Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Salam Jumaat penuh barokah.

Apa khabar semua?

Semoga sihat dan bersemangat untuk bekerja pada hari ini.

Pasti ramai gembira akan dapat berehat empat hari berturut-turut kerana ada cuti tambahan Hari Malaysia.

 

Apa perancangan kome cuti 3 hari ni?

Semoga semua ceria tidak kisah apa rancangannya ye.

Budak-budak pun cuti sekolah sampai 21 September 2025.

Jenuh la ye kesesakan di sana sini lagi-lagi di tempat peranginan dan kedai viral.

Mohon bersabar kepada semua sekiranya terjebak dengan kesesakan ye.  

 

Baru-baru ini den menggunakan perkhidmatan GrabCar untuk ke Stesen LRT Subang.

Mula-mula masuk kereta yang bersih itu, den tengok wajah pilot Grab serius je.

Udah den berdebar😅.

Air mukanya mengingatkan den kepada pelakon gangster di zaman kegemilangan perfileman Hong Kong circa 90an.

Versi gangster lengchai.

Ala-ala Aaron Kwok atau Leon Lai Ming begitu.

Eceh😅.

Pilot Grab: Lelaki Cina Umur 46 Tahun

Kerjaya: Juruteknik memperbaiki mesin di kilang

Perjalanan: Dari Shah Alam ke Stesen LRT Subang Jaya

Tempoh perjalanan: 30 minit

 

Den: Memang buat Grab di kawasan sini ke?

Pilot: Saya hantar orang tadi ke KPJ. Ini saya sudah mau balik Cheras. Tengok tempat you mau pergi satu jalan, jadi saya ambil la.

 

Den: Boleh tahan jauh Cheras tu.

Pilot: Nak buat macam mana. Kena kerja kuat lor. You mau pergi mana pergi stesen LRT?

Den: Saya mau pergi KL Sentral.

Pilot: Outstation ka you?

Den: Saya mau balik kampung.

Pilot: Esok tak kerja meh?

Den: Saya ambil cuti mau berehat-rehat. Tak mau baca whatsapp daripada boss dan officemates pasal kerja semua. Saya mau tidur dan makan-makan sahaja hehhehee.

 

Pilot: Oooo…bagus la you boleh buat macam tu. Saya kerja tak boleh cuti juga.

Den: Kerja apa yang sampai tak boleh cuti ni?

Pilot: Saya repair mesin dalam kilang.

Den: Bukan ikut Akta Buruh semua pekerja perlu ada cuti rehat ke?

Pilot: Memang ada lor tapi setiap kali ada orang ambil cuti nanti boss tak best lor.

Den: Boss marah ke?

Pilot: Dia tidak marah secara terang-terang tapi dia buat kita rasa tak best lor. Kita boleh rasa dia tak suka kita cuti.

 

Den: Jadinya boleh cuti bila?

Pilot: Chinese New Year saja lor.

Den: Laa….dasyatnya kerja.

 

Pilot: Saya sudah lama mau cuba naik itu ETS pergi jalan-jalan Ipoh atau Penang.

Den: Ha…kena cuba naik ETS sebab selesa dan best juga.

Pilot: Tiket habis lor masa saya mau beli masa Chinese New Year.

Den: Kalau you mau jalan masa cuti umum, semua hari raya you kena booking 2 bulan in advance. Kalau tidak you memang tidak akan dapat tiket.

 

Den: You kena jalan-jalan sama. Nanti asyik kerja esok tiba-tiba sudah tua tak larat hendak jalan-jalan.

Pilot: Betul lor. Saya kerja dari lepas sekolah. Asyik kerja bayar hutang tiba-tiba sudah 46 tahun sudah ada penyakit pula.

Den: Betul la kan? Hutang tidak habis tapi kita sudah tua.

Pilot: Boleh jadi kita mati dulu tapi hutang masih ada.

Kitaorang gelak dekah-dekah masa ni😅.

 

Bila sampai di LRT Subang Jaya den pesan dekat dia kena naik ETS segera jangan asyik kerja😅.

Gelak je dia.

 

Semoga 4 hari cuti panjang ni kita dapat recharge dan menghabiskan masa bersama orang tersayang. 

Sentiasa usahakan untuk bersantai dan menghargai setiap detik kehidupan ye. 

Jaga diri molek semua.


 

 

 

13 Comments

  1. Ye la, mesti happy happy maaa... Aaron Kwok masa muda, hensem ooo.. saya suka dia lagi, dari Ekin Cheng, Young and Dangerous. Hehe..
    Bagus pesanan KSarie pada pemandu Grab tu. Semoga dia ambil cuti dan jalan-jalan naik ETS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kalau ada peluang kena cuba cuti merehatkan diri kan. Sampai sekarang awet muda Aaron Kwok tu

      Delete
  2. cuti panjang enaknya istirahat
    hibernasi beberapa hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya....saya itu kadang-kadang bila cuti tidur aja di rumah😅

      Delete
  3. Saya kalau ke Penang atau KL selalunya naik grab. Dan seriiiiing jumpa driver Chinese yg ramah dan mau cerita. Memang suka kalau dpt yg begini.

    Aiiih bos nya seram juga yaa, cuti itu hak semua pekerja. Tapi adaa saja bos yg tak bagi atau akan buat pekerjanya merasa tak enak hati tiap cuti. 😞

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka kan kalau jumpa Grab Driver yang suka bercerita. Bikin sekejap aje terasa perjalanannya biarpun jauh. Rasa nyaman berkongsi cerita buat pedoman hidup

      Delete
  4. Arwah ayah pun selalu pesan, simpan duit jalan2 cuti naik bas, naik keretapi juga. Tak perlu dengan kereta je. Memang dari kecik dapat naik bas Kuantan balik kampung di Pekan pun seronok tak terkata, apalagi naik keretapi kan. Anak2 pun sama seronok dapat naik bas. Last year ada jugak naik bas ke KL dengan anak solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita usahakan berjalan-jalan begitu apabila ada kesempatan ye. Ada RM100 kita jalan-jalan cara RM100. Kalau ada RM1000 kita jalan cara RM1000

      Delete
  5. begitulah ye bila ada boss yang tak begitu memahami dan ingat staff2 semua robot. tak boleh dtg lewat, tak boleh balik awal, tak boleh cuti, anak sakit tak boleh cuti...hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang memang ada boss yang kuban-kuban kan

      Delete
  6. Seronok dapat cuti lama. Dapat rehat santai di rumah je. Nak bercuti malas nak bersesak dengan cuti sekolah.

    Peramah betul Driver grab ni. Dasyat betul dia kerja cuti masa CNY je. Dia pulak yang faham boss dia ye. Payah nak dapat pekerja macam dia. Harapnya dia dapatlah bercuti naik ETS tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah KSarie pun harap sangat akhirnya dia dapat naik ETS tuh satu hari nanti.

      Delete
    2. Itulah KSarie pun harap sangat akhirnya dia dapat naik ETS tuh satu hari nanti.

      Delete