Movie Review: Jurassic World Rebirth
Haishhhhhh.
Kalau mengeluh panjang macam ni apa maknanya?
Maknanya 'kenapa la kejadian engkau begini movie nya' ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Even the sexy and gorgeous Scarlett Johannson tidak bisa menyelamatkan movie ini.
Ulasan den ada spoiler ye.
Masa den tengok trailer movie ni den udah rasa 'macam agak ke laut dalam ceritanya ni'.
Tetapi disebabkan anak sulung den yang bertuah itu memang sangat chenta kepada dinosaur, terpaksa la den gagahkan diri untuk tengok movie ini.
Den udah boleh agak kalau cerita jurassic ni mesti akan melibatkan sekumpulan manusia samada tamak/berniat baik hendak/perlu mendapatkan genetik dinosaurs untuk memonopoli kekayaan/penyelidikan/demi kemaslahatan rakyat marhaein.
Berbondong-bondong la deme ni ke pulau jurassic.
Di mana penyelidikan dinosaur sokmo terpleot.
Lepas itu akan ada sesi melarikan diri dari dinosaurs.
Dinosaurs bergaduh sesama sendiri.
Ada yang orang jahat ketegaq tidak mahu mendengar kata lalu menjadi santapan dinosaur.
Sesi penyelamatan.
Sesi saling mengkhianati, etc.
Akhirnya hero dan heroine akan terselamat meninggalkan pulau jurassic.
Dengan penuh rasa lega di dada dan berazam hendak menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Begitulah jalan cerita movie dinosaurs yang diulang-ulang sejak movie jurassic yang pertama pada 1995.
![]() |
Makwe cantik ini tidak bisa mnyelamatkan movie ini |
Sama sahaja jalan cerita untuk movie Jurassic World Rebirth ni.
Cumanya yang membuatkan movie ini terpleot untuk den adalah tiada langsung adegan dinosaur berbeza spesies berlawan di antara satu sama lain untuk berebut kawasan ke makanan ke.
Adegan dinosaur mengejar manusia pun sekupang dua dan tidak jump scare langsung.
Spesies dinosaurs pun tidak banyak.
Bagi den kalau cerita jurassic harus ada banyak adegan berdarah, ngeri dan seriau.
Den bayar untuk menjerit sekuat hati sambil makan popcorn konsepnya apabila menonton cerita jurassic begitu.
Penjahatnya pun tidak jahat sangat.
Penjahat seharusnya memang perlu jahat yang menjengkelkan yang buat kita rasa hendak masuk dalam movie dan lempang atau terajang dia sekupang dua.
Ahhhhhh.
Yang paling den tidak boleh brain kenapa dinosaur hibrid yang dikatakan paling ganas rupanya seperti iras alien tetapi lebih kepada hibrid bersama dugong.
For the love of God whyyyyyyyðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Yishhhh.
Frust den tengok cerita ni.
Kalau kome rasa Jurassic World Dominion udah mengecewakan, Jurassic World Rebirth ini 10 kali ganda mengecewakan.
Ini pendapat den je la kan.
Sekurang-kurangnya Jurassic World Dominion ada Chris Pratt, Jeff Goldblum dan Sam Niell.
Rating oleh anak sulung den untuk movie Jurassic World Rebirth ni adalah 7/10.
Dia bias sebab asalkan ada dinosaur dia sudah gembira macam hendak pengsan😅.
Rating daripada anak kedua den 6/10.
Den bagi 4/10 je.
Nangis mengenangkan duit yang dilaburkan membeli popcorn untuk menonton cerita ini.
Kalau salah seorang pelakon dia Joe Manganiello mungkin den bagi markah 5/10😅.
![]() |
Anak bertuah yang gembira dapat paw kad Uno dinosaurs |
Den rasa sudah tidak mahu tengok movie Jurassic lagi kalau beginilah ceritanya.
Tetapi kalau anak bujang den tuh masih chentakan dinosaur, terpaksalah daku turutkan jua.
Haish.
Den lebih sanggup ulang tengok KPop Demon Hunter sebenarnya.
🎶You’re my Soda Pop🎶
0 Comments