tetapi tidak dapat mengopi sebab full house.
Kali ni alhamdulillah ada rezeki mengopi di sini.
Padahal baru lepas makan tengahari nasi campur.
Sakan bersungguh ye makannya.
Lepas tuh musykil kenapa berat udah masuk kategori heavyweight kan😅.

Comel lote sungguh cafe P'Kopi ni.
Kedainya ada 6 buah meja.
Muat dalam 20 orang dalam satu-satu masa.
Terletak di deretan rumah kedai di tepi jalan besar di Pekan Kampar.

Menunya boleh tahan meriah.
Ada nasi lemak.
Nasi dan masak lemak cili api.
Pasta.
Desserts.

Kopi hipster.
Macam-macam ada cuma tidak terambil pula gambar menunya.

Disebabkan kami masih kenyang, kami cuma makan big breakfast, burnt cheesecake dan scones.
Air kopi caramel tiramisu dan air sirap selasih.
Depa ni kan suka je photobomb gambo. Kata deme ni jari jemari dinosaur😅
Bila minum air yang ada selasih ni den teringat masa kecil-kecil den ingatkan selasih tuh telur katak😅.
Lepas tuh den musykil kenapa ramai orang minum dan makan telur katak tu😅.

Makanannya untuk kami sedang elok ada rasa.
Orang yang taste bud dia hampir semua makanan pun okay je memang macam ni review nya😅.

Big breakfast ada 5 sosej daging yang begitu hesmes.
Ada separuh bun burger, telur hancur, hashbrown, cheese, beef strips dan baked bean.
Den ni memang peminat tegar big breakfast.
Jadinya memang 5 bintang la daripada den😅.

Scones pun antara dessert yang den suka dooh.
Scones ni didatangkan bersama jem dan krim.
Sedang elok tidak pecah dan rapuh scone nya.

Burnt cheese cake tidak muak cheese nya.
Sakan tau budak berdua bising siapa dapat potongan kek yang besar.
Ada aje la modal buat bergaduh😅.

Kopi caramel tiramisu untuk den yang bukan penggemar kopi hipster adalah sedikit pahit.
Saja den pesan kopi ni sebab macam tidak lengkap mengopi di cafe hipster tetapi tidak minum kopi hipster😅.
Eceh😅.
Kalau kopi macam ni memang den seorang yang akan minum.
Depa rasa sesedut pun udah nak pengsan gayanya😅.
Tekak orang kampung peminat tegar kopi o begitulah ye.

Air sirap selasih itu yang paling win.
Sakan semua berebut hendak minum air ni.
Bertuah betul😅.
Semua ini RM59.

Sepintas lalu Kampar ni untuk den macam pekan lama yang kekal vibes 70an nya.
Tapi kalau kome tersinggah sini, moh la mengopi di cafe comel yang santai ini ye.

Semoga hari Isnin semua molek-molek belaka.
Take care ye.





14 Comments

  1. Makan scones sebiji pun boleh kenyang. Padat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...beli 2 ketul belah 2 setiap satunya cukup untuk kami 4 beranak😊

      Delete
  2. Geramnya tengok kopi tu... menggiurkan!

    ReplyDelete
  3. Suka vibes pekan lama dan cafe hipster. Tak hipster lah kalau tak pekena kopi. Pahit-pahit kopi tu yang sedap. Dulu zaman kanak-kanak senang betul kita kena tipu ek. Tertipu juga selasih tu telur katak. Tapi yang minuman ada selasih tu lah yang sedapnya. Memang padan dengan air sirap.
    Okay sangat tu jenis scones tak rapuh berderai sangat. Senang nak makan pun. So kesimpulannya, semua sedap di sini. Kena dengan selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah....walaupun KSarie bukan peminat kopi tapi kalau pergi cafe tak cuba kopinya rasa macam tak lengkap pula ye😅

      Delete
  4. Memang comel lote kedainya. Kalau KSarie kata sedap memang kena pergi lah. Scones tu laaa hai sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehehe KSarie sokmo sedap belaka makanan yang dimakan ye😅

      Delete
  5. Menarik juga, tempatnya. Baiklah, lain kali pi Kampar makan nasi kandar beratur 786, akan ajak suami singgah sini. Hehe... thanks for sharing, KSarie.
    Sirap selasih memang penghilang dahaga. Tak pernah rasa caramel tiramisu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ada nasi kandar 786 ye. Haruslah dimasukkan dalam bucketlist makan-makan nampaknya ye

      Delete
  6. Uwaaaaaah kopinya kaaaaak ❤️❤️❤️❤️. Nampak mantaaap 👍👍👍. Saya sebenarnya bisa menikmati kopi susu begini atau Americano. Asalkan Americano dingin.

    Tergantung mood lah, nak yg mana saat itu .

    Kampar nih dekat Ipoh tak? Saya nak ke Ipoh soalnya, mau wiskul 😁, wisata kuliner. Tapi kalau jauh, wiskul di Ipoh maknanya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang 40 km dari Ipoh jauhnya. Bila mau ke Ipoh Fanny?

      Delete
  7. Wow!! amazing..sangat memberi inspirasi ..sebab gambar2 menarik..

    ReplyDelete