Assalamualaikum dan salam.

Apa khabar semua?

Sebenarnya den boleh menjadi poster girl pengangkutan awam😅.

Hampir semua spesies pengangkutan awam den pernah naik.

Ada di antaranya den masih naik sampai post ini ditulis.

Den juga merupakan pelanggan tetap Grab Car udah bertahun-tahun.

 

Ada pilot Grab yang lebih prefer kepada silent ride.

Jadinya memang perjalanan itu menjadi sunyi sepi.

Den tidak pernah request silent ride semasa menempah Grab Car.

Den okay je kalau pilot Grab tidak mahu sembang pun.

Mungkin mereka sudah penat bersembang dengan ramai orang.

Mungkin mereka perlukan ketenangan sebab banyak yang difikir.

Tetapi kalau ada pilot Grab yang hendak berkongsi cerita dan bersembang.

Den suka je hendak mendengar dan berkongsi cerita sama.

 

Alhamdulillah sepanjang den naik Grab Car on off lebih dari 5 tahun, tiada kejadian yang tidak diingini yang kadang kala den baca di media social.

In sya Allah den akan cuba kongsi cerita beberapa pemandu Grab yang sudi berkongsi kisah dengan den.

Sebab kebanyakannya perkongsian cerita ada pengajaran yang boleh kita renungi bersama.

 

Pilot Grab: Uncle India Umur 60++Tahun

Kerjaya: Bekas Groundstaff Syarikat Penerbangan dan Pemilik Penternakan Lembu dan Kambing

Perjalanan: Dari Stesen KTMB Seremban ke Port Dickson

Tempoh perjalanan: 40 minit

 

Nasib baik pilot Grab ni ramah tamah.

Seusai den masuk kereta terus uncle berkongsi cerita.

Kalau uncle diam juga, memang krik-krik la juga den sebab 40 minit tuh perjalanan😅.

Uncle merupakan ex ground staff MAS.

Beliau bekerja selama 28 tahun sebelum MAS memberikan pampasan melalui VSS pada tahun 2016.

Beliau menetap di Mambau lebih 50 tahun.

Uncle bawa Grab baru sebulan.

Macam-macam sembang dengan uncle.

 

Selepas mendapat VSS, uncle menceburi bidang penternakan lembu dan kambing di Mambau.

Ayat gomen sudah keluar😅.

Banyak ternakannya mati semasa banjir 2021 – 2023.

 

Uncle bagitau penternak haiwan ruminan tidak boleh lawan harga haiwan import dari negara luar.

Ini adalah isu utama yang ramai penternak bagitau kalau den tersembang dengan mereka.

Uncle terpaksa kecilkan perniagaan ternakan dia.

Sebab itu uncle kena mula bawa GrabCar untuk kelangsungan hidup.

 

Uncle dan den sama-sama mengharapkan Kerajaan memperkasakan sektor keterjaminan makanan (food security) lagi-lagi selepas melalui fasa Covid19.

Semua orang terutamanya Kerajaan perlu sedar tentang betapa pentingnya keterjaminan air dan makanan.

Antara penyebab tentera USA kalah semasa Perang Vietnam dan tentera Jerman kalah semasa Perang Dunia Pertama adalah askar-askarnya kelaparan sebab bekalan makanan tersekat, dsb.

Tapi uncle dan den sama-sama kecewa dengan keterjaminan makanan Malaysia.

 

Kami sama-sama berdebar dengan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit.

Kami tidak tahu hendak mengundi siapa semasa PRU 2026 nanti.

Uncle cakap dia tidak pasti hendak mengundi atau tidak PRU 2026 sebab dia telah frust dengan Kerajaan yang memerintah hari ini.

 

Kami sembang tentang korupsi di kalangan kakitangan awam.

Uncle bekerja bermula dari Subang Airport ke KLIA.

Beliau ada mengetahui banyak kisah korupsi di kalangan kakitangan kerajaan di lapangan terbang.

Beliau berkongsi beberapa contoh kes korupsi yang beliau tahu semasa bertugas di lapangan terbang.

 

Uncle cakap mungkin masa pemerintahan Tun M ada je pemimpin yang mengaut kekayaan ke apa tetapi rakyat tidak begitu tertekan sebagaimana sekarang.

Sekarang ni duit rakyat disakau dengan begitu dasyat sekali.

Uncle cakap walaupun dia tak harapkan Malaysia buat hukuman macam China tembak mati mereka yang sakau duit negara, dia harapkan hukuman yang lebih tegas dikenakan.

 

Kata uncle ahli-ahli politik yang suka cetuskan isu ketegangan kaum ni ha.

Sebenarnya rakyat dekat bawah ni semuanya dok pening kepala tentang macam mana hendak bertahan hidup.

Uncle cakap ada sekali itu pukul 11 malam kereta dia pancit di depan kedai makan.

Masa dia tertonggeng-tonggeng hendak menguruskan tayar yang pancit tu, ada seorang lelaki Melayu dan isterinya baru sudah makan.

Lelaki Melayu ini tolong dia tukar tayar pancit.

 

Den bila tengok pakcik-pakcik dan uncles masih berkerja keras untuk bertahan hidup lagi-lagi bila sudah mencapai warga emas, memang ada sayu sayat hati sebab terkenangkan arwah abah.

Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang terbaik untuk terus berjuang bertahan hidup.

 

Uncle hantar den sampai depan rumah atok.

Den bagi uncle 5 bintang dan tips.


 

 

5 Comments

  1. Bila dengar cerita orang, baru kita sedar diri kadang tu, betapa bernasib baiknya kita. Banyak perkara yang uncle cerita tu, saya setuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Kadang kala kita terlupa hendak bersyukur dengan apa yang kita ada. Ramai orang yang lagi susah daripada kita. Betul kan kata uncle. Rakyat sebenarnya jerih hendak bertahan hidup.

      Delete
  2. Terima kasih utk entry ni, really an eyeI opening. Sejujurnya, saya pun taktau nak undi sape next pru sebab at the end politician ni semua kaki sembang je. Diorang fikir diorang je lepas tapi rakyat yg susah?

    Seronok baca pengalaman uncle tu tapi kesian tengok pakcik umur 60 tahun still kena kerja lagi. Semoga ternakan uncle secara kecil kecilan tu berjaya dan uncle pun murah rezeki juga

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..syukur dapat naik grab dengan driver grab yang baik-baik. Hidup ini keras. Masing-masing struggle untuk meneruskan kehidupan. Kita usaha dan doa semoga yang baik-baik di masa hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga semuanya dapat bertahan hidup dengan sebaiknya

      Delete