Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya sekarang ini kebanyakan daripada kita memang akan menggunakan perkhidmatan pembelian atas talian.

Yang membezakannya adalah kekerapannya sahaja.

Kalau rajin buka online platform, memang lagi banyak la khidmat penghantaran terutamanya barangan akan sampai di pejabat mahupun di rumah.

Sediakan aje la duitnya ye hehehehehe.

 

Kalau barang-barang yang kita beli di Malaysia, kita memang sudah biasa dengan Malaysia Marketplace seperti Shopee, Lazada dan lain-lain.

Syarikat perkhidmatan penghantaran pun kita dah familiar sangat. Pos Laju, Ninja Van, Gdex, J&T Express dan sebagainya.

Cuma cepat atau sempat aje la barang kita sampai hehehehehe.

 

Tetapi kalau kita tiba-tiba berkenan dooh barang-barang yang ada di Indonesia yang kita terjumpa di mana-mana Indonesia Marketplace seperti Tokopedia, Shopee Indonesia dan lain-lain, macam mana kita hendak beli barang-barang tuh hantar barang-barang tuh dari Indonesia ke Malaysia kan?

 

Macam mana hendak cari atau pilih syarikat penghantaran yang boleh dipercayai yang menawarkan perkhidmatan mudah pada harga yang mampu milik?

Orang macam den yang urusan harian sudah cukup memeningkan kepala memang akan mencari perkhidmatan yang memerlukan tindakan paling minima.

Hidup biar simple dan santai begitu.

Jadinya bila den tau kewujudan syarikat yang menyediakan perkhidmatan membeli barangan Indonesia dan pos semula ke Malaysia dengan kadar bayaran yang berpatutan, den memang sangat teruja ye.

Sebab bagi peminat novel karya pemulis Indonesia seperti Tere Liye dan Andrea Hirata, hati den memang terkinja-kinja tengok harga buku-buku yang tertera di Tokopedia.

Seru banget bak kata orang Indonesia.

 

Syarikat TolongBeli.com.my ini telah beroperasi selama 3 tahun.

Kenapa la den baru tau sekarang kan? Huhuhuhuhuhu.

Marilah kita memegang konsep better late than never begitu ye.

Kenapa Kena Pilih Tolong Beli?

Den ringkaskan lima (5) sebab kenapa korang kena pilih Tolong Beli untuk menguruskan pembelian barang di Indonesia dan mengeposnya ke pintu rumah/pejabat korang di Malaysia ni.

 

1. Syarikat legit dan boleh dipercayai.

Syarikat Tolong Beli berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) dengan nama TOLONGBELI DIYMAN RESOURCES dengan nombor pendaftaran 202003229276.

 

2. Upah perkhidmatan yang berpatutan.

Kadar upah adalah 10% daripada jumlah kos keseluruhan.

Sebarang perubahan pada kadar upah dari semasa ke semasa perlu rujuk pada website Tolong Beli ye.

 

3. Transaksi dalam Ringgit Malaysia (RM)

Tidak perlu pening kepala hendak convert matawang bagai.

Sesuai untuk orang macam den yang memang berpinar-pinar sikit biji mata bila mengira hehehehehe.

 

4. Kaedah pembelian yang mudah dan ringkas.

Terdapat enam (6) langkah pembelian yang in sya Allah senang untuk difahami dan diikuti iaitu:

1) Whatsapp nama, alamat dan barang yang hendak dibeli.

2) Berikan link barang dan anggaran saiz packaging untuk anggaran kiraan pos barang.

3) Kiraan harga barang + kos pos. Kalau setuju dengan harga boleh buat bayaran.

4) Tolong Beli buat pembelian barang.

5) Barang sampai di gudang. Ukur dan timbang semula barang sekiranya ada tambahan kos pos.

6) Tracking number diberikan. Sila tunggu barang sampai.

 

5. Pembelian daripada pelbagai Indonesia Marketplace.

Korang boleh cari pelbagai barang yang korang berkenan di pelbagai online platform macam Tokopedia, Shopee Indonesia, Bukalapak, Bibli, Lazada dan lain-lain.

Jumpa je link barang korang berkenan boleh terus berurusan dengan Tolong Beli untuk membelikan barang-barang korang daripada platform ini.

 

6. Cakupan perkhidmatan yang luas

Perkhidmatan Tolong Beli meliputi Malaysia, Singapura dan juga Brunei.

Bagi penghantaran udara, ianya dari Indonesia ke Malaysia, Singapura dan Brunei.

Penghantaran melalui kapal laut hanya meliputi Semenanjung Malaysia.

Bagi Sabah Sarawak, penghantaran melalui laut hanya melibatkan kawasan ibu kota sahaja.

Terdapat kos tambahan bagi kawasan pedalaman, jadinya barang disarankan untuk diambil di gudang sahaja.

 

7. Whatsapp yang dijawab oleh insan.

Sekarang ni banyak whatsapp dijawab oleh robot kan?

Jadinya bila orang yang menjawab whatsapp tuh dia ada rasa enak begitu.

Yang paling penting mudah hendak berurusan.

 

Cara Membuat Tempahan/Pesanan dan Berurusan dengan Tolong Beli

Jom den kongsikan gambar dan video cara pembelian dengan Tolong Beli ye.

Macam mana ni korang?

Den dah terpesona dengan banyak gila novel di Tokopedia tuh ha.

Jenuh la hendak berwhatsapp dengan Tolong Beli nanti ni huhuhuhu.

Beberapa testimoni untuk tatapan kita semua agar tidak ragu-ragu memilih Tolong Beli bagi pembelian barang di Indonesia ye.

Kalau korang ada persoalan tentang terma dan syarat, kalkulator kiraan berat barang, had berat, pembayaran, refund, insuran, pembungkusan semula barang, bahan yang memerlukan lembaran data keselamatan bahan dan sebagainya, korang boleh layari semua laman berikut untuk keterangan lanjut ye:

 Website: https://tolongbeli.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/Tolongbelicommy-105996077776239

Jadinya bila sudah ada syarikat yang boleh memberikan perkhidmatan membeli barang di Indonesia Marketplace dan mengeposnya sampai ke pintu rumah/pejabat kita dengan kos berpatutan, marilah kita dengan tanpa bertangguh menyerbu Tokopedia, Shopee Indonesia, Bukalapak dan seangkatan dengannya.

Ayuh jangan bertangguh.

Jom shopping.

0 Comments