Oktober 2025
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Den memang tidak sempat hendak update blog walaupun hasratnya hendak menulis paling kurang 2 kali seminggu.
Sibuknya macam menguruskan Megah Holding pula ye😅.
Bulan Oktober 2025 adalah bulan yang tragis berkaitan sekolah.
Memang sayu hati membaca semua perkara-perkara yang melibatkan sekolah.
Speechless jadinya.
Terkenangkan anak-anak sendiri pun iya juga.
Den teringat terjemahan ayat 15 Surah At-Taghaabun:
إِنَّمَآ أَمْوَٰلُكُمْ وَأَوْلَـٰدُكُمْ فِتْنَةٌۭ ۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجْرٌ عَظِيمٌۭ
“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar”.
Den rasa semua ibu bapa mendoakan supaya anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.
Tidak menjadi pemangsa dan mangsa bagi apa juga keadaan.
Teringat ada seorang ustaz yang menulis sebuah buku yang bercerita tentang cabaran mendidik anak-anaknya.
Ada seorang anaknya bertanya kepadanya.
“Abi katakanlah satu hari nanti saya termasuk dalam golongan LGBT, adakah Abi akan tetap sayangkan saya?”
Den yang baca soalan tu terus bergenang air mata.
Ada beberapa perkara dalam jawapan ustaz itu tetapi ada satu ayat yang den ingat sampai sekarang.
Ustaz ada kata “walau apa pun keadaan kamu, kembalilah kepada Abi kerana Abi akan tetap menyayangimu”.
Macam itu lebih kurang ayatnya.
Teringat juga kisah anak Nabi Nuh yang menolak untuk naik bahtera bersama-sama dengannya.
Ada pelbagai kisah lain juga yang seumpama dengannya.
Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan yang Allah pilih untuk diuji dengan anak-anak.
Ustaz pesan supaya membaca Doa Ashabul Kahfi setiap hari supaya kita sentiasa dalam rahmat Allah.
Semoga yang baik-baik untuk kita semua ya.
Semoga kita dapat membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat.
Selamat berhujung minggu dan tambah 1 hari cuti sempena Deepavali.
Jaga diri semua.
0 Comments