Oktober 2025 Yang Terasa Panjang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Semoga semuanya molek-molek sahaja ye.
Sejak 2,3 hari ini bersungguh pula lalu lalang iklan baju raya di media sosial den😅.
Sebagai peringatan sebenarnya kepada den bahawa tinggal lebih kurang 100 hari lagi untuk Ramadan 2026.
Den pula masih ada berbaki 5 hari puasa yang masih belum diganti😅.
![]() |
| Tiada kaitan dengan post ini tapi den suka tengok gambar GDragon masa konsert dia di Singapura baru-baru ini. |
Terasa panjang pula Oktober 2025 ini.
Mungkin sebab bulan ini ada 5 minggu.
Mungkin juga sebab ada banyak berita yang buat patah hati terutamanya berkaitan sekolah, kemalangan, politik negara, dsb.
Barangkali kerana penemuan beberapa perkara berkaitan kerja yang membuatkan den menghela nafas panjang.
Berusaha agar tidak menjadi raksasa gorgon😅.
Hampir juga hendak amukan abalasa sebenarnya😅.
Mungkin juga Oktober terasa panjang kerana berdebar akibat menternak lemak dengan jayanya.
Sampai tercabut butang baju korporat pejabat sebab terlalu bulat😅.
Memang tragis betul tau😅.
Bila kali terakhir den zumba kan?
Dasyat la sungguh aktiviti menambah kalori den sejak bulan lepas hingga sekarang.
Boleh jadi juga akibat membaca tiga buah buku tema ilmiah dan berat berturut-turut di bulan Oktober ini.
Dajjal, Muslim dan al-Kahfi - Twilight in Jakarta - Jalan Sehala
Ketiga-tiganya bikin pusing kepala dan patah hati mengenangkan betapa laghonya den ni.
Haish.
![]() |
| Heavy dan mendebarkan bukunya |
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al-Baqarah ayat 286
Mungkin juga sebab genap 37 tahun arwah emak meninggal dunia pada 22 Oktober 2025.
Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada arwah emak den Kamariah bte Wan Teh ye.
Appointments di hospital back to back pada bulan Oktober ini juga barangkali menyumbang kepada rasa lamanya la bulan ini.
Menunggu lama di hospital pun boleh bikin kepala pusing😅.
Oktober 2025 juga terasa panjang kerana tiada KDrama yang den berkenan😅.
Tengok episod pertama beberapa KDrama yang ada tetapi terasa macam ‘kenapa jalan cerita macam bengong dan hampas kedondong ni’.
Slaids pembentangan yang tidak siap dibuat padahal Isnin depan perlu dibentangkan dalam kursus juga bikin Oktober terasa terlalu lama😅.
Sungguh Oktober 2025 ini terasa terlalu panjang.
Semoga Oktober kome semua dihiasi dengan perkara yang molek dan gembira.
Semoga Oktober yang masih berbaki lebih kurang seminggu lagi ini akan membawa lebih banyak khabar indah untuk semua.
Jaga diri semua.



0 Comments