Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sementara hendak tunggu episod KDrama Bon Appetit Your Majesty yang selanjutnya, maka marilah bercerita tentang makanan.

Den ni daripada toddler arwah abah cakap senang hendak dibela.

Bagi makanan dan rancangan televisyen, elok duduk senyap tidak berkutik.

Sampai tua lekat perangai ni ye😅.

Suka makan sampai bacaan kolestrol bikin tuan doctor geleng kepala😅.

Sakan tengok Neflix dan seangkatan dengannya sampai rabak mata😅.

 

Bila baca buku Cerita-CeritaMakanan oleh Muthia Esfand memang buat teringat pada semua kenangan den dan makanan.

 

Apam lenggang mungkin adalah makanan yang den paling cinta.

Ini memang tidak boleh buat apa-apa.

Memang my bias food begitu.

Den kenal apam lenggang ni masa den 8 tahun kot.

Setakat ini memang kesedapan apam lenggang di Pasar Awam Seberang Jaya tidak tertanding.

Den ada terjumpa apam lenggang yang boleh tahan sedap di Puchong.

Dia jual tepi jalan.

Nanti kena siasat balik di mana lokasinya.

Supaya bila teringin boleh pergi beli terus.

 

Burger daging bungkus dalam tisu merah jambu sememangnya legend dalam hidup den.

Burger yang paling best den pernah makan rasanye masa kat Penang dulu masa den kecik-kecik umoq antara 8-10 tahun.

Arwah emak memang la tidak akan bagi makan burger selalu.

Sekali sekala arwah akan bagi makan burger tuh.

Biasanya upah selepas den berjaya buat kerja sekolah atau menghafal sifir dengan cemerlang.

 

Kitaorang akan berjalan bersama-sama ke gerai burger dalam 10 minit dari umah.

Masa lepak tepi jalan tunggu burger siap hati den memang berbunga riang.

Arwah emak meninggal masa umur den 10 tahun.

Udah 37 tahun arwah emak meninggal.

 

Kuih kapit yang arwah abah buat adalah ‘the kuih kapit’.

Rangup dan garing.

Den memang akan minta dia buatkan kuih kapit ni masa raya.

Den makan sorang 2 tin biskut tuh tanpa kongsi dengan orang lain hahahhaha.

Dasar tamak haloba.

 

Den terjumpa kuih kapit yang hampir sama dengan kuih kapit abah masa zaman membeli dvd murah.

Kuih kapit dibuat oleh ibu mertua pekerja kedai dvd tersebut.

Setiap kali membeli dvd akan beli sekali kuih kapit.

Selepas kedai dvd tutup terus tidak jumpa kuih kapit sebegini.

 

Semasa kursus di Langkawi pada Februari 2023, den terjumpa kuih kapit seiras kuih kapit abah yang dijual di Kompleks Kraftangan Langkawi di Pekan Kuah.

Kalau ke Langkawi memang kena singgah sini untuk beli lagi sebab memang terasa macam makan kuih kapit abah.

Semasa makan di satu kedai di Taiping ada pakcik jual kuih kapit yang rasanya seperti kuih kapit Langkawi.

Kalau kome tau di mana ada jual kuih kapit asli yang nipis mohon bagitau ye.

 

Apam balik paling sedap den pernah makan adalah apam balik di pasar malam Seksyen 4 Bandar Baru Bangi circa 1998 - 2001 masa den belajar di UKM.

Tidak pasti memang sedap atau terasa sedap banget di tekak den sebab zaman belajar happy teruk bila dapat berbelanja di pasar malam.

Zaman belajar adalah zaman sengkek teruk.

Eh tapi sampai sekarang tetap sengkek apa cerita kan huhuhuhu.

 

Apam balik kecil paling sedap adalah di gerai depan CIMB di Setia Alam.

Garing walaupun sekarang kacang dan jagungnya sudah agak berkurang.

Masih ada sehingga sekarang.

10 tahun lepas harganya 50 sen sekeping.

Sekarang RM1.50 sekeping.

 

Cakar ayam paling sedap den pernah makan adalah di kantin Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kecil, Bagan, Pulau Pinang yang den beli sepanjang den darjah 1 hingga darjah 4 (1985 - 1988).

Berselang seli beli cakar ayam ini dengan kerepek ubi pedas manis.

