Oktober 2025 Yang Terasa Panjang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Semoga semuanya molek-molek sahaja ye.
Sejak 2,3 hari ini bersungguh pula lalu lalang iklan baju raya di media sosial den😅.
Sebagai peringatan sebenarnya kepada den bahawa tinggal lebih kurang 100 hari lagi untuk Ramadan 2026.
Den pula masih ada berbaki 5 hari puasa yang masih belum diganti😅.
![]() |
| Tiada kaitan dengan post ini tapi den suka tengok gambar GDragon masa konsert dia di Singapura baru-baru ini. |
Terasa panjang pula Oktober 2025 ini.
Mungkin sebab bulan ini ada 5 minggu.
Mungkin juga sebab ada banyak berita yang buat patah hati terutamanya berkaitan sekolah, kemalangan, politik negara, dsb.
Barangkali kerana penemuan beberapa perkara berkaitan kerja yang membuatkan den menghela nafas panjang.
Berusaha agar tidak menjadi raksasa gorgon😅.
Hampir juga hendak amukan abalasa sebenarnya😅.
Mungkin juga Oktober terasa panjang kerana berdebar akibat menternak lemak dengan jayanya.
Sampai tercabut butang baju korporat pejabat sebab terlalu bulat😅.
Memang tragis betul tau😅.
Bila kali terakhir den zumba kan?
Dasyat la sungguh aktiviti menambah kalori den sejak bulan lepas hingga sekarang.
Boleh jadi juga akibat membaca tiga buah buku tema ilmiah dan berat berturut-turut di bulan Oktober ini.
Dajjal, Muslim dan al-Kahfi - Twilight in Jakarta - Jalan Sehala
Ketiga-tiganya bikin pusing kepala dan patah hati mengenangkan betapa laghonya den ni.
Haish.
![]() |
| Heavy dan mendebarkan bukunya |
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al-Baqarah ayat 286
Mungkin juga sebab genap 37 tahun arwah emak meninggal dunia pada 22 Oktober 2025.
Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada arwah emak den Kamariah bte Wan Teh ye.
Appointments di hospital back to back pada bulan Oktober ini juga barangkali menyumbang kepada rasa lamanya la bulan ini.
Menunggu lama di hospital pun boleh bikin kepala pusing😅.
Oktober 2025 juga terasa panjang kerana tiada KDrama yang den berkenan😅.
Tengok episod pertama beberapa KDrama yang ada tetapi terasa macam ‘kenapa jalan cerita macam bengong dan hampas kedondong ni’.
Slaids pembentangan yang tidak siap dibuat padahal Isnin depan perlu dibentangkan dalam kursus juga bikin Oktober terasa terlalu lama😅.
Sungguh Oktober 2025 ini terasa terlalu panjang.
Semoga Oktober kome semua dihiasi dengan perkara yang molek dan gembira.
Semoga Oktober yang masih berbaki lebih kurang seminggu lagi ini akan membawa lebih banyak khabar indah untuk semua.
Jaga diri semua.



22 Comments
Kalau buat saya, terasa lama sebab saya ada plan traveling di November dan December 😅. Seperti biasa kan, tiap kali ada sesuatu yg buat excited, pasti lamaaaa menunggunya ðŸ¤ðŸ˜‚.
ReplyDeleteNanti saat traveling, macam lari waktu berjalan 🤣
Wahhhhh bestnya Fanny hendak travel Nov dan Dec nanti. Ada ke Malaysia kan?
DeleteEh serius tak ada yg bagus Drakor nya kak? Saya tengah menonton 3 Drakor lama. Dan so far okelaaah, ttg investigasi polisi. Saya sukaaa memang yg begini.
ReplyDeleteAda banyak Drakor tapi tiada yang berkenan di hati begitu
DeleteAlfatihah untuk arwah ibu KSarie.
ReplyDeleteCer share sikit kandungan buku Dajjal, Muslim dan al-Kahfi tu. Mana tahu, kot boleh menyedarkan kami yang alpa ni juga.
Selamat mengganti puasa, KSarie. Selamat bekerja dan menyiapkan tugasan juga.
In sya Allah nanti KSarie kongsikan ye
Deletesemak jetak abe GDragon! betul, oktober terasa panjang. tapi setiap weekend sentiasa ada je aktiviti sepanjang oktober ni. haihh, bab kerja tu. saya pun rasa nak mengamokk
ReplyDeleteLegend GDragon tuh kan😅
DeleteOktober dah nak berlalu
ReplyDeleteSemoga november yang datang, terang sinarnya
In sya Allahhhh
DeleteHarap xde tragedi Oktober.. huhu
ReplyDeleteBanyak tragedi Wak bulan ni🥲
Deletesabar..sabar.. kang naik darah pulak hehe.. moga hari-hari yang dilalui sentiasa beroleh kebaikan dan kegembiraan..
ReplyDeleteAminnnnn
DeleteOktober dekat dah final ni,hari ini dah 27/10/25 awal pagi bersiaran di blog semalam awal beradu..Semoga bahagia di bulan oktober dan seterusnya,aamiin.
ReplyDeleteAminnnnnn
DeleteTak perasa juga nak 100 hari jer lagi Ramadhan akan kembali menemui kita..
ReplyDeleteApa pun semoga ceria ceria di bulan oktober (lambat lak wish dah nak hujung) hihiii
Semoga kita semua Allah rezekikan untuk bertemu Ramadhan pada 2026
DeleteEh, tak sangka pula dah dekat nak Ramadan. Rasa macam baru jew sambut raya puasa.
ReplyDeleteItu la kan. Sekejap je masa berlalu.
DeleteSaya malah merasa NOV ini yg lama sangaaaat kak hahahahaha. Mungkin Krn saya tak sabar nak Desember 🤣.
ReplyDeleteAlfatihah untuk mama kakak yaa ☺️.
Semoga sisa bulan yg tersisa jadi hari yg baik2 buat kita
Iya....November kali ini terasa panjang...terasa letih juga...
Delete