Pertama kali dalam hidup terlibat dengan program coral planting. Ramai yang tanya terumbu karang ni flora ke fauna. Terumbu karang adalah fauna. Ianya merupakan haiwan tidak bertulang belakang dikenali sebagai polyp. Tetiba ilmiah pula ye hehehhe.
"KSarie...saya tiada kawan hendak makan. Jomlah teman saya makan. Ayuhhh kita". Begitulah den. Jarang menolak ajakan untuk makan di sana sini. Pertama kali juga den makan Boat Noodle ni.
Lawatan tapak kena merentasi laut. Walaupun pakai jaket keselamatan tetap seriau sebab den tidak tahu berenang.
Tulisan pada botol air mineral comel ni transparent. Udah berpinar mata hendak membacanya.Den bila tengok botol air mineral akan baca maklumat di mana sumber air bumi/air bawah tanah diambil untuk dijadikan air mineral ni. 
Disebabkan anak-anak den semuanya lelaki, deme kena la teman den memakai mask ye. Ayuhlah kita berangan agar bisa kulit wajahnya flawless seperti oppa Korea nanti hehehehe.
Kalau anak sulung den pencinta tegar dinosaurs, anak bongsu den ini peminat lego dan selalu mencipta kapal angkasa, kapal perang dan seumpama dengannya. Cita-citanya adalah hendak menjadi penebar roti canai. Dia lebih berminat kepada hidup yang tenang-tenang agaknya ye.
"Sarie....den teringin hendak makan mee kicap. Jommmmm". Terima kasih kepada kawan yang sudi belanja den breakfast sedap ni.
Jarang jumpa air sebegini sekarang. Kalau terjumpa den pasti akan minum air eskrem soda.
Pergi lawatan tapak ke kawasan pengorekan pasir. Seusai den pesan pada team supaya jangan tersesat di dalam kawasan ini, terus kami tersesat terpusing-pusing sekupang dua di sini sebelum berjaya jumpa jalan pulang

0 Comments