Optimistic October
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Semoga semuanya sihat dan sudah mula serasi dengan pelaksanaan BUDI95😂.
Apa hendak dikatakan iya tak?
Selantang mana kita bersuara kalau udah diputuskan oleh pemerintah begitu, maka begitulah kejadiannya ye.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua ye.
Kita sudah melangkah ke suku akhir tahun 2025.
Apa agenda kome di bulan Oktober ini?
Apa pun yang dirancangkan semoga semuanya berjaya direalisasikan ye.
Jadual Oktober den nampak padat.
Kalau den tuh la kan asyik la penuh jadual saban bulan ye😂.
Padahal pekerja kantor yang bisa diganti oleh majikan bila-bila masa sahaja😂.
Acah-acah terpaling pula ye😂.
Kisah kerja memang tidak akan bisa selesai sampai kita menutup mata atau bersara.
Ada berenyut agenda berjujuk berkaitan kerja itu.
Harus ingatkan diri sentiasa supaya bersyukur sentiasa kerana masih punya kerja kan?
Tapi iya jauh di sudut hati pengen menang cabutan bertuah yang bisa buat den bersara awal😂.
Den berjaya menghabiskan 4 KDrama pada September.
Bon Appetit Your Majesty yang menawan hati ramai.
My Troublesome Star yang underrated dan manis ceritanya.
Beyond The Border yang hype juga di kalangan penonton.
The Winning Try yang awesome mengingatkan den kepada KDrama Hot Stove League.
Tengok Weak Hero separuh jalan.
Oktober ini tidak pasti hendak tengok KDrama apa.
Setakat ini tiada yang menawan hati lagi.
Ada cadangan ke KDrama yang menarik untuk den tengok?
Hujung minggu ini hendak pulangkan semua buku yang dipinjam dari Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.
Mungkin kena berhenti sebentar meminjam buku kerana reading slump kali ini bukan kaleng-kaleng🥲.
Mungkin kena ulang baca buku yang memang den suka.
Atau mungkin juga kena berehat sebentar daripada membaca.
Didoakan semoga yang molek-molek untuk kita semua di bulan Oktober ini ye.
Semoga tiada Tragedi Oktober bak kata penyanyi Awie untuk kita di bulan Oktober ini ye.
Jaga diri semua.
0 Comments