Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?
Semoga semuanya sihat dan happy sokmo ye.
Pejam celik pejam celik kita telah memasuki quarter terakhir tahun 2025.
Alhamdulillah kita direzekikan untuk memasuki bulan Septermber.
In sya Allah masih ada ruang untuk menambahbaik ibadah yang lompong di sana sini.

Sama-sama kita doakan semoga Allah merahmati bumi Indonesia dan rakyatnya.
Semoga segalanya yang berlaku membawa kepada titik tolak perubahan positif kepada semua.
Semoga semua pemimpin kembali menyantuni amanah di dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah yang bukan kaleng-kaleng tanggungjawabnya.
Kerana akhirnya setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan dihitung di 'sana'.
Tidak tahu kenapa bila taip ni rasa sebak pula.

Mungkin sebab Malaysia pun baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan ke 68 pada 31 Ogos 2025.
Semakin bertambah umur, lebih terasa betapa pentingnya kedaulatan negara merdeka.
Apa pun yang berlaku Malaysia tetap tanah tumpah darah kita.
Semoga semua ancaman dan anasir yang bisa menggugat keharmonian Malaysia yang berbilang kaum dapat dibanteras dan dicantas.
Terngiang-ngiang lagu "Kita satu bangsa. Kita satu negara. Kita satu Malaysia".

Kenapa lagu patriotik sekarang tidak beberapa hendak lekat dekat minda dan hati kan?🤔
Semoga yang molek-molek untuk kita semua ye.

In sya Allah September ini merupakan bulan bahagia untuk rakyat Malaysia kerana ada 3 hari cuti umum🥰.
5 September (Jumaat) Maulidur Rasul.
15 September (Isnin) PMX bagi cuti.
16 September (Selasa) Hari Malaysia.
13 - 22 September cuti sekolah.
Ahhhh.....sudah boleh terasa bunga-bunga kebahagiaan di hati begitu🥰.
Cuti sekolah pun membawa bahagia sebab jalan raya akan lengang.
Kurang sesak untuk pergi dan balik kerja.

Apa rancangan kome untuk bulan September ini?
Walaupun ada sesetengah perkara kita perlu biar seadanya atau let it go with the flow.
Ada juga sesetengah perkara yang memang perlu direncanakan begitu ye.
Yang penting kita cuba menghargai setiap momen yang kita lalui ye.

Mulai September 2025 dan seterusnya, den kena semak dan luluskan lebih 2500++ invois setiap bulan sehingga den bersara awal atau bertukar unit.
Tukar unit itu macam lama lagi akan berlaku sebab den baru je bertugas di unit ini 1 Jun 2025 lepas😅.
Ada 13 aktiviti yang melibatkan pelbagai kiraan yang nampak simple tapi kalau tersalah kira memang pishang😅.

Kena la masukkan agenda untuk mengurut setiap bulan nampaknya sebab asyik la kekejangan otot di bahu, lengan dan belikat akhir-akhir ini.
Berpunca daripada kisah invois ini sebelum ini yang diuruskan dalam 500++ sebulan😅.
Udah semakin tua pun iya.
Malas bersenam pun iya juga.
Makan seperti ada membela saka pun satu😅.

Ngeri tengok jadual kerja bulan September ini.
Macam eh hendak selit di tarikh mana lagi semua lawatan pematuhan syarat lesen, mesyuarat, perbincangan bagai ni.
Boleh ke idok tunda ke bulan Oktober?
Kalau tunda tahun 2026 pun molek juga kan😅.

Kisah membaca agak tragis ye sejak den bertugas di unit baru.
Perlu banyak masa untuk hadam skop kerja yang baru, memperbaiki apa yang terpleot, dsb memang menyebabkan masa membaca berkurang.
Terpinjam buku-buku genre berat bikin kepala pusing pun satu cerita.
Terpesona teruk dengan KDrama pun iya😅.
Sebab utama terpleot bab membaca ini adalah sebab den selalu tertidur awal.
Kadang-kadang hendak menunggu waktu Isyak pun udah pengsan😅.
Semoga September ini den dapat membaca buku-buku yang awesome.
Lama sudah tidak bertemu dengan buku yang wow.

Bersenam sekupang dua harus diusahakan.
Walaupun seperti kata Ziana Zain 'Terpisah Jua' begitu😅.

Bulan September sudah ada berjujuk senarai KDrama untuk ditengok😅.
KDrama ini perlu satu post yang lain sebab panjang ceritanya😅.

Setakat ini cuti sekolah seminggu tiada perancangan hendak ke mana lagi.
Kalau tiada ke mana kira agenda rehat dan santai sampai lebam di rumah begitu ye.

In sya Allah nanti den blogwalking bila ada kesempatan ye.
Terima kasih kepada yang sudi singgah di blog den ini.

Semoga yang manis dan molek belaka untuk kita di bulan September.
Semoga Allah mengurniakan rahmat dari sisiNya kepada kita semua.
Jaga diri semua.













0 Comments