Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagas Zakariah, Gopeng merupakan Check Point 2 di dalam program Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022) yang berlangsung baru-baru ini. 

Ini pertama kali den tahu tentang kewujudan tempat ini.

Sayang kerana mengejar masa, den tidak sempat menghayati kawasan yang dipenuhi kehijauan dan binaan klasik.

Seusai sampai di sini, semua peserta disajikan dengan hidangan lauk pauk kampung.

Kami makan sambil mendengar alunan muzik tradisional ghazal barangkali.

Den makan tengahari masak lemak nangka, ikan kering dan sambal belacan.

Mujur sangat ada aktiviti yang kena dibuat di sini.

Kalau tidak mahu bertambah makan ni.

Memang sedap banget makanannya.

 

Ada empat (4) aktiviti yang semua peserta perlu buat di sini.

1) Mengasingkan 3 jenis kacang ala-ala Musang Berjanggut versi hentam saja la labu.

Nampak macam mudah ye tapi remeh hehehehhee.

Jenuh ye bersinsing lengan baju hendak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 2) Mencari 2 biji durian di kebun.

Sakan ye kami berlari mencari durian ni.

Teringat pula zaman remaja mencari durian di kebun atok.

Luas kawasan kebunnya ni.

Kalau disuruh cari sebanyak mana durian yang mampu, haruslah sesat barat sampai ke hujung kebun perginya hehehehehe.

 

3) Mengopek durian dan makan durian sampai lebam.

Kak Mieda tukang mengopeknya.

Ahli kumpulan yang lain termasuk den menyumbang tenaga dengan makan durian sampai habis.

4) Bergambar dengan rumah tradisional di sini.

Cantik sungguh rumah tradisional kerawang Perak ni.

Semasa mencari surau untuk solat di sini, sempat den pusing-pusing sekejap di kawasan ini.

Memang suasana kampung dengan binaan kayu yang unik.

Siap ada perigi bagai.

Dipenuhi dengan macam-macam tumbuhan.

Tidak sempat den hendak melawat anak sungai yang terdapat di dalam kawasan ini.

 

Den hanya berkesempatan untuk naik ke sebuah rumah tradisional di sini iaitu Rumah Lenggong. 

Terdapat dua (2) buah rumah lagi yang den tidak sempat menjejakkan kaki iaitu Rumah Kuning dan Rumah Lawan Kuda.

Rumah Kuning tuh yang patut dijengah sebenarnya sebab ianya merupakan rumah yang dibina pada 1920an.

Kena masukkan dalam bucket list untuk datang lagi satu hari nanti ni.

Ada rak buku yang menyediakan pilihan buku menarik untuk kita pilih bagi mengisi masa lapang kalau membuat program di sini.

Memang santai kalau dapat berehat di sini.

Kalau dibaca maklumat di laman sesawang Bagas Zakariah, ada pelbagai aktiviti yang mereka tawarkan.

Memang menarik sangat pilihan yang ada.

Bagi mereka yang berhajat hendak membuat hari keluarga atau program di Bagas Zakariah, boleh dapatkan maklumat lanjut di pautan berikut ye.

Website: https://www.bagaszakariah.com/

Facebook: https://www.facebook.com/BagasZakariah

Instagram: https://www.instagram.com/bagas.zakariah/

Whatsapp/Telefon: 017-5521920 

Email: info@bagaszakariah.com

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menganjurkan Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022).

Tourism Malaysia : @malaysia.truly.asia

Perak Tourism : @tourismperak

KL Tourism : @visitklofficial

Perodua : @perodua

Montanic : @montanic_adventure

Pepsi : @pepsimy

Wonda : @wondacoffee

Steg Hotel : @steghotelkl

Bora Ombak : @boraombak_marinaputrajaya

Bagas Zakaria : @bagas.zakariah

Selangor Fruit Valley: @selangorfruitvalley

Tahniah Tourism Malaysia yang menyambut ulangtahun ke 50 pada 2022.

Bersama Melestarikan Pelancongan Negara.

 

#TOMER2022 #CutiCutiMalaysia

2 Comments

  1. Terima kasih kongsi, boleh masuk dalam bucket list!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...singgah...singgah....tempat ni memang cantik dan unik

      Delete