Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga semuanya sihat dan gembira.

 

2 minggu lepas memang terpleot sungguh rasanya jadual kerja.

Pagi Isninnya menghadiri kursus.

4 petang den dan 4 orang rakan sepejabat terus bergerak ke Kuantan.

Pilot bawa macam hendak terbang😅.

Tetapi disebabkan den adalah sejenis spesies boleh tidur di mana sahaja dan dalam apa juga keadaan, makanya den tidur lena begitu😅.

 

Gobang Maju Tol, Temerloh

Kami singgah makan mee bandung udang di Gobang Maju Tol, Temerloh.

Ini asbab baca blog Mulan JJCM Temerloh Kuantan.

Mungkin sebab udah petang makanan banyak yang telah habis.

Makanya makan mee bandung dan mee udang.

Sampai aje hotel terus mendaftar masuk di E-Red Hotel.

Lepas mandi apa semua 8.30 pm terus keluar.

Ana Petai Ikan Bakar

Dinner di Ana Petai Ikan Bakar.

Makan ikan siakap stim, sotong celup tepung, lala masak pedas, sayur kangkung dan keropok lekor.

Sedap betul sotong celup tepung

Semua menu pilihan deme.

Den ikutkan aje.

Sembang, makan, bergossip apa semua.

Seorang ini cerita dia dulu buat asasi UM dekat Kuantan.

Maka banyak la dia mengenang kisah-kisah zaman kegemilangan begitu😅.

Balik hotel terus tidur pengsan.

 

Esoknya 8 pagi udah daftar keluar.

Sekali eh kedai sport toto depan hotel udah mula beroperasi pukul 8 pagi.

Cemerlang betul waktu operasi deme.

Mesti unjuran ROI deme mantap kan?

Disebabkan deme ini pergi tempah hotel tanpa sarapan makan pagi maka ayuhlah kita cari sarapan sebelum pergi taklimat.

 

Kedai Makan Tanjung Selera di Tanjung Api

Hendak makan lempeng sekali lempeng takde🥲

Maka makan nasi dagang ikan tongkol.

Yang istimewanya ada busking violin.

Terasa macam sedang bersarapan di high-end restaurant.

Sempat sembang dengan tauke kedai.

Katanya pemain violin tuh adalah bekas bekerja bank berumur 70an.

Beliau belajar main violin sendiri melalui youtube semasa PKP.

Selepas itu beliau buat persembahan di kedai makan dan mana-mana tempat yang menjemput beliau.

Langsung la den kagum.

Bersemangat dan passionate.

Den suka dengar cerita macam ni.

Den ni entah bila la nak belajar main piano yang den teringin sangat-sangat tuh.

Haish.

 

9.15 pagi kami sampai di UIA Kampus Kuantan.

Taklimat sampai hampir 1 petang.

Den dapat souvenir sebab berjaya dapat tempat ketiga menjawab kuiz😅.

Kula Cakes

Dari UIA Kampus Kuantan, terus aje kami gerak ke Kula Cakes.

Melayankan anak-anak ikan ni hendak makan mango cheese cake di Kula Cakes ni.

Kalau tanya den rasanya sama je mango cheese cake dekat kebanyakan café yang den pernah makan.

Ke sungguh ada beza tapi den yang tidak reti hendak rasa?

Kancil Ikan Patin Bangau

Dari sini terus aje kami ke Kancil Ikan Patin Bangau.

Kedai makan tepi Sungai Pahang.

Makan ikan patin tempoyak, pais, udang galah, etc.

Sakan ye makan sampai lupa daratan.

Segah-segah perut bagai😅.

 

Udah kenyang ayuh la kita pulang ke Shah Alam.

Den memang tak sedar apa dah.

Masuk kereta terus tidur pengsan walaupun terasa melayang ke main laju pilot membawanya.

Ingatkan hendak singgah beli keropok leko bagai.

Tetapi jejaka-jejaka cakap bini masing-masing pesan suruh balik awal sebelum 7 pm😅.

Jadi kita kena la sokong suami-suami mithali ni semua ye.

 

Sampai je Shah Alam udah hampir 7 malam.

Packing beg untuk ke lawatan tapak ke Seberang Perai pula esoknya, Rabu.

 

In sya Allah cerita JJCM Seberang Perai eh sesi lawatan tapak den cerita dalam post akan datang ye.

Sekali sekala outstation ni seronok juga sebab dapat JJCM😅.

 

0 Comments