I am stuck in the phase I really need to save money and you only live once”.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Biasa tak korang dengar kata-kata di atas.

Nampak macam kelakar kan tapi sebenarnya bila kita menyembang pasal duit ni, ianya adalah sesuatu yang amat serius.

Sejak den mula bekerja pada tahun 2001, perkara berkaitan duit ini sememangnya topik yang dekat dengan hati den.

 

Kita ambil perkara yang paling asas dengan hidup kita.

Kita perlukan makanan untuk memberikan tenaga kepada kita untuk belajar, bekerja dan lain-lain untuk bertahan hidup.

Makanan baik yang kita masak sendiri atau kita beli dari kedai di luar semuanya melibatkan duit begitu.

 

Hidup ini sememangnya memerlukan duit.

Simpanan duit untuk pelbagai tujuan di dalam kehidupan adalah sesuatu perkara yang perlu diberikan perhatian agar kita dapat terus mandiri hidup seboleh-bolehnya di atas kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Lagi-lagi fasa lepas Covid19 ni kan.

Memang terasa sangat betapa perlunya kita menyimpan duit.

Berapa Jenis Simpanan atau Tabung Minima Yang Perlu Ada

Bagi rakyat marhaein biasa macam den dengan keluarga kecil iaitu den, suami dan dua orang anak di sekolah rendah, den berhasrat untuk mempunyai simpanan berikut:

 

Simpanan Tetap

Ini sepatutnya simpanan yang tidak boleh diusik langsung tetapi inilah simpanan yang selalunya bocor teruk.

Perlu lebih berdisiplin dan berhemah untuk memenuhkan tabung simpanan yang satu ini.

 

Simpanan Kecemasan

Apa perkara yang termasuk di dalam kecemasan?

Perkara-perkara yang tidak dijangka berlaku seperti kos-kos yang perlu ditanggung sementara mendapat tuntutan insurans dan sebagainya.

Apabila berlaku kemalangan, kebakaran atau ditimpa musibah lain yang kita tidak jangka.

Walaupun kita mempunyai insurans kesihatan, kadang kala kemasukan ke hospital swasta memerlukan deposit.

Banyak perkara di dalam kategori kecemasan ini sebenarnya.

 

Simpanan Keperluan Tahunan

Ini adalah simpanan untuk membayar cukai pintu, cukai tanah, cukai petak, zakat pendapatan, insurans kenderaan, penyenggaraan kenderaan dan rumah serta sebagainya.

 

Simpanan Perbelanjaan Anak-Anak

Ini simpanan perbelanjaan anak-anak.

Bukan senang ye hendak membesarkan anak-anak.

Kos daripada dalam perut lagi sudah berapa.

Tabung ini kiranya perbelanjaan biasa seperti yuran tahunan, yuran PIBG, kelas mengaji, pakaian sekolah, aktiviti korikulum sekolah, lawatan sambil belajar, hari kantin dan sebagainya.

 

Simpanan Tetap Anak-Anak

Ini pun sebenarnya simpanan yang tidak boleh diusik oleh ibu bapa tetapi kadang kala diusik juga kerana itulah kehidupan.

Ini simpanan untuk anak-anak sambung belajar sebenarnya.

Ada banyak kaedah untuk simpanan ini samada melalui tabungan SSPN, Tabung Haji dan sebagainya.

 

Nampak macam eh lima je simpanan yang diperuntukkan?

Mana simpanan untuk berjalan-jalan sebab den kan suka melancong?

Kalau diikutkan kira-kira perbelanjaan, den nih termasuk di dalam kategori keterhutangan serius jadi tidak layak pun untuk berjalan-jalan.

Tragis kan?

Suka berjalan tetapi tiada peruntukan untuk berjalan-jalan huhuhu.

 

Bila cerita pasal simpanan sudah pasti persoalannya adalah berapa banyak yang kita perlu simpan?

Bagaimanakah kira-kira jumlah simpanan ini?

Ada atau tidak aplikasi atau kalkulator yang paling mudah untuk mengira simpanan ini?

 

Jadinya den hendak berkongsi dengan korang satu laman sesawang pengiraan simpanan iaitu https://www.savingscalculator.org/

Kalau korang macam den yang memang tidak minat pengiraan yang kompleks, laman sesawang ini memang sesuai banget sebab pengiraannya ringkas dan mudah untuk digunakan.

Apa yang membezakan laman sesawang ini dengan laman sesawang kalkulator yang lain adalah ianya membenarkan frekuensi terkompaun yang berbeza (different compounding frequencies) dan apa-apa jenis unit mata wang.

Ada banyak jenis kalkulator pengiraan di dalam laman sesawang ini tetapi den paling tertarik dengan pengiraan untuk pendidikan anak-anak dan pengiraan bagi persaraan sebab dua perkara ini yang penting di dalam hidup den sekarang.

