Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Punya la macam-macam berlaku di bulan September ni sampai den terfikir 'ya harus kapan kok harus begini🤔'.

Bukannya tidak bersyukur tetapi terpana dengan naik turun kehidupan.

Eceh😅.

5 tahun dan masih mengharapkan kisah berlanjutan sehingga akhirnya ini bukan kisah cinta drama pukul 7.

Tetapi lebih kepada cerita den dan jiran-jiran dengan kelas mengaji.

 

Masih terngiang-ngiang di kepala den sampai sekarang ustazah cakap:

kita kena cuba belajar mengaji dengan makhraj dan tajwid yang betul agar dapat membaca Al-Quran dengan sebaiknya

 

Baru-baru ini selepas selesai kelas mengaji, kami melepak sebentar dengan ustazah.

Makan pengat ubi dan labu yang ustazah bawa.

Sembang pasal harapan kelas mengaji ini untuk diteruskan.

Seumpama dengannya.

 

Den tengok buku nota ketua kelas (jiran den yang memang mantap kriteria kepimpinannya).

Baru perasan rupanya kelas mengaji kami telah berusia 5 tahun.

Kami mula mengaji tahun 2020.

Masa PKP, kami mengaji atas talian.

Awal kelas ada 12 orang yang belajar.

Akhirnya sejak 2024 tinggal 4 orang sahaja sehingga hari ini.

 

Den suka tumpang tengok nota ketua kelas.

Cantik dan berwarna warni notanya.

Nota den asal ada.

Tidak memberangsangkan betul😅.

 

Den salute dengan ustazah sebab tidak berputus asa mengajar kami terutamanya den.

Dalam 4 orang anak murid yang masih tinggal ni, den paling terpleot dan ke laut dalam.

Setiap kali membaca depan ustazah, den memang akan paling banyak ditegur.

Den harap ustazah dapat terus berlapang dada dengan den😅.

Walaupun den selalu ponteng kelas.

Selalu blur bab tajwid.

Lidah sokmo tergulung-gulung di dalam menyebut sesuatu huruf.

 

Banyak kali den tanya pada ustazah.

Bila la saya ni hendak boleh mengaji dengan makraj dan tajwid yang betul ni ustazah?

Udah bertahun belajar tidak juga pandainya.

Nanti ustazah akan jawab.

In sya Allah boleh nanti tu Sarie.

Belajar kan sehingga akhir hayat.

Mesti ada perubahan kan bila belajar mengaji ni.

In sya Allah Allah tahu Sarie berusaha nak perbaiki bacaan Al-Quran.

Macam tuh lah ustazah akan cakap selalu.

 

In sya Allah memang boleh rasa ada beza membaca Al-Quran bila belajar dengan Ustazah ni.

Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki tetapi memang boleh rasa perubahannya.

Semoga den tidak berputus asa la hendaknya ye.

 

Bila tengok nota ketua kelas, baru perasan kami ambil masa 1 tahun untuk menghafal surah Al-Mulk.

Tapi sekarang den udah ingat-ingat lupa surah nih.

Haish.

Penangan dok menyanyi lagu KPop Demon Hunter banyak sangat la ni gamaknya ye😅.

 

Rancangan ustazah suruh kami menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi pun terbengkalai sudahnya😅.

Adoi la.

Teringat Ustazah uji bacaan 10 ayat pertama ni semasa kami makan mee kolok.

 

Den sayang kelas mengaji ni bukan hanya sebab den dapat belajar memperbaiki bacaan Al-Quran.

Tetapi melalui kelas ini den juga jumpa persahabatan.

Dapat maklumat tentang kelas-kelas agama walaupun memang la den tidak pergi.

Dasar belalang kunyit begitulah ye😅.

Ustazah kongsikan tentang aplikasi dan website berkaitan mengaji.

 

Sesi makan-makan yang tidak berkesudahan😅.

Ustazah dan anak murid lain memang rajin membawa juadah untuk dimakan bersama lepas kelas mengaji.

Den tukang makan.

Kadang-kadang segan ye asyik makan je keroje den.

Tapi itulah Ustazah cakap peranan den besar iaitu menghabiskan semua makanan yang dibawa😅.

Kadang-kadang lepas kelas mengaji, kami pergi mengopi dekat kedai berdekatan rumah.

 

Kelas mengaji ini adalah antara perkara yang den harapkan berkekalan sehingga akhir hayat den.

Walaupun tahap lagho dan terpleot den tidak dapat dibawa berbincang.

Walaupun setiap hari Selasa den rasa nak demam sebab rasa malas hendak pergi kelas mengaji😅.

Walaupun den masih blur hukum izhar mutlak, mad lin, mad iwad segala.

Kelas mengaji ini adalah antara perkara yang den bersyukur berlaku di dalam hidup den.

Bak kata ketua kelas “kita kena bersyukur Allah bagi kita rezeki untuk terus kekal belajar mengaji”.

 

Semoga ada rezeki semua yang membaca blogpost ini akhirnya dapat membaca Al-Quran dengan makhraj dan tajwid yang betul ye.

Jaga diri semua ye.

 

0 Comments