Resepi Cucumber and Avocado Rolls
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semuanya di hari Isnin yang indah ini.
Eceh😅.
Bak kata pepatah omputih ‘fake it till you make it’ begitu ye.
Walaupun den sangat chenta kepada Sabtu dan Ahad.
Haruslah juga berlapang dada menerima kehadiran hari Isnin ye.
Agak pelik tajuk post ini ye😅.
Acah-acah hipster gayanya.
Kisahnya baca blog Fizah tentang buah avocado batch terakhir.
Langsung pergi beli buah avocado dekat kiosk sebelah pejabat pada hari Jumaat lepas.
Angan-angan mat jeninnya hendak buat jus alpukat.
Sekali eh terlupa hendak beli susu segar la pulanya.
Haish.
Lepas tu teringat macam ada tuna dalam tin.
Lalu berangan hendak buat cucumber + tuna + avocado rolls.
Sekali masa hendak mulakan operasi memasak pada Sabtu lepas, eh tuna pun tidak ada rupanya.
Berangan betul seketul Bida ni.
Tetapi disebabkan 2 biji avocado sudah masak ranum, makanya ayuhlah kita buat cucumber + avocado + garlic spread rolls begitu walaupun pasti tidak ada rasa😅.
Disebabkan timun jepunnya senget, makanya helaian timun yang dipotong adalah kurang handsome dan caca merba😅.
Putus bagai hirisan timunnya pun
Sapuan 2 biji avocado adalah sangat berlebihan ye😅.
Udah tebal jadinya sapuan itu.
Comot dan tidak estetik sungguh😅.
Ini adalah contoh berlebih tidak semestinya molek
Makanya garlic spread itu diketepikan begitu sahaja.
Bila hendak digulung dan dipotong jadi caca merba.
Tiada bamboo sushi mat tuh. Maka den gulung je ikut dan sendiri
Avocadonya terkeluar di sana sini.
Dramatik agakkan den ni ye😅.
Padahal potong sayur dan buah je pun ha😅.
Hasil akhir cucumber + avocado rolls memang tidak beberapa semengah.
Taram saja la labu ye😅.
Idok la segak tapi masih ada rupa sushi begitu
![]() |
Antara kejadian cucumber rolls yang terkeluar-keluar filling avocadonya |
Bila makan terasa sejuk dan tawar😅.
Tawaq habiaq bak kata orang Penang😅.
Terpaksalah den selang selikan dengan makan buah naga, pisang dan pisang kaki.
Makan bersulam buah warna warni itu ada sikit la rasa begitu
Tekak orang kampung yang biasa dengan sambal, kari bagai.
Alih-alih pergi makan resepi ala-ala hipster sebegitu.
Memang agak ke laut dalam la jadinya😅.
Kesimpulannya daripada resepi cucumber + avocado rolls yang den buat adalah:
✅️Cari timun Jepun yang lurus supaya molek bila dihiris.
✅️Sebiji timun sesuai untuk sapuan setengah/satu biji avocado sahaja.
✅️Sapuan yang nipis sahaja.
✅️Perlu dikombinasikan bersama tuna/hirisan daging/ayam/telur, dsb supaya ada rasa.
✅️Boleh pertimbangkan untuk hirisan buah avocado bukannya avocado sebagai sapuan.
In sya Allah ini bukan hidangan cucumber + avocado rolls yang terakhir.
Nanti di suatu masa yang entah bila kalau den terbuat lagi resepi sebegini yang ditambahbaik, den kongsikan ye.
Ada 2 biji lagi avocado di rumah.
Pagi tadi tiba-tiba seorang rakan sepejabat bagi 3 biji avocado lagi.
Udah ada 5 biji buah avocado😅.
Maka kena difikirkan apakah resepi yang sesuai.
Yang pastinya tidak sesuai untuk dimasak lemak cili api kan?
Macam berangan hendak buat avocado dip.
Kome ada cadangan resepi avocado yang hendak dikongsikan?
Selepas makan cucumber + avocado rolls siangnya, rasa bahagia dan gembira masak nasi goreng cili kering untuk dinner.
Ini juga yang kena dengan tekak den😅.
Semoga hari Isnin semua molek-molek ye.
Jaga diri semua.
0 Comments