Tahun 2024 den terjumpa cakar ayam dengan rasa yang lebih kurang sama dengan cakar ayam zaman den sekolah rendah di satu kedai makan di pekan Batu Gajah.

 

Cempedak goreng yang menjadi igauan sehingga kini adalah cempedak goreng yang den pernah beli di gerai berhadapan Stadium Shah Alam pada 2001.

Seulas cempedak goreng masa itu kalau tidak silap 20 sen.

Cempedaknya besar, isinya manis dan garing.

Memang teringat-ingat cempedak itu sampai sekarang.

Sekarang ini seulas cempedak goreng adalah RM1.50.

 

Cucur badak yang tidak dapat dilupakan kesedapannya adalah cucur badak yang den makan semasa kursus berkaitan ISO di Institut Kimia Malaysia, Taman Tun Dr Ismail pada tahun 2022.

Garing di luar tetapi lembut banget di dalam.

Intinya tidak terlalu pedas.

Peserta kursus lain makan paling banyak 2 ketul sahaja.

Den makan sampai 5 ketul sekali hadap.

Menyesal pula tidak ambil nombor caterer tersebut.

 

Cucur udang yang hampir setiap hari den akan makan semasa waktu rehat di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickosn circa 1989 dan 1990 adalah ‘the cucur udang’.

Garing di luar dan isinya lembut dengan seekor udang di atas cucur tersebut.

Kita boleh letak sos di dalam lengkuk cucur udang itu.

Mulai tahun 2018 kalau tidak silap, semasa potluck pejabat, den dapat makan cucur udang hampir menyamai ‘the cucur udang’ yang dimasak oleh rakan sepejabat.

Jadinya bila teringin hendak makan cucur udang begini boleh dipesan kepada beliau.

 

Cucur udang yang lain adalah cucur udang utara yang mana kita makan dengan kuah kacang.

Cucur udang sebegini den jumpa di Restoran Marmalade di Ipoh (sayangnya restoran ini ditutup pada pertengahan 2023).

Cucur udang yang seumpamanya den jumpa di Restoran Umai Cafe, Putrajaya berdekatan dengan Masjid Besi.

Setiap kali ada mesyuarat atau program di Putrajaya, den pasti minta jasa baik pilot untuk bawa den makan di sini.

In sya Allah 25 September ini ada bengkel di Putrajaya.

Semoga ada rezeki hendak makan cucur udang ini😅.

Orang risaukan apa yang hendak dibincang di dalam bengkel.

Yang den ni sibuk mencongak masa hendak makan cucur udang.

Dasar pegawai Kerajaan begitulah ye😅.

 

Kita berhenti di sini dahulu la ye cerita pasal makanan ni.

Kalau tidak nanti udah jadi macam penulisan journal saintifik pula ye😅.

Disebabkan udah bercerita pasal makanan dengan jayanya.

Langsung terlapar.

Marilah kita mencari makanan begitu.

 

Makanan apa yang kome paling tidak boleh lupa?

Makanan yang emak, abah, nenek, makcik dan seangkatan dengannya tidak aci sebab kita semua jelas tentang fakta apa yang mereka masak tidak akan bisa tertanding oleh sesiapa pun termasuk tukang masak yang ada Bintang Michellin. 


 

 

 

15 Comments

  1. Oh di Putrajaya ada cucur udang yg sedap??? 😍😍😍. Okeee, saya akan cari nanti kak. Sebab Nov nak kesana.

    Hampir semuanya saya tahu makanan di atas. Di sini ada jual, tp biasanya beda nama.

    Kalo bicara makanan, memang tak bisa bilang, sebab banyaaaak sangat yg saya suka hahahahah.

    Trus saya ingat waktu saya kuliah di Penang, ada yg jual karipap sedaaap sangat dengan rumah sewa saya. Sayangnya dah tak jualan lagi.

