Mengopi dengan seorang kawan yang den kenal sejak tahun 1994 memang buat hari den extra ceria. Mengenang zaman kegemilangan yang mujurlah tidak ada media sosial😅. Memang sakan bergelak ketawa kalau makan dengan kawan nan seorang ni
Sedap betul serabai cicah kuah durian di pasar malam di Batu Gajah ni. Lembut dan ada rasa. Menyesal beli 1 bekas je. In sya Allah next time kita beli 3 bekas terus😅
Deme ni kan memang ada perjanjian berdarah dengan kedai mamak ke apa sebab asal ajak makan luar asyik la pergi kedai mamak
Nasi goreng dimasak oleh anak sulung si F. Teh kunyit + halia + serai dibuat oleh apaknya. Den cuma tukang minum dan makan je😅
Suka buku Beras ini. Simple yet sweet. Habis baca masa sarapan di KL Sentral sementara menunggu ETS sampai
Comel je cover buku ni tau. Nampak warna warni tapi cerita berat. Falsafah kehidupan yang tidak adil di dunia
Semoga ada rezeki brisk walk dengan pemandangan macam ni lagi satu hari nanti
Bila ambil gambar sendiri macam ni la kejadiannya. Sendal handphone tepi tangga. Asal boleh tajuknya.
Zaman makan seperti membela saka apabila ada kursus di hotel telah berlalu. Sekarang ni kena makan berpada sebab perut udah tidak sekuat dulu. Ini sahaja yang den mampu makan untuk sarapan walaupun food spread di sini memang berenyut

0 Comments