Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ayuh kita sama-sama membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat ini ye.

 

Baru-baru ini den sekeluarga membeli barangan keperluan di Econsave di Bandar Seri Iskandar, Perak.

Sekali cakap ayuh la kita minum dan makan yang ringan-ringan di Warung Cha yang terletak sepelaung dari Econsave itu.

Padahal sebelumnya udah sarapan berat sebelum ke Econsave.

Tetapi den ini selalu bak kata pepatah Jepun iaitu Kuchisabishii.

Maksudnya makan sebab bukan lapar sangat pun tetapi lebih kepada hendak mengunyah.

We eat because the mouth is lonely.

Ini adalah salah satu sebab kenapa sakan membulat jadinya😅.

Bila den tengok Warung Cha ini den teringat dekat logo Tabung Haji.

Macam comel je kan huruf Cha tu.

Ringkas aje nama kedai.

 

Ada pelbagai menu daripada masakan barat dan tempatan.

Ada juga desserts macam scone, brownies dan kek-kek kecil.

Kami pesan big breakfast, scone dan waffle bersama aiskrim.

Kami di sini merujuk kepada den la ye😅.

Sebab seperti biasa den menggunakan kuasa veto untuk memilih makanan untuk menjadi santapan kami😅.

Den suka sangat big breakfast dia.

Udahlah den memang bias kepada mana-mana big breakfast kan.

Tetapi big breakfast di sini memang 5 bintang untuk den.

Hash brown garing dan tidak makan minyak.

Moist scramble egg tetapi tidak muak.

Cendawan sedang elok lembutnya dan ada rasa.

Pendek kata memang serba elok la big breakfast ni.

 

Scone dan waffle nya sesedap rasa.

Budak-budak yang makan waffle beriya sebab ada aiskrim tu.

Persekitaran kedai memang welcoming dan santai.

Molek untuk kita berehat dan mengemaskini kisah kehidupan bersama keluarga dan teman-teman.

Kalau hendak membuat kerja melalui laptop di sini pun bisa.

Suka juga lukisan pada dinding kedai sebab manis aje.

Paling suka pada “papan iklan kerja”.

Terasa macam kembali di zaman kegemilangan PRamlee begitu.

In sya Allah boleh singgah makan lagi di sini sebab ada banyak menu yang boleh dicuba.

Kedainya beroperasi setiap hari kecuali Ahad dari 8 pagi - 7 malam.

Boleh tengok juga media sosial deme ye https://www.instagram.com/warungcha/

Kalau kome ke Bandar Seri Iskandar boleh singgah makan di sini ye.

 

Selamat berhujung minggu semua.

Jaga diri.

 

0 Comments