Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga kita dapat menikmati hari Ahad ini sepenuhnya ye.

Biasanya den apabila menjelang petang Ahad hati menjadi agak sayu.

Sebab semakin mendekati hari Isnin dan perlu pergi kerja😂.

Begitulah rutin kehidupan saban minggu.

Jumaat petang ceria sebab akan bertemu dengan hujung minggu.

Ahad petang sudah rasa gelisah.

Eceh.

 

Den hendak kongsikan sebuah cafe tepi sawah di Bagan Serai.

Dia kalau café hunting segala ni memang kerja den la.

Keluarga kecil den suka makan di kedai mamak je.

Kata deme apa la yang hipster benar harga makanan di café😅.

Kalau ada sesi mengopi itu maknanya den la punya agenda ye.

Den tidak pasti Google Map den yang terpleot ketika hari kejadian ke apa.

Agak tersesat juga kami hendak mencari café ini.

Agak ke dalam dari jalan besar.

Perlu melalui jalan bendang sawah padi yang membawa kepada persoalan ‘kalau kita bertembung dengan kereta dari arah berlawanan kita hendak ke mana?’.

Jalan agak kecil untuk ke sini.

Disebabkan café ini terletak di lot rumah sebelah sawah padi.

Makanya tempat letak kereta pun di depan kawasan rumah begitu.

Rezeki kami semasa sampai tiada orang lain di café tersebut.

 

Pilihan Menu

Menu makanan barat ringkas yang fokus kepada pizza.

Menu kopi hipster ada aneka pilihan.

Ada nasi lemak bungkus.

Apa Kami Makan

Kami makan 2 menu sahaja.

Pizza pepperoni (kalau pizza ini yang paling budak-budak suka).

Nasi lemak bungkus.

Nak makan garlic bread dan sup cendawan tidak dibuat hari itu.

Kopi caramel macchiato dan air lemon.

Pizzanya sedap lembut penuh pepperoni cheese segala.

Setanding dengan Domino Pizza.

Tapi yang paling win sebenarnya adalah nasi lemak bungkus.

Sedap sungguh.

Ringkas tetapi membawa rasa nasi lemak masa kecil di kampung dulu.

Macam tuh la rasanya.

Deme ni selalu tidak sabar-sabar hendak makan bila makanan sampai.

Selalu la gambar makanan yang den ambil diphotobomb oleh tangan deme.

Haish.

 

Disebabkan den bukan peminat kopi tegar, caramel macchiato tuh elok aje la rasanya.

Cukup susu dan kopinya untuk tekak den.

Persekitaran

Ini yang paling mahal sebenarnya.

Cafe open air di sebelah sawah padi menghijau.

Banyak tempat molek untuk OOTD sebenarnya.

Cuma rajin tidak rajin aje la.

Disebabkan deme ni malas melayan den mengambil gambar.

Sekupang dua aje la dapat ambil gambar di sini.

 

Lokasi dan Waktu Operasi

Waktu operasinya Rabu - Ahad dari 5 petang ke 11 malam.

Kome boleh jenguk di Instagram deme.

https://www.instagram.com/ah.coffeeandfood/

Jadinya kalau kome ke Bagan Serai, boleh singgah makan di café ini ye.

Jadi la sekeping gambar tepi sawah sebelah cafe ni ha

 

 

0 Comments