Resensi Buku Cerita-Cerita Makanan oleh Muthia Esfand
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar di hari Ahad ini?
Den biasanya rasa awesome siangnya sebab masih bersantai.
Tapi apabila menjelang Maghrib udah agak haishhhh sebab sudah menghampiri hari Isnin😅.
Lagi-lagi udah tahu kena hadir mesyuarat yang akan dirembat oleh Pengerusi.
Memang lagi libang libu jadinya😅.
Baru den perasan rupanya den udah lama tidak berkongsi resensi buku-buku yang den baca.
In sya Allah den masih cuba membaca walaupun terpleot di sana sini.
Reading slump bagai.
Rasanya selepas Andrea Hirata dan Tere Liye, den jatuh berkenan kepada penulisan oleh Muthia Esfand selepas membaca buku beliau, Dari Toko Buku Ke Toko Buku (DTBKTB).
Boleh baca resensi bukunya di DTBKTB
Membaca buku Cerita-Cerita Makanan (CCM) membuatkan den berharap hendak baca membuku-buku beliau yang lain satu hari nanti.
Buku: Cerita-Cerita Makanan
Pengarang: Muthia Esfand
Mukasurat: 255
Sumber: Koleksi Sendiri
Sebagaimana buku DTBKTB, CCM adalah penulisan dari hati pengalaman penulis menjamah pelbagai makanan unik dan mouthwatering merentasi pelbagai negara.
Ada resepi, festival makanan, persahabatan, dsb dalam buku ini.
Penulis terpaksa berlomba masak bersama pemilik cafe di Bari, Italy Selatan di dalam misi beliau hendak makan pasta tersedap di Bari.
Menu mana pilihan juri agaknya.
Sayur kebahagiaan (bakwan sayuran + udang) (Vegetale di felicita) VS keju + cinta (keju goreng) (Cacio e Amore).
Den jumpa kosa kata baru silambam siput - melembap macam siput.
Kalau buku Selamat Tinggal oleh Tere Liye, den terpesona dengan kosa kata kesambet setan.
Ngences bak kata orang Jawa bila baca cerita penulis tentang Roti Lapis Isi Terung, Pisa, Italy.
Sama sedap dengan roti lapis daging katanya.
Ada 2 resepi yang dikongsikan dalam buku ini Resepi Vegetale di Felicita ala Muthia.
Resepi Roti Ciabatta isi Terung Ala Pisa.
Buku CCM ini memberikan sedikit cerita tentang kisah hidup penulis.
Terutamanya semasa beliau mencari tart telur Portugis terenak di Macau, Hong Kong dan makan Kofte di Mustafakemalpasa, Turki (ini berkaitan satu kisah dalam DTBKTB).
Sajian Tanah Aceh, Dua Tiga Lauk Terlampau di Sumatra mengingatkan den tentang kisah den terkesima di depan lauk pauk masakan Padang sebab terlalu banyak😅.
Membaca tentang penulis makan empanada depan Katedral Tua di Vigan City, Filipina mengingatkan den kepada buku The Atlas of Food by Genny Gallo.
Pengalaman penulis makan Nasi Bakso Ikan di Khaosab Road, Bangkok berdekatan Masjid Chakraphong semasa Pesta Songkran membuatkan den rasa terkinja-kinja hendak ke sana😅.
Tumpang terkilan apabila semasa penulis menikmati Bakmi Jawa di Kamboja, tauke kedai curhat tentang penduduk tempatan bersedih apabila seorang ustaz dari Malaysia yang pada mulanya mengajar agama di sana tapi akhirnya fokusnya teralih kepada menguruskan perniagaannya.
Hmmmm.
Ada banyak lagi cerita makanan yang kome kena baca sendiri ye.
✅Nasi Goreng di Cordoba, Sepanyol.
✅Festival Pierogi, Krakow, Polandia.
✅Sup Siput di Alun-Alun Marrakesh, Morocco.
✅Kebun anggur di Swan Valley, Australia.
✅Makan Malam di Surabaya di restoran langka.
Membaca buku ini dan cara penceritaan penulis membawa den mengimbau kenangan pelbagai kisah makanan dalam hidup den.
Rezeki den masa pergi ke Jakarta sempat singgah ke kedai buku comel Buku Di Teras milik pengarang, Cik Muthia Esfand.
Kebetulan pula pengarang buku ada di kedai bukunya.
Dapat la den minta beliau minta tandatangan di buku-buku karya beliau.
Sempat den mengambil gambar dengan Cik Muthia Esfand yang sangat manis dan ramah tamah.
Siap menjamu den teh dan kek gulung.
![]() |
Ceria je Cik Muthia Esfand ni. Kecil molek orangnya |
Kalau kome ada rezeki, mohon baca dua buah buku karya pengarang ye.
Buku Dari Toko Buku Ke Toko Buku (DTBKTB).
Buku Cerita-Cerita Makanan (CCM).
In sya Allah kedua-duanya awesome.
Selamat menikmati hari Ahad semua.
Jaga diri.
0 Comments