Kenapa Sukar Untuk Istiqamah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Amboi tajuk macam di dalam program Bicara Mufti pula kan😅?
Nanti penceritaannya entah apa-apa.
Apa khabar semua?
Hati berbunga-bunga ke tidak hari ini hari Jumaat😅?
Biasanya den memang akan terlebih ceria di petang hari Jumaat sebab akan berjumpa dengan hari minggu.
Kalau tidak ke mana-mana pun, den tetap gembira sebab tidak perlu ke pejabat😅.
Cuma hari minggu pada minggu ini perasaan agak libang libu begitu.
Sebab esok sehingga hari Selasa perlu kerja luar.
Bertabahlah ye😅.
In sya Allah kita usahakan membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat ini ye.
Kalau baca sekaligus 110 ayat biasanya akan mengambil masa lebih kurang 40 - 45 minit begitu.
Ada orang tahfiz di pejabat den bagitau supaya membahagikan 110 ayat kepada 5 solat waktu.
Jadinya setiap kali habis solat, kita membaca 22 ayat begitu.
Seusai solat Subuh, ayat 1 - 22.
Seusai solat Zuhur, ayat 23 - 45.
Seusai solat Asar, ayat 46 - 68.
Seusai solat Maghrib, ayat 69 - 91.
Seusai solat Isyak, ayat 92 - 110.
Tidak akan terasa lama katanya kalau buat begitu.
Kadang-kadang terfikir juga betapa laghonya diri den ini.
45 minit membaca Quran terasa begitu lama.
Tetapi boleh marathon berjam-jam tengok KDrama sekaligus sampai rabak mata pakej kepala weng.
Sakan boleh tengok wayang 2 jam.
Asyik melayari media sosial berjam-jam tanpa jemu.
Bisa karaoke sampai hendak tercabut anak tekak 1 jam terus.
Den ada mengikuti kelas mengaji setiap Selasa malam.
Asal hari Selasa, den akan terfikir apa alasan hendak ponteng kelas mengaji.
Padahal ustazah datang mengajar di bilik belajar di apartment den.
RM50 bagi 4 kali kelas setiap bulan.
One to one learning.
Dia punya malas hendak pergi kelas mengaji itu memang tidak boleh bawa berbincang.
Ada sampai satu masa ustazah sampai merajuk la sebab sakan sungguh den ponteng kelas.
Sekarang den usahakan supaya pergi juga kelas mengaji walaupun malas sampai mengesot macam suster ngesot😅.
Kenapa terasa malas hendak solat sunat Tahajud biarpun sekali sekala terjaga pukul tiga pagi sebab hendak pergi ke tandas?
Kenapa payah benar hendak menunaikan solat sunat Rawatib biarpun ada masa terluang?
Den sudah 47 tahun.
Ramai saudara dan kawan-kawan telah meninggal dunia.
Tetapi tetap juga den tidak istiqamah dalam melaksanakan ibadah.
Haish.
Bak kata Hamka Kereta Mayat, setiap hari kita semakin dekat dengan lubang kubur.
Tetapi tetap kenapa kan den tidak bisa istiqamah?
Semoga kita terus bersemangat dan tidak berpatah hati di dalam usaha untuk memperbaiki diri dalam semua aspek terutamanya ibadah.
Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus istiqamah di dalam membuat perkara yang molek-molek ye.
Semoga hari Jumaat ini menjadi hari kita terus berusaha menjadi orang yang lebih baik.
Selamat berhujung minggu semua.
Take care.
22 Comments
Alhandulillah..umpama ada tazkirah di blog ini..Semoga kita semua Istiqomah beramal ibadah.aamiin
ReplyDeleteIn sya Allahhhh....aminnnnn
DeleteHuhu sentap macam kena tembak2 ni. Manusia mmg cepat lagha, bab2 buat ibadah ni ada je alasan mengelatnya..
ReplyDeleteHaihh semoga saya dpt perbaiki diri ke arah yg lebih baik
Semoga kita sama-sama istiqamah ye
DeleteSaya pun masih usaha untuk istiqamah. Susah, bila keliling kita banyak setan. Saya pula lemah, selalu kalah. Tapi Insya-Allah, akan terus usaha. Ada progress kemajuan sikit pun, jadilah. Bagus KSarie, ada ustazah datang ajar mengaji. Saya ada juga rasa surah Al-Kahfi tu panjang sangat. Kadang baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir je. Boleh ke gitu?
ReplyDeleteHa ustazah pesan cuba sahaja apa yang boleh kalau mengaji 1 ayat sehari pun udah okay. Molek dah tuh baca 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi tu. Semoga kita sama-sama istiqamah ye
DeleteSubahanallah..hebat perkongsian..semoga ada rahmat menyampaikan ilmu..aamiin
ReplyDeleteIn sya Allah tuan....aminnnn
DeleteHari Jumaat hari yang menceriakan sebab Sabtu boleh rehat. Aduh, kena sambung kerja sampai minggu depan tu yang spoil mood tu. Bertabahlah KakSarie.
ReplyDeleteOhh begitu, jadi mudahlah kita nak menghabiskan baca Surah Al-Kahfi. Terima kasih berkongsi ilmunya.
Bagus juga tu ada kelas mengaji. Dapat perbaik bacaaan dapat pahal juga. InshaAllah...
Jomlah kita sama-sama perbaiki diri.
In sya Allah....ayuh kita sama-sama memperbaiki diri ke arah lebih baik ye😊
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah saya membaca artikel ini sedikit tersindir
ReplyDeletePegang hape berjam-jam tidak terasa
giliran baca kitab atau buku, lima menit saja, mata sudah ngantuk
Semoga kita sama-sama dapat berusaha untuk istiqamah ye
DeleteSemoga saya bisa istiqomah. kadang hanya niat dan niat tapi godaannya tinggi sekali
ReplyDeleteBetul tu. Godaan untuk terus istiqamah memang sangat kuat kan? Memang cabaran besar untuk saya yang imannya senipis kulit bawang ini
Delete<> ya kak 🤣🤣🤣🤣🤣. Ini nampaknya sering liat horor suster ngesot nih 😂.
ReplyDeleteMacam tamparan ke saya sangat bab Istiqomah ini.
Samaaa kak. Saya dah buat jadwal, hari2 untuk baca Alquran, zikir, tahajud. Tapi biasa semangat di awal. Lalu tiba2 melempem pula semangat. Macam kerupuk masuk angin 😅😅
Padahal tiap hari saya kuat baca buku 3 jam sehari. Drakor apalagi, tak usah tanya.
Kenapalah baca Al-Qur'an, yg cuma sebentar malas2an 😞😞.
Usia pun dah 40+++ nih. Moga2 lah makin banyak diingatkan sepeti ini, makin tersadar saya. Bekal akhirat blm cukup lagi
Semoga kita semua ada kesempatan untuk memperbaiki diri dan terus istiqamah ye. In sya Allah semoga setiap hari kita semakin bertambah baik dalam ibadah kita.
DeleteSaya pun sama. Tidak istiqamah dalam beribadat tapi selalu berazam untuk jadi lebih baik. Ya Allah, banyaknya dosa saya.
ReplyDeleteTq for sharing ya.
In sya Allah semoga kita sama-sama bertambah baik dalam beribadah ye
DeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin. Thanks for sharing KSarie
ReplyDeleteMost welcome☺️☺️
DeleteSemoga kita sama-sama ada kesempatan untuk memperbaiki diri dan menambahbaik amalan kita ya
ReplyDelete