Pertama kali dalam hidup terlibat dengan program coral planting. Ramai yang tanya terumbu karang ni flora ke fauna. Terumbu karang adalah fauna. Ianya merupakan haiwan tidak bertulang belakang dikenali sebagai polyp. Tetiba ilmiah pula ye hehehhe.
"KSarie...saya tiada kawan hendak makan. Jomlah teman saya makan. Ayuhhh kita". Begitulah den. Jarang menolak ajakan untuk makan di sana sini. Pertama kali juga den makan Boat Noodle ni.
Lawatan tapak kena merentasi laut. Walaupun pakai jaket keselamatan tetap seriau sebab den tidak tahu berenang.
Tulisan pada botol air mineral comel ni transparent. Udah berpinar mata hendak membacanya.Den bila tengok botol air mineral akan baca maklumat di mana sumber air bumi/air bawah tanah diambil untuk dijadikan air mineral ni. 
Disebabkan anak-anak den semuanya lelaki, deme kena la teman den memakai mask ye. Ayuhlah kita berangan agar bisa kulit wajahnya flawless seperti oppa Korea nanti hehehehe.
Kalau anak sulung den pencinta tegar dinosaurs, anak bongsu den ini peminat lego dan selalu mencipta kapal angkasa, kapal perang dan seumpama dengannya. Cita-citanya adalah hendak menjadi penebar roti canai. Dia lebih berminat kepada hidup yang tenang-tenang agaknya ye.
"Sarie....den teringin hendak makan mee kicap. Jommmmm". Terima kasih kepada kawan yang sudi belanja den breakfast sedap ni.
Jarang jumpa air sebegini sekarang. Kalau terjumpa den pasti akan minum air eskrem soda.
Pergi lawatan tapak ke kawasan pengorekan pasir. Seusai den pesan pada team supaya jangan tersesat di dalam kawasan ini, terus kami tersesat terpusing-pusing sekupang dua di sini sebelum berjaya jumpa jalan pulang

13 Comments

  1. Hehe.. pakai facemask secara berjemaah ye. Semoga mendapat kulit flawless macam oppa Korea.
    Sedapnya tengok mi kicap! 😋

    ReplyDelete
  2. Alang2 terlibat dengan projek batu karang tu sesuailah untuk belajar berenang... banyak kebaikannya!

    ReplyDelete
  3. Selama ini banyak yg mengira coral adalah flora, ternyata dia fauna yaaa 😍😍

    Penasaran pula saya dengan. Rasa mie kecap itu kak. Nampak sedaap memang 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau turun ke Ipoh November nanti mesti makan mee kicap Mat Jasak. Terkenal sekali itu

      Delete
  4. lama betul tak makan boat noodle ni.\dulu harga dia semangkuk bawah rm2. sekarang tak tahu dah berapa.
    cute botol air kecik comey gitu, tpi rasanya mcm pestime jugak jumpa yg tulisan transparent direct pada botol tu. selalu ada letak label plastik.
    yg gmbar aiskrim soda tu, saya nampak perkataan berkat. ingatkan air berkat tadi haha. teringat air berkat abuya xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha jangan macam-macam Mazni. Kalau air berkat abuya mampuih KSarie kena angkut dengan PDRM nanti😅

      Delete
  5. Terima kasih share infonya, sekarang dah tahu terumbu karang tu termasuk dalam keluarga fauna. Geng haiwan.

    Saya lansung tak pernah makan di Boat Noodle ni dan tak teringin, tak tahulah kenapa. Mungkin sejenis rimas mangkuk banyak-banyak kot.hihi...

    Kita genglah KakSarie, aquaphobia. Kalau reti berenang tu mungkin lain cerita, lebih yakin sikit kot. ajomlah kita pergi kelas swimming.

    Rare betul air mineral ni. Comel! Parah lah gini nak baca infonya. Dapat baca tak tu?

    Hahaha...tak pasal semuanya kena bermasker ye. Siap timun sekali tu tak menahan.

    Kekeke...random betul dia punya cita-cita tu. Kalau esok dah besar mesti dia pun tertanya-tanya kenapa dia nak jadi penebar roti canai kan.

    Mi kicap, tak pernah makan tapi macam suka style mi begitu. Air jenis tu saya tak bolehlah, sakit perut minum air gas. Macam air botol yang legend tu kan.

    Macamanalah boleh sesat tu. Pesan kat orang tapi semuanya tersesat sama. Aduhaii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahnya tak dapat baca juga maklumat di botol air mineral tu sebab matanya udah terpleot. Takut nak belajar berenang KSarie ni orangnya😅

      Delete
  6. Sudahnya tak dapat baca juga maklumat di botol air mineral tu sebab matanya udah terpleot. Takut nak belajar berenang KSarie ni orangnya😅

    ReplyDelete
  7. Wah best program coral planting ni. Boat noodle hampir penuh meja, semua nampak sedap. Seronokkkk berjemaah pakai mask. Mee kicap nampak sedap. Air botol tu menarik ehhh design nya. Memang ice cream soda juga pilihan nanti.

    ReplyDelete