Resensi KDrama Trigger (Julai 2025)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Semoga hari Isnin semua molek-molek belaka.
Den hendak buat resensi KDrama yang tengah trending sekarang di Neflix.
Den tengok KDrama ni sebab Kim Young-kwang😅.
Sejak den tengok dia jadi cameo sebagai Gangcheori dalam KDrama The Haunted Palace, terus macam 'ohhh sesiapakah jejaka tinggi lampai yang hesmes ini😅'.
Dasar😅
KDrama: Trigger
Episod: 10 (setiap episod 45 minit)
Pelakon: Kim Nam-gil dan Kim Young-kwang
Genre: Aksi
Platform: Neflix
Kisah seorang pegawai polis Lee Do (Kim Nam-gil)
yang ada latarbelakang tentera upahan dan mempunyai kepakaran bab senjata api yang berusaha menyiasat kenapa tiba-tiba beberapa orang awam memiliki senjata api rentetan daripada kejadian pembunuhan beberapa orang penghuni hostel oleh seorang pemuda yang sedang sibuk belajar untuk menduduki peperikasaan perkhidmatan awam.
Dalam pada Lee Do menyiasat beberapa siri serangan menggunakan senjata api - serangan ke atas balai polis oleh banduan yang dalam parol, makcik yang tembak boss anaknya, budak sekolah yang dibuli teruk di sekolah buat tembakan rambang di sekolah, dsb si di berjumpa dengan Moon Baek (Kim Young-kwang) yang kononnya sedang mencari senjata api untuk membunuh diri akibat menghidap kanser yang tidak akan sembuh.
Episod 1 - 5 memang mantap teruk.
Serius memang awesome sampai den terpaku tidak menguit.
Episod 6 - 10 macam eh dah kenapa tiba-tiba jalan cerita jadi terpleot ni.
Punya la tidak logik cerita dari episod 8 towards the end tuh sampai den terpaksa google la Polis Korea dan Tentera Korea ni ranking ke berapa dalam dunia daripada segi kehebatan segala.
Sebab macam dah kenapa polis kome macam terpleot bebeno.
Mana kome punya segala Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Khas (PGK) atau VAT 69 macam tuh la.
Kalau tengok ending macam ada harapan boleh ada Season 2.
Kalau ikutkan episod 6 tu den udah surrender kalau pelakonnya bukan Kim Nam-gil dan Kim Young-kwang.
Kim Nam-gil ni kalau KDrama ke movie genre aksi memang makanan dia la.
Tiada apa hendak dipersoalkan.
Dengan muka serius, tiada perasaan dan tangkas berlawan memang sajak la dia jadi polis Lee Do.
Bagi den, the star of the KDrama adalah Moon Baek.
Dia adalah definasi villains aren't born, they're made.
Moon Baek bagi den macam tiada ruang dia hendak jadi orang baik.
Masa baby dibuang oleh emaknya.
Diambil oleh sindiket pemerdagangan organ.
Sebelah matanya dijual masa umur dia 7,8 tahun.
Kemudiannya dia dihantar ke USA untuk diharvest organnya di sana.
Bila terselamat akibat serbuan FBI udah boss syarikat senjata api jumpa dia dan groom dia.
Lepas tuh udah kena kanser yang ada 6 bulan je boleh hidup.
Den rasa dia penjahat yang sebenarnya perlu disayangi.
Eceh😅.
Setiap kali Moon Baek muncul di layar, terus den macam Lee Do who😅.
Pengajaran daripada KDrama ini antaranya adalah walaupun hidup kita banyak tragedi macam Lee Do yang appa, omma dan adiknya dibunuh oleh orang jahat masa dia dalam umur 7,8 tahun, hendaklah kita berusaha menjadi orang baik.
Lee Do dijadikan ala-ala anak angkat oleh anggota polis.
Dia menjadi seorang polis yang hendak membanteras penjenayah begitu.
Kalau tengok kes tembakan di hostel, sekolah dan makcik itu, mereka yang menembak adalah orang yang dibuli, yang tidak mendapat keadilan melalui sistem sedia ada, dsb.
Kesian sebenarnya, kita yang kena buli tapi akhirnya kita yang menjadi villain.
Orang yang membuli eh elok terselamat.
Yish.
Kim Nam-gil dan Kim Young-kwang ni tinggi macam pokok kelapa.
Kim Nam-gil 184 cm.
Kim Young-kwang 189 cm.
KDrama ni tidak sesuai untuk anak-anak sebab penuh tembak menembak sana sini.
Episod 1 ada sekupang adegan tidak sopan dalam 2-3 minit macam tuh.
So watch at your own risk yar.
Kalau den di tempat Moon Baek, mungkin den pun akan jadi villain.
Hopefully Kim Nam-gil pilih KDrama atau movie yang genre santai pula next time.
Lama sangat dah dia dok pilih KDrama genre aksi.
Untuk the new uncovered hearttrob Kim Young-kwang mohon berlakon lebih banyak KDrama atau filem ye.
Hesmes macam ni memang sejuk mata memandang😅.
0 Comments