Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga semuanya sihat dan dipermudahkan semua urusan kehidupan.

Semoga kita direzekikan membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat yang barokah ini.

In sya Allah.

 

Rabu lepas den menziarah ayah kawan den merangkap ayah angkat den.

Beliau sedang sakit komplikasi kencing manis dan dirawat di Hospital Serdang.

Sebelum pergi melawat, mata den udah berkaca-kaca bila baca whatsapp daripada kawan den.

Ayah dengan emak nih kalau hendak diceritakan jasa baktinya dalam kehidupan den circa zaman den belajar di UKM tahun 1998 - 2001 memang tidak terkira.

Budi baik dan kasih sayang yang tidak akan pernah terbalas.

Memang akan den bawa bersama ke kubur begitu.

 

Den dan kawan den ni kenal masa belajar di UKM 1998.

Memang ke hulu ke hilir berdua masa belajar.

Tengok movie Titanic dekat wayang sampai 8 kali pun dengan dia nih la😅.

Maklumlah zaman belajar tunjuk kad pelajar dapat tiket wayang RM5 je😅.

 

Den selalu la mengendeng ikut dia balik ke rumah keluarga dia di Petaling Jaya.

Akhirnya terjadi macam keluarga angkat macam tuh.

Dengan adik beradiknya yang 3 orang pun den baik.

Den siap ikut balik kampung ayah di Bentong.

Siap sertai program dengan mak pak saudara dan sepupu dia apa semua.

Kalau kawan den kena marah, den pun kena marah sekali begitu konsepnya😅.

 

Mak memang pandai memasak.

Den paling tidak boleh lupa masakan roasted turkey.

Memang sedap pengsan tergolek-golek.

 

Ayah dan mak merupakan anak murid arwah Ustaz Harun Din di Darul Syifa’.

Deme suruh kawan den belajar perubatan Islam.

Bila kawan den kena belajar, makanya den pun terpaksa belajar sekali😅.

Stress la kami berdua setiap malam setiap hari Isnin terpaksa pergi ke Darul Syifa’😅.

Umur 19 - 22 tahun kan fasa hendak berjimbaan sana sini.

Kami udah la sibuk menyanyi lagu Backstreet Boys, NSYNC segala.

Alih-alih kena paksa belajar Perubatan Islam.

Kan ke tak tidak kena dengan jiwa tu😅.

Tapi asbab paksaan ayah dan mak, kami pergi la belajar sambil merenjas-renjas😅.

Alhamdulillah ada la terlekat sekupang dua ilmunya.

 

Masa den mula-mula dapat kerja, den duduk dekat rumah ayah dan emak setahun sebelum den pindah duduk rumah sewa di Shah Alam.

Kemudian ayah dan emak berpindah ke Bandar Baru Bangi.

Bila telah bekerja dan berkeluarga memang jarang jumpa.

Tetapi tetap tidak pernah luput dari ingatan.

Sentiasa dalam doa.

 

Den ni sebenarnya di dalam kategori orang yang beberapa reti bersembang ke apa.

Memang dari dulu macam tuh sampai la sekarang.

Masa ziarah ayah den cuba bersembang sekupang dua.

Ayah cerita pasal kawan dia dapat pergi menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

Kerisauan macam mana emak nanti kalau ayah tidak ada, dsb.

Kisah udah makan ubat ke belum.

Pasal solat yang perlu diganti, dsb.

 

Ayah siap bagi buah berangan suruh kawan den kongsi makan dengan den😅.

Kita dengan parents macam tuh la ye.

Walaupun kami udah hendak masuk umur separuh abad, bila berjumpa dengan mak ayah tetaplah juga kami ini anak-anak bagi mereka.

Yang masih dirisaukan.

Yang perlu ditengokkan.

Yang masih dinasihatkan.

 

Masa nak balik tu, den menahan sebak di dada bila ayah menangis cakap terima kasih sudi ziarah dia.

Harapnya ayah dan mak tau yang den tidak pernah lupakan mereka dalam doa den.

Den adalah sejenis spesies yang tidak petah berbicara dan tidak beberapa reti bab-bab public display affection ni.

Kalau den tak senyum ayaq mata akan mengalir. So kena acah ceria. Mohon doakan ayah angkat den ye

Sudilah kiranya semua yang terbaca blog ini mendoakan ayah angkat den Abdul Manab supaya Allah ringankan kesakitannya, diberikan kesembuhan, dikurniakan kesihatan terbaik, diberkati umur berbaki dan dipermudahkan semua urusannya.

 

Terima kasih semua.

Have a great weekend ahead.

Take care.

 

0 Comments