    Ada juga jumpa yg jual keripik Lekor, pisgor dan cempedak goreng, di daerah jelutong dekat KFC. Semoga pas saya ke Penang lagi masih jualan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny nanti datang Putrajaya bulan November berapa hari tu? Ada banyak tempat kuliner di Putrajaya dan di pinggiran Putrajaya. Penang itu memang syurga makanan

      Delete
  2. Seronok dapat makan makanan sedap. Makan sambil pejam mata. Comfort food, orang kata. Hilang seketika masalah yang ada. Sedih juga, bila tak dapat nikmati lagi makanan sedap macam yang kita rasai masa kecil. Saya dulu masa kecil, masa tinggal di Kangar, pernah makan bihun goreng paling sedap. Tak pernah rasa dah orang goreng bihun rasa macam tu. Bihun ala chinese style.
    Kuih kapit, pernah rasa yang sedap. Ada satu kedai benang dan kraf di Sitiawan, MIL tuan kedai buat, setiap kali chinese new year. Dia tak war-warkan pun. Orang yang kenal je order dengan tuan kedai kraf. Sejak arwah mak saya takde, saya pun tak order, sebab dah lama tak beli benang. Dia jual satu tin biskut yang besor tu, yang kedai apek dulu punya tin biskut. Besor dan penuh, kuih kapit. Wallahulam, MIL tuan kedai masih ada atau tak.
    Awal KSarie sudah kehilangan ibu. Alfatihah untuk arwah ibu KSarie. Hugss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan kita makan-makan masa kecil memang lain macam nostalgianya kan. Mungkin masa kecil kerja kita makan, main dan tidur jadinya semua pun terasa extra sedap begitu. Udah tua dan melalui macam-macam kisah hidup mungkin makan wagyu pun terasa sedap tetapi tetap rindukan apom lenghang begitu ye😅. Ada lagi tak gamaknya kedai benang dan kraf di Setiawan tuh ye

      Delete
  3. Apam lenggang tu sedap nya. Merasa first time masa balik Taiping. Drama Bon Appetit tu baru nak start, tapi sebab hubby dah start awal, maka kita join tengah2 lah hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...weekend ni habis la ye KDrama Bon Appetit ni

      Delete
  4. ammi rindu ayam percik pasar malam masa ammi kecik. kadang-kadang 2 minggu sekali baru dapat beli sebab bukan senang woooo nak kumpul duit. lupa berapa harganya tapi nak beli mmglah kena guna duit sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecil hampir semua makanan terasa extra sedap kan

      Delete
  5. Saya ke Malaysia 8-12 NOV kak. Tp dari tgl 8-10 NOV saya langsung ke Ipoh naik bus dari KLIA. Lalu tgl 10-12 di Putrajaya 😄. Nak refreshing saja hahahahaha. Ada janji juga nak ketemu blogger kak ezna di sana.

    Kakak di KL yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie di Shah Alam, Selangor. Ini sesi kulinari yar?

      Delete
  6. Ala ramai yang tengah tengok Bon Appetit Your Majesty ni. Kita belum into lagi. Menunggu list.

    Senang bela tu rasa seronok dengar tapi habit tu agak payah untuk dikikis. huhu... Tapi takpe, boleh je usaha jaga pemakanan kan. Tak usaha kita tak tahu.

    Apam lenggang ni kalau makan satu tak cukup, terlebih makan rasa serba salah pulak. Tapi memang sedap makan rangup panas-panas tu. Inti kena lebih sikit.

    Apa-apa jenis apam balik pun sedap. Tapi tulah payah nak jumpa kedai yang sedap.

    Ohh ingatkan telur kenduri kahwin dulu-dulu je ada bungkus tisu merah jambu. Burger pun ada ye. Legend sungguh tu.

    Cempedak goreng, sekarang dah level kayangan. Nak membeli pun seram. Dulu tidaknya harga mahal macam sekarang. Masih boleh dinikmati sama seperti pisang goreng. Mewah dapat banyak beli. Sekarang seulas cempedak saya pernah jumpa RM2 tau KakSarie. Lagi mahal dari KakSarie mentioned tu. Apa nak jadilah kan.

    Cucur udang saya suka. Meriah isinya dan wajib ada udang sekor baru best makan. Sambal kena sedap. Cucur makan dengan sambal kacang kurang gemar sikit.

    Haishh itulah, kita pun dah macam teringin pulak nak makan makanan yang disebutkan ni. Parah ni berjangkit. Huhu...

    Haritu ke Putrajaya tak sempat nak food hunting, terus balik rumah je. Kalau nak cakap makanan yang susah dilupakan memang banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih rasanya bila cempedak telah menjadi makanan kayangan kan. Cerita pasal makanan memang bisa mengundang rasa hendak food hunting. Entah bila hendak eat clean entah lah ye😅

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Cerita bab makanan ..terbaik..tanda kita bersyukur banyak makanan sedap ..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih ada rezeki dapat makan macam-macam

      Delete