Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

In sya Allah semoga ada rezeki kita membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat yang barokah ini ye.

 

Masjid Sri Sendayan adalah antara masjid yang den teringin sangat hendak pergi.

Udah beberapa kali rancang dengan geng mengaji hendak pergi ke sini tetapi tidak kesampaian.

Masa balik ke Port Dickson baru-baru ini tidak sesuai pula hendak singgah sebab tidak boleh solat.

 

Baru-baru ini den perlu menghadiri mesyuarat di Seremban.

Selepas habis mesyuarat den tanya pilot sudi ke singgah sekupang dua di Masjid Sri Sendayan.

Alhamdulillah ada juga rezeki den menjejakkan kaki di masjid yang viral kerana senibinanya ada ciri-ciri binaan Masjid Nabawi ini.

Orang mata kero ambil gambar begini la ye. Tidak berseni langsung hhehehee

Latar Belakang Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan adalah masjid yang terbesar di Negeri Sembilan.

Masjid ini merupakan salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia.

Masjid Sri Sendayan terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar.

Ia mempunyai tiga dewan solat yang mampu memuatkan seramai 5,000 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.

Masjid ini diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dengan kos RM100 juta.

Sumber: Wikipedia

 

Pintu masuk yang dekat untuk ke dewan solat wanita di tingkat 1

Masjid Bersih, Cantik dan Unik

Tempat wuduk wanita sangat bersih.

Ruang solat wanita yang boleh memuatkan lebih kurang 800 orang jemaah pada satu-satu masa bersih, lapang dan kemas.

Telekung yang den guna untuk solat sunat bersih dan wangi.

Seni ukiran kubahnya unik dan buat tidak jemu mata memandang.

Ini kalau tidak kerana mengejar masa, mau den terpaku lama memerhatikan kubahnya sampai sakit-sakit leher.

Kita boleh melawat ruang solat utama di kawasan yang dibenarkan.

 

Rajin seorang kakitangan masjid melayan rombongan 6 orang perempuan yang bergambar di sini.

 

Disebabkan den tidak boleh berlama-lamaan di sini, makanya den dapat berjalan sekitar masjid sekupang dua sahaja.

Den ambil gambar pun asal boleh aje sebab hendak cepat dan sorang-sorang.

Haruslah ada gambar tuan tanah kedaung yang terlupa hendak punch in masa pergi mesyuarat tuh kan

Masa berjalan menuju ke tempat meletak kereta, ternampak sepasang pengantin sedang bergambar.

 

In sya Allah satu hari nanti den hendak datang lagi ke masjid ini.

Hendak pusing ke segenap penjuru yang boleh dilawat.

Dengan harapan dapat masuk ke perpustakaannya, dsb.

Kalau kome ke Seremban, masukkan dalam agenda singgah di Masjid Sri Sendayan ye.

Kita semua mengharapkan ada rezeki dapat solat di Masjid Nabawi satu hari nanti.

Sementara dijemput ke sana, kita solat dulu di Masjid Sri Sendayan ini ye.

 

Selamat berehat di hari minggu semua.

Jaga diri.

 

 

0 Comments