Bagi memastikan korang sentiasa bersedia bergaya dalam meraikan musim percutian hujung tahun, SHEIN menghimpunkan 5 gaya persalinan hebat buat menutup tirai tahun 2022.

Disember datang kembali dan membawakan khabar paling menggembirakan setelah berhempas pulas bertugas seharian di pejabat mahupun dari rumah.

Bahang sambutan perayaan Hari Natal juga semakin dirasai dengan kehadiran kilauan dekorasi pusat membeli belah serta kediaman yang mula menyediakan aura Krismas. Lagu Christmas Carol yang ceria mencetuskan keriangan dan kebahagiaan di dalam kita meluangkan masa membeli belah hadiah buat keluarga, teman dan juga orang yang tersayang.

Bagi merancakkan lagi musim percutian hujung tahun ini, SHEIN membentangkan Koleksi Holiday 2022 yang menampilkan pelbagai persalinan bergaya buat pelanggan setia jenamanya agar tampil lebih berseri Disember ini. Buat korang yang masih tercari-cari pilihan pakaian untuk digayakan sepanjang musim percutian di hujung tahun ini, SHEIN sedia membantu menyediakan aneka gaya idaman. 

Setelah 2 tahun terkurung meraikan Hari Natal bersendirian di rumah, pasti ramai yang kembali teruja untuk menyarungkan persalinan baru dan menawan buat tahun ini. SHEIN berbesar hati menawarkan pelbagai gaya untuk korang termasuk persalinan busana dengan kilauan labuci berwarna-warni, blazer bulu tiruan, corak mod dan pakaian kulit yang sesuai untuk dipadankan untuk sebarang majlis sosial.

Berikut adalah gaya penampilan terbaik yang membuatkan mata tidak berkelip apabila melihat korang.

Gaya Glamour Puteri (Glam Princess Style)

Untuk mereka yang biasa bergaya mewah, boleh cuba kot bulu palsu bersama dress berpotongan fit atau padanan top dan skirt dengan aksesori metalik seperti clutch dan cermin mata hitam, serta but bertumit tinggi paras lutut bagi menyempurnakan seri gaya glamor ini. 

Blazer Anggun Bergaya (Smart Chic)

Tiada apa yang bakal menyerlahkan penampilan korang selain padanan blazer yang sempurna. Dilapisi di atas crop top atau dress kegemaran korang, padanan blazer ini bakal menyuntik aura yang menawan bila digandingkan bersama clutch, aksesori serta kasut bernada klasik. Gaya versatil ini akan menambah keterujaan untuk hadir di majlis sosial bersama teman sepejabat bagi sesi berjimbaan di waktu malam. Jika korang mahu membangkitkan aura anggunnya lagi, padankan dengan seluar sut dari baldu berwarna terang

Gantikan Seluar Formal Dengan Gaya Kargo (Double Denim Look)

Seluar kargo macam ada di mana-mana sekarang ini. Itulah trend yang bakal kekal sehingga tahun 2023. Bagi memperagakan gaya double denim ini untuk berhibur di majlis sosial, padankan saja seluar jeans berpotongan longgar bersama rompi atau cropped top. Kemudian, lengkapi gaya ini dengan kasut bertumit tebal, aksesori berkilau serta dandanan rambut juga solekan bernada glamor. Gayakan sepersalinan ini bersama kot berwarna terang buat sentuhan akhir.

Era Glamour Rock Dengan Warna dan Corak Tersendiri (The Rock Glamour Era)

Setelah bertahun-tahun menyarungkan pakaian yang konservatif, era 60-an membawa gaya serta tenaga yang lincah. Ini membawa kita kembali bersemangat di dalam mengekspresikan diri menerusi pilihan pakaian. Terutamanya di saat musim perayaan hujung tahun menerjah. Koleksi Holiday 2022 SHEIN merangkumi semua jenis estetik dari tahun 60-an, daripada vibe hippie kepada mod, sehingga youthquake yakni gaya yang lebih bersemangat, seksi, berinspirasikan budaya pop dan rock glamor

Gaya Percutian Santai (Cosy Holiday Look)

Tidak dilupakan trend “ugly sweater”, namun pastikan korang masih tampil bergaya. Sama ada berparti di rumah atau melangkah ke pejabat; atau sekadar mahu membangkitkan aura pakaian harian agar lebih menyeronokkan, SHEIN mempunyai pilihan baju sejuk Krismas untuk digayakan sepanjang musim percutian hujung tahun ini. 

Sama ada digayakan secara sendirian atau dipadankan bersama gabungan pakaian lainnya, Koleksi Holiday SHEIN 2022 tampil memberikan pelbagai gaya yang sempurna buat korang mengembara di hujung tahun ini.

Seiring dengan pelancaran Koleksi Holiday SHEIN, SHEIN turut melancarkan beberapa promosi untuk Jualan Mega 12.12 Akhir Tahun dengan diskaun sehingga 90%. Pelbagai variasi top dan aksesori, termasuk rekaan pereka tanah air dipaparkan menerusi kedua-dua laman sesawang dan juga aplikasi mudah alih SHEIN.

Layari https://my.shein.com/, atau akaun Facebook dan Instagram SHEIN Malaysia untuk memilih aneka gaya fesyen idaman korang. Muat turun aplikasi SHEIN Malaysia di App Store dan Google Play bagi mengetahui perkembangan terkini SHEIN untuk tahun 2023 dan seterusnya.

 

Selamat membeli belah dengan SHEIN.

0 Comments