Assalamualaikum.

Pergi mana cuti Deepavali ni?

Den duduk rumah sahaja mengenang nasib.

Eceh😅.

 

Den terjaga dari tidur dan tengok jam pukul 3.53 pagi.

Patutnya bangun la kan Solat Tahajud.

Tapi eh boleh ye tidur semula.

Bertuah betul.

Langsung den bermimpi yang caca merba.

 

Selepas meletakkan kereta untuk pergi pasar malam, sekali eh bertembung dengan kakak sepupu den yang vogue.

Dia cakap dia hendak sertai larian ECRL.

Hendak berlari pun kekal vogue makwe seorang tu.

Dalam kehidupan sebenar dia memang seorang yang sangat bergaya macam artis.

 

Masa berjalan di pasar malam, ada aunty India tengah letak vade baru lepas goreng atas bekas.

Berebut-rebut orang ramai mengambilnya dan terus makan.

Termasuklah den.

Sekali masa den hendak ambil vade yang terakhir, Namkoong min tiba-tiba ambil vade tu tapi dia makan luar yang garing tuh je.

Bahagian isi yang lembut ditinggalkannya je.

 

Lepas tu Namkoong min bawa sepasu pokok yang daunnya banyak layu dan diberikan kepada sebuah kedai emas sebagai hadiah.

Pekerja tidak sudi terima pokok itu.

Tetiba Namkoong min mengamuk keluarkan pistol.

Eh tetiba dia berbalas tembakan dengan Lee Jun-ho yang asalnya tengah berlari dalam larian ECRL.

Udah masing-masing bergelimpangan terbaring berdarah.

Den paling suka Namkoong min dalam KDrama Hot Stove League. Sejenis spesies berlakon apa kebanyakannya best
Lee Jun-ho sekarang tengah berlakon KDrama Typhoon Family yang baru masuk Episod 4

Seorang pekerja perempuan kedai emas tersebut keluar hendak menghentikan pendarahan 2 orang mamat ni.

Tapi bajunya seksi gila udah macam pekerja kelab malam.

Den hendak telefon ambulan.

Hendak telefon 999 tertelefon 996.

Yang jawab adalah pusat urut ehem-ehem.

Tiba-tiba ada seorang officemate telefon bagitau dia ada di balai polis untuk buat laporan tentang kejadian tembak menembak tu.

 

Kawan sepejabat den maklumkan dia hendak pergi Jakarta sebab hendak beli ubat gigi.

Den tanya jadah apa hendak beli ubat gigi sampai ke Jakarta.

Biasa orang shopping tekstil di Jakarta.

Dia cakap ubat gigi Istimewa untuk rawatan gigi.

Lepas tuh dia tunjukkan gigi-gigi yang telah menjalani rawatan akar.

Dalam kehidupan sebenar, 5 batang gigi dia telah menjalani rawatan akar.

 

Den duduk semeja dengan big guns pejabat untuk minum petang.

Deme makan dessert sampai comot gila mulutnya.

Sekali den sorang aje pegang tisu basah.

Udah kena bagu deme seorang sehelai tisu tu suruh deme lap mulut.

Dalam kehidupan sebenar, den mati hidup balik akan usahakan untuk tidak duduk semeja dengan deme dalam apa jua keadaan😅.

 

Den dalam kereta dengan big guns.

Den duduk sebelah boss ketiga yang memandu.

Udah tidak pasal-pasal den kena petunjuk arah.

Kami hendak ke mall.

Seorang big gun cakap dia hendak beli ubat nyamuk sebab bilik hotelnya di tingkat 4 banyak gila nyamuk.

 

Lepas itu den terjaga pukul 4.23 pagi.

 

Itulah mimpi seorang manusia yang Allah telah kejutkan untuk bangun solat Tahajud tetapi dia bantai tidur semula.

Jangan ikut perangai tidak semengah ni ye.

 

16 Comments

  1. Adoi, lawak la. Suami saya tegur, apehe sengih sengih ni. Saya tengah baca entri KSarie ni la. Banyak berpikio ni, tu mimpi caca merba. Plus, tengok pelbagai KDrama juga. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak basuh kaki sebelum tidur pun boleh jadi juga ye😅

      Delete
  2. Selalu terbagun awal, bila awal tidur, alhamdulillah masi dalam gengaman kasih sayang Allah..nasihat yang baik..pesanan buat semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah kita usahakan solat Tahajud bila terjaga tengah malam nanti

      Delete
  3. Namkoong min ambil vade tu tapi dia makan yang garing tu je, weyy cannot lah like dat. Haha panjang bebenor mimpi nya, banyak scene boleh buat drama ni KSarie

    ReplyDelete
  4. ya Allah...tergelak2 linda baca storyline mimpi kak sari nie..sama lah macam linda, Allah dah kejut suruh tahajud, boleh tido balik..last2, terlajak lansung tidurnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita ada rezeki bangun Tahajud nanti ye

      Delete
  5. mimpi ksarie ni random betullah! tiba2 sangat cari ubat gigi sampai ke jakarta tu xD

    ReplyDelete
  6. Mimpi kalau menyeronokan dan boleh ingat seluruh cerita bila dah sedar dari tidur memang bonus pastu melamun lah dibuatnya hahaha :D

    ReplyDelete
  7. Bestnya mimpi-mimpi-mimpi. Saya dah lama tak mimpi....normal ke hihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang memang jarang mimpi. KSarie memang rajin mimpi yang merapu-rapu😅

      Delete
  8. Betul kak sarie. Dh masuk 35 ni mmg kerap terjaga pkl 2 atau 3 pg, petanda Allah suruh bt solat tahajud hehe.

    Kadang letih mmg tidur balik haha kdg tu rasa bersalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda belia lagi Nina ni. In sya Allah kita sama-sama cuba Solat Tahajud bila terjaga di awal pagi ye☺️

      Delete