 

Simpanan Pendidikan Anak-Anak (College)

Dengan keadaan semasa yang terlalu ramai anak-anak yang cemerlang tetapi peruntukan biasiswa atau pinjaman pendidikan yang terhad, mahu tidak mahu ibu bapa macam den ni kena berusaha juga untuk sediakan dana atau tabungan pendidikan untuk anak-anak.

Den mempunyai dua orang anak yang berusia 12 tahun dan 8 tahun.

Jadinya memang kena buat kira-kira berapa simpanan yang perlu diketepikan setiap bulan bagi membiayai pelajaran mereka sehingga ke menara gading.

Dalam kalkulator yang disediakan, kita boleh pilih jenis kolej yang kita rancang untuk anak-anak kita belajar nanti samada kolej awam atau swasta.

Jumlah kos pembelajaran tahunan yang dikira di dalam kalkulator ini mengambilkira yuran, penginapan, pengangkutan, buku-buku rujukan dan latihan serta pelbagai keperluan lain untuk pelajar.

Ini tidak termasuk kos minum kopi hipster tau hehehheehe.

Setiap tahun mesti ada kadar inflasi tertentu kan?

Di dalam kalkulator ini kadar inflasi telah diambilkira.

 

Daripada kiraan ini, kita boleh tengok berapa anggaran simpanan yang perlu dibuat setiap bulan berdasarkan gap simpanan sedia ada.

Kiraan yuran pengajian kolej awam pun telah buat den berpeluh-peluh.

Kalau kira yuran pengajian kolej swasta mau pitam terus ni huhuhuhu.

Den sertakan di sini contoh kiraan simpanan yang diperlukan untuk pengajian dua orang anak bujang den ye.

Angka yang diletakkan adalah ilusi dan anggaran semata tetapi tetap membuatkan den terkesima huhuhuhuhu
Antara kesimpulan yang mengerikan dalam hidup den huhuhuhuhu
Kesimpulannya membuatkan den kelu untuk berkata-kata

Nampak gayanya den terpaksa la melupakan hasrat den untuk berjalan-jalan ke hulu ke hilir berdasarkan kira-kira di atas huhuhuhuhu.

 

Simpanan Persaraan (Retirement)

Selain daripada dana pendidikan anak-anak, dana untuk persaraan juga penting untuk den memandangkan den telah berumur 44 tahun.

Kata penasihat kewangan, dana persaraan sepatutnya disediakan seawal kita mula bekerja tetapi itulah apakan daya.

Jadinya kita memegang konsep biar lambat jangan tidak bermula langsung begitu ye.

Kenapa Penting Tabungan Persaraan Ni?

Umur warga emas nanti pelbagai jenis penyakit mula menjadi peneman kita.

Jadinya banyak bahagian tabung persaraan ini perlu disediakan untuk perkara berkaitan kesihatan.

Selagi kita mampu, kita usahakan sendiri apa-apa perbelanjaan untuk makan, tempat tinggal dan sebagainya.

Sebolehnya tidak mahu mengganggu kehidupan anak-anak.

Jadinya mahu tidak mahu perlu sediakan dana persaraan yang secukupnya agar tidak perlu bergantung kepada sesiapa.

Ikutkan hati hendak bersara esok ye tetapi memandangkan banyak hutang-piutang makanya hendaklah kita berpijak di bumi nyata lalu memilih usia persaraan yang lebih logik begitu ye.

Den kongsikan dana persaraan yang den kira menggunakan kalkulator simpanan persaraan dari laman sesawang ini ye.

Dengan umur sekarang kalau tiada simpanan persaraan langsung, memang ngeri ye tengok cadangan simpanan yang dinyatakan.

Kiraan dana tanpa inflasi pun sudah bisa buat tercopot jantung.

Kiraan dana dengan inflasi langsung buat rasa tidak tahu hendak berperasaan bagaimana huhuhuhhuhu.

Sama seperti mana-mana kalkulator pengiraan di dalam laman sesawang ini, kiraan adalah boleh ubah atau laras bergantung kepada umur kita, nilai simpanan sedia ada, kadar inflasi yang kita pertimbangkan, jumlah interest dan sebagainya.

 

Korang boleh tengok bahagian kalkulator pengiraan simpanan, menarik juga tau.

Ada banyak maklumat kewangan berkaitan simpanan di sini yang diterjemahkan dalam bahasa mudah untuk rakyat marhaein macam den ni faham.

Korang ambil masa baca tau info dalam ni sambil cuba kira-kira berapa simpanan yang korang harap dapat terkumpul nanti.

Bagi mana-mana perkara terkait dengan simpanan tidak kira simpanan pelajaran, simpanan persaraan dan sebagainya, lagi lambat kita bermula lagi besar jumlah bulanan yang kita perlu masukkan di dalam tabungan tersebut. 

Jadinya tidak kira apa jenis simpanan atau tabungan yang kita berhasrat perlu dibuat, moh la kita mula sekarang ye.

0 Comments