Tempat Mengopi Perak 2025 Kafe Empat Sekawan, Parit Buntar, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua di hari Isnin?

Walapun den rasa hendak tidur dan ambil cuti kecemasan sebab malas hendak menguit tetapi den gagahkan bangun tidur pagi tadi.

Demi melaksanakan tugas memastikan sumber air di Negeri Selangor terpelihara dan terpulihara.

Ayat gomen habis ni😂.

 

Semasa ada urusan di Parit Buntar baru-baru ini, den paksa keluarga den makan di sebuah kafe yang kelihatan dari jalan besar.

Jenuh ye bila den VS 3 orang oppa yang suka makan di kedai mamak ni😅.

Bagi depa apa yang penting kenyang dan murah.

Tidak kisah makanan berulang ke apa.

Geram je kadang-kadang tu😂.

Kafe Empat Sekawan ni dari tepi jalan udah nampak tersergam indah.

Disebabkan kami datang waktu malam makanya kafenya meriah dengan lampu.

 

Pilihan Menu

Macam-macam ada.

Makanan barat ada.

Makanan tradisional ada.

Makanan Thailand pun ado.

Desserts pun aneka pilihan.

Buku menu pun menarik sungguh gambar-gambarnya.

Harga standard kafe hipster.

Harga yang buat anak den cakap “mama la ni suka makan dekat kedai mahal lepas tuh tanya kenapa kita tak kaya-kaya😂”.

Sabar je la kan😂?

 

Apa Kami Makan

Kami sebenarnya telah makan di kedai mamak sebelum singgah ke sini.

Makanya pilih menu asal merasa begitu konsepnya.

Sengkuang calit, chicken chop, sup cendawan dan garlic bread, lai chi kang dan kopi o.

Den pilih sengkuang calit.

Hangin je anak-anak den😂.

Kata deme “ini kan mama selalu je beli dekat gerai”.

Saddap you aaa….my perut my choice begitu😂.

3 ketul sengkuang calit ni RM10.

Puas hati kuahnya pekat dan ada rasa pedas dan manis.

Kacang segar (tidak hapak) sebeban.

Memang 5/5 la markah dari den.

Padahal sengkuang calit je pun kan?

Tapi it really makes my day eating it sebab sedang elok segala.

Anak-anak den kongsi makan chicken chop dengan sos carbonara.

Tersalah pilih sos sebenarnya sebab terlupa kami cepat muak kalau carbonara ni.

Tetapi sebab udah terpesan makanya semua orang kena makan bagi habis juga.

Ayamnya garing elok di luar, juicy isinya di dalam.

Didatangkan sekali dengan kentang goreng dan salad.

Sup cendawan dan garlic bread ini dapat markah penuh daripada semua.

Suka sangat bila sup cendawan yang deme buat sendiri.

Bukan yang sup cendawan Campbell tu.

Terasa potongan cendawan.

Likat pekat memikat begitu.

Garlic bread pun penuh bawang putih dan sapuannya.

Den sempat rasa sesuap je la.

Selainnya dihabiskan oleh budak-budak ni.

Lai chi kang lengkap semua bahan-bahannya daripada kurma Cina, kembang semangkuk segala.

Walaupun tidak dapat menandingi rasa lai chi kang yang den pernah makan masa umur 20 tahun sambil tengok music video Britney Spears Baby Hit Me One More Time pada tahun 1998 di food court Plaza Metro Kajang, tetap juga lai chi kang di sini molek rasanya.

Kopi o pekat dan pahit sebab memang diminta kosong.

 

Persekitaran

Kafe 2 tingkat ini memang molek rupanya.

Di tingkat bawah suka tengok tingkap dan pintunya.

Macam rumah kampung begitu.

Memang jenis yang den berkenan.

Ingatkan hendak duduk di belah bawah.

Sempat la den bergambar sekupang di sini

Tetapi budak-budak ni terkinja-kinja hendak duduk di tingkat atas.

Layankan aje la ye.

Ruang di atas lebih ringkas.

Terdapat satu ruang untuk anak-anak kecil bermain.

Suka tengok hiasan di café ini.

Tetapi disebabkan deme tidak rajin melayan den bergambar.

Sekupang dua aje la gambar yang sempat dirakamkan.

 

Kome boleh jenguk di Facebook deme untku maklumat lanjut ye.

https://www.facebook.com/EmpatSekawanParitBuntar/

 

Makanan ada rasa untuk tekak kami.

Café molek rupanya.

Memang 5 bintang dari kami.

