Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari terakhir di tahun 2022.
365/365.
Sebenarnya pada bila-bila pun kita boleh refleksi diri.
Tetapi refleksi apa yang berlaku dalam hidup den selama satu tahun adalah sesuatu yang den cuba buat.

Tajuk coretan hari ini adalah perkara paling besar yang berlaku di dalam hidup den pada tahun 2022.

Abah meninggal dunia pada 12 Disember 2022.
Den jumpa abah di kenduri sepupu di Tanjung Malim pada 11 Disember 2022.
Abah meninggal 24 jam selepas itu di HKL.

Masa dimaklumkan abah kritikal di HKL, den bergerak ke HKL sehelai sepinggang sebab den rasa abah akan okay.

Den selalu rasa abah was a bit of superhero.
He had coronary artery bypass surgery.
He beat prostate cancer.
He had angioplasty and 2 stent placement.
He even had an operation to reduce the pain at his lower back a week before he died.
Belum kira sakit gout, darah tinggi dan batu karang lagi.

I seriously thought he will be okay and will keep on teasing me about my food postings at my Facebook.
He always said "E kalau cerita dekat Facebook asyik cakap pasal makan je".

Perkara terakhir yang den cakap dengan abah masa memapah dia ke kereta di kenduri sepupu den adalah 'nanti abah balik Penang kena cari tongkat tau sebab abah jalan dah tak stabil'.

Abah dikebumikan di Seberang Jaya.
3 hari den di sana, setiap malam den basuh baju sebab itu je baju yang den ada.
Memang boleh je nak beli baju lain tapi kepala dan hati macam numb begitu.
Makan apam lenggang di merket Seberang Jaya pun tidak terasa sedapnya seperti dulu.

Whatsapp abah masih den simpan.
Nombor telefon abah masih ada di contact.
Nombor akaun abah masih ada di 3 online banking den.
Maklumat abah masih ada sebagai waris di dalam sistem HRMIS.

Bila den hendak isikan jadual kerja di dalam diari 2023 2,3 hari lepas, hati den sebak masa terpandang catatan pada tarikh 4 Januari 2023.
Suppose to be birthday abah yang ke 75.
Den tulis tuh masa den mula-mula beli diari 2023 ni di Pesta Buku Selangor pada awal Disember.
Nak padamkan catatan ni pun den masih terkebil-kebil.

Rewatching Rambo (First Blood, Part II & Rambo III), Terminator, Commando, Die Hard, Predator, Aliens, Robocop, Top Gun, Star Wars Return of The Jedi, Indiana Jones, Karate Kid, Back To The Future, Platoon, etc will definitely feel different because I watched all these films with abah at the cinema during 80s.

Bukan tidak terima hakikat cuma ambil masa untuk uruskan banyak perkara walaupun perkara simple seperti memadam catatan di dalam diari 2023.

Mati adalah perkara yang pasti dalam hidup semua yang bernyawa di dunia ini.
'Setiap hari kita semakin hampir dengan lubang kubur' - Hamka Kereta Mayat, Ngeteh di Kubur Ayah.

Al-Fatihah untuk abah, Bahashim bin Khalid.

It will take some time for me to move on.

Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu oleh Uji Rashid really hits different now.

"Dalam dakapan senja
Ku renungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Pada saat terakhir 
Kumelihat paras wajahmu

Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali"

Penutup 2022 yang pedih dan paling melukakan hati tetapi hidup perlu diteruskan.

Den cuba recaps apa yang berlaku 2022 sekupang dua.

Kesihatan

Alhamdulillah family kecil den sihat.
Masih bebas dari Covid19.
Sakit-sakit biasa yang bisa dirawat di klinik.

Membaca

Den cuma berjaya membaca 67 buah buku pada tahun ini.
Sasaran sebenarnya 100 buah buku.
Reading slump yang dasyat gila.
Tidak membaca buku langsung bulan Mac, April dan Ogos.
Bila berjaya membaca buku, malas pula hendak buat review.
Haish.

Cuma tahun ini berjaya meminimakan pembelian buku.
Tetapi terbeli buku paling mahal yang den pernah beli di dalam hidup den.
Haish.

Jatuh cinta teruk pada buku Bridges A History of The World's Most Spectacular Spans oleh Judith Dupré.
Buku hard cover + glossy papers yang den beli pada harga RM2 di jualan gudang MPH.
Sumpah buku ni ohsem banget untuk den.

Blogging and Stuff

Walaupun blog den agak tenggelam timbul.
Tidak mencapai hasrat den untuk menulis paling kurang dua (2) kali seminggu.
Update di sosial media lain pun ala-ala chipsmore kejap ada kejap menghilang.

Alhamdulillah masih ada rezeki untuk berkolaborasi dengan beberapa syarikat dan jenama untuk tahun ini.

Dapat pergi Batam buat sekian kalinya.

Makan-makan

Ini pencapaian paling cemerlang den rasanya untuk tahun 2022.
Sampai doktor tidak terkata apa-apa bila tengok tahap kolesterol den.
Paras gula pun sudah sipi-sipi.
Haish.

Lupa daratan mengopi sakan di sana sini.

Jatuh cinta teruk dekat puri + kuah kentang di Restoran Syed Seksyen 3 Shah Alam.
Dok teringat-ingat kesedapan baklava di Restoran Zaituna, Johor Bharu.
Dapat makan croissant paling sedap di dalam hidup den di Kaffe Kop, SACC Shah Alam.

Makan cheese nan sedap di RSMY Kuala Lumpur.
Suka banget dekat Spanish Coffee di Zus Coffee.

Kerja

Walaupun perasaan hendak bersara semalam tetapi terpaksa dilupakan kerana hutang bertingket-tingket masih ada, surprisingly den semakin berdamai dengan kerja den.

Finally....
After 21 years of service.

Mungkin sebab den sudah pasrah.

Jalan-Jalan Cari Makan

Ada JJCM disebabkan urusan kerja.
Tugasan blogger pun ada.
Berjimba dengan konco-konco pun iya.
Berjalan bersama family kecil den selalu lupa difoto kerana kebiasaanya den pakai baju macam belacan.

Mac - Miri, Sarawak dan Maran, Pahang.
Jun - Kuala Lipis, Pahang.
Julai - Batam dan Hatyai
Ogos - Perlis, Bachok, Kelantan, Johor Bharu + Muar, Johor, Kuantan + Pekan + Lanchang, Pahang

Setiap tempat yang den pergi memang ohsem-ohsem belaka.
Tetapi kejayaan menjejak kaki ke Gua Niah, Miri dan Gua Kelam, Perlis adalah paling manis.
Gua Niah
Gua Kelam

Ini pencapaian ohsem untuk den yang naik tangga dari tingkat 12 ke 13 di pejabat pun rasa hendak pengsan.

Keluarga Besar

We had our first pet, Si Putih.
Rakan sekerja bagi arnab ni pada Jun 2022.
Hari ini ada 19 ekor arnab.
Makan banyak deme ni.
Haish.

Adakah boleh dikatakan sebagai food security?

Walaupun Disember 2022 adalah paling tragis dalam hidup den, mahu tidak mahu kena jalan terus ye.

Terima kasih atas kenangan manisnya.

Terima kasih atas pengajarannya.

Selamat tinggal 2022.

Semoga 2023 membawa lebih banyak kebahagiaan.


0 Comments