Kalau Suka KDrama Bon Appetit Your Majesty Boleh Cuba Tengok KDrama Jewel In The Palace
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Adakah masih belum boleh move on dengan cerita KDrama Bon Appetit Your Majesty (BAYM) ke?
Manis aje ceritanya kan?
Den sampai sekarang belum jumpa KDrama baru yang den terasa hendak tengok.
Banyak KDrama genre berat sekarang ni macam Queen Mantis, dsb.
Suasana sekarang yang asyik hujan dan mendung sokmo memerlukan kepada cerita yang manis dan tidak sakit kepala begitu.
Den hendak kongsikan KDrama berkisahkan makanan kalau kome tercari-cari cerita seumpama BAYM.
KDrama: Jewel In The Palace (JITP)
Episod: 54 episod (setiap episode 1 jam)
Tahun 2003
Tema: Makanan dan Perubatan
Mesti kome cakap jadah apa la sampai 54 episod😅.
Sampai sekarang den rasa KDrama ini memang awesome teruk.
BAYM fokus kepada makanan dan cinta antara King Lee Heon (Maharaja Yeongsan) dan ketua tukang masak.
Ceritanya lebih ringan dan manis.
JITP fokus kepada survival hidup Dae Jang Geum dari dia kecil sampai dia besar.
Ada la terselit kisah cinta tetapi mungkin 10% daripada ceritanya.
Cinta pun lebih tersirat macam tuh.
Penuh tertib adat budaya begitu.
Ceritanya lebih berat dan banyak adegan bikin tercopot jantung.
Mula-mula kawan tapi sebab kuasa dan cinta tidak kesampaian udah menjadi musuh
Disebabkan episodnya banyak, maka lebih banyak la sesi memasaknya.
Separuh cerita tentang Jang Geum sebagai tukang masak.
Separuh cerita tentang Jang Geum sebagai tabib.
Den masih boleh terbayang-bayang beberapa adegan masak di dalam KDrama ini.
Semasa raja memburu, Jang Geum dan geng dapur memasak mee sejuk dengan sup daripada air yang ditadah dari gunung.
Semasa pertandingan memasak untuk menjadi tukang masak di dapur, Jang Geum terpaksa menggunakan kobis bagi membuat dumpling sebab tepung gandumnya diambil orang.
Jang Geum disuruh oleh Madam Han untuk pergi ke kuil sebagai hukuman ambil jalan pintas dalam pertandingan.
Antara hidangan pertandingan. Udang mabuk sebab direndam dalam arak dan daging yang cair dalam mulut
![]() |
Pertandingan membuat dumpling |
![]() |
Masak daging ikan paus |
Pertandingan menentukan siapa akan menjadi ketua dapur yang baru.
Ada 5 pusingan rasanya untuk pertandingan ni.
Pertandingan memasak nasi.
Masakan daging ikan paus.
Makanan yang Jang Geum sediakan untuk utusan dari Ming yang ada kencing manis.
Jang Geum rasa udang yang berbeza jenis di dalam 4 tempayan.
Ada udang yang melompat di bulan Mei sahaja dan sesuai dibuat cencaluk macam tuh😅.
Memang tiada adegan Maharaja makan lepas tuh nampak rusa berlari-lari bagai😅.
Jang Geum hilang deria rasa sebab kena bisa lebah.
Menu masakan memang banyak gila.
![]() |
Demi cinta kutinggalkan segala begitu sudahnya |
Kalau kome rasa Putera Je Seon udah licik dan kejam dalam BAYM.
Kome kena tengok Perdana Menteri, Mr Choi dan Madam Choi dalam JITP ni.
Rasa nak cepuk-cepuk je😅.
Tiada watak gundik jahat.
Hanya ada tukang masak dan tabib yang sibuk hendak berkuasa di istana.
Ceritanya lebih berat.
Siap ada wabak penyakit.
Kena fitnah meracun Maharaja.
Kena masuk penjara.
Kena buang negeri ke Pulau Jeju menjadi hamba.
Kena mengubati pemberontak Jepun.
Lepas tu dia kena tuduh bersetongkol dengan orang Jepun.
Elope sebab hendak hidup bahagia dengan pegawai istana tetapi kena tangkap.
Rasanya ada lebih 5 kali si Jang Geum ni asyik la diugut untuk dipancung bagai.
Memang banyak krisis, konflik dan cabarannya sebab 54 episod kan.
Jadinya kalau kome hendak tengok kisah masakan makanan Korea boleh cuba tengok KDrama JITP.
Kena bertabah sebab 54 episod.
Episod 1 ke 2 ke ada kisah Maharaja Yeongsan (yang dalam BAYM) yang memang tyrant.
Mahajara dalam JITP adalah Maharaja Jungjong (yang dalam BAYM ditabalkan selepas Yeongsan digulingkan).
Episod 5 hingga episode 26 adalah kisah Jang Geum dan masakan.
Jang Geum masa jadi tukang masak
![]() |
Masa dia jadi tabib |
Kalau hendak dibandingkan pelakon BAYM dan JITP, Lee Chae-min si anak ikan adalah muka KPop.
Ji Jin-hee (pegawai istana cinta hati Jang Geum) dan Im Ho (Maharaja Jungjong) adalah muka lelaki sejati dan lebih matured.
Ji Jin-hee ni masih sakan berlakon. Yang latest jadi cameo dalam My Troublesome Star Maharaja ni jarang berlakon padahal molek je lakonannya
Jadinya selamat menonton kepada mereka yang akhirnya akan tengok JITP.
Den pun rasa macam hendak ulang tengok cerita ni.
Walaupun den telah tengok cerita ni rasanya lebih 5 kali😅.
0 Comments