 

18 comments

  1. Hahahaha ayat gomen sangat tu... Okla tu... Nampak sgt anak -anak tu potong stim nk makan ada jer ayat diorang hahaha..

    Suka pulak dgn suasana design dalam kafe ini.. nampak kekampungan di situ.. ni klaau dah duduk susah nkanbangun hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..budak-budak kan ada je petah nak bercakap bagi mama deme geram😅

      Delete
  2. Lawa giler bangunan dia dari luar. Buku menu pun menarik.
    Tengok KSarie makan sengkuang calit, teringat masa saya sekolah rendah di Kangar, Perlis. Itu la makanan masa tunggu bapak amik habis sekolah. Cuma beza, tak ada kacang atas kuah rojak hitam tu. Harga satu, 2 kupang jer.
    Klasik deco cafe. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sengkuang calit tuh memang makanan legend zaman KSarie kecik-kecik dulu. Murah kan makanan dulu

      Delete
  3. Tengok menu dalam katalog tu pun dah terliur. Apalagi kalau dah duduk dalam tu....memang mengancam betul. Rugi tak singgah makan sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah next time kalau tersinggah ke Parit Buntar boleh datang makan sini ye☺️

      Delete
  4. Wah, menarik tempat makan ni, Empat Sekawan, saya akan baca sekaki lagi entry ni..nak lagi memahami..pasal saya tertarik 4 sekawan.bertingkat, rugi orang dekat tak ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik cafe nya. Makanan pun pelbagai. Santai sangat vibes nya. Sesuai untuk lepak dengan family dan kawan-kawan.

      Delete
  5. Hahahahahahah gelak saya baca percakapannya 🤣🤣🤣. Memang laaah, kita tuh paling suka mencoba kafe2 baru. Syukur2 makanannya sedap kan kak.

    Tapi saya pun akan pilih menu berat yg blm coba kalau ke tempat begini, tak lah bengkuang saja 🤣😅.

    Nampak sedap memang kak. Apalagi layout ruangan dia saya sukaa konsepnya... 👍😍. Vibe vintage nya ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan anak-anak itu kadang-kadang bikin pusing mamanya😅Sebabnya boleh makan sengkuang sebab udah kenyang makan di kedai mamak sebelum singgah ke kafe ini.

      Delete
  6. Love sangat deco cafe ni, simple kemas bersih, tenang suasana nya. Tak reti nak explain detail hehe. Food pun awesome wahh ada sengkuang. Kalau ada sana memang akan order jugak sengkuang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....KSarie kalau ada sengkuang calit memang akan beli tak kira di mana sebab terkenang kegemilangan zaman kanak-kanak yang perlu pergi sekolah, main, makan dan tidur je😅

      Delete
  7. hipster kalau sedap takpee, boleh repeat! pastu saya ingatkan nasi biru dalam menu tu gambar nasi kerabu... nasi lemak rupanya!
    aduh ayat anak2 punn. menusuk jiwa! xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak tuh memang nak kena piat telinga😅Kedai hipster kalau harga kayangan, rasa mehh dan KSarie plak makan masa tengah lapar memang la bisa mengundang rasukan abalasa😅

      Delete
  8. Menarik sekali kan 4 sekawan ni..dalam rumah ..cantik tempat..

    ReplyDelete
  9. Demi kerja tetap kena gigihkan gitu. Kan orang complaint pulak air Selangor tak terpelihara. Kisah air Selangor ni sangat kontroversi.
    Nice nya dia punya buku menu. Dah macam baca majalah. Minimalist konsep. Amboii ayat anak tu. Bikin panas telinga mendengar. hihi...
    Lama jugak tak makan sengkuang calit. Macam susah juga nak jumpa orang jual. Dulu pernah beli kat Nilai 3 tepi jalan tapi macam tak ada dah orang jual. Harga sekarang pun makin naik juga kalau sekeping tu boleh jadi mahal juga.
    Sayang tu kalau tak makan habis. Mujurlah tak pesan makanan yang meriah. Baru lepas makan agaknya tak ada ruang nak diisi lagi.
    Saya pun suka kalau sup cendawan tu buat sendiri daripada yang instant. Rasa dia lebih pekat dan sedap. Untunglah dia menang dapat full mark.
    Cantik segenap ruang ID cafe ni. Vibes macam rumah kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka kan kalau makanan di cafe viral sedap dan menepati rasa sebab bukan calang-calang harganya😅Sengkuang calit dekat Selangor ni macam jarang sangat jumpa.

      Delete