Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selangor Fruit Valley (SFV) merupakan Check Point 1 di dalam program Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022) yang berlangsung baru-baru ini.

Ada empat (4) aktiviti yang semua peserta perlu buat di sini.

1. Aktiviti membuat telur masin

Masa dengar penerangan dan tengok demonstrasi membuat telur masin ni macam simple je ye.

Tetapi bila praktikalnya memang jenuh juga ye.

Kena pastikan telur itik yang dipilih tidak retak.

Perlu bersihkan telur itik betul-betul.

Salutan campuran garam dan lain-lain mestilah sekata.

Perlu pastikan salutan jerami menyelaputi telur itik secara keseluruhan dan tidak tertanggal bila dimasukkan di dalam bekas.

Susunan dalam bekas juga perlu molek supaya muat 4 biji telur itik di dalam satu bekas.

Masa kita sakan pulun buat telur masin nih kan, urusetia sama naik sakan memberi makanan untuk itik-itik di sekitar kaki kita.

Memang sakan la itik-itik berkerumun pada kaki kita hehehheehe.

2. Melepak minum air kelapa dan makan buah-buahan tempatan termasuk buah nangcem.

Ini memang paling heaven.

Selepas penat berperang dengan itik-itik semasa membuat telur masin, terasa santai bila minum air kelapa muda segar dan menjamu selera aneka buah-buahan tempatan di perkarangan rumah tradisional. 

3. Sempat kami bergambar dengan Duta Pelancongan, Seni dan Budaya Gastronomi iaitu Chef Ismail dan Maskot SFV.

4. Banyak barang-barang klasik di dalam Rumah Tradisional.

Berehat mengenang keindahan zaman silam di rumah tradisional.

Hendak makan buah-buahan di ruang serambi di sini pun boleh.

Banyak lagi la aktiviti yang awesome yang kita boleh buat di SFV ni sebenarnya.

Ini kali ketiga sebenarnya den pergi ke SFV.

Kali pertama den pergi dengan keluarga pada Disember 2017.

Korang boleh baca cerita den di sini ye.

https://www.dinohauz.com/2017/12/selangor-fruit-valley-sfv.html

 

Kali kedua den pergi bersama Tourism Selangor pada Mac 2022.

Boleh baca cerita den di sini ye.

https://www.dinohauz.com/2022/03/tempat-menarik-di-selangor-2022.html

Harga Tiket memang sangat mampu milik ye.

Dewasa: RM15/orang

Kanak-kanak dan warga emas: RM10/orang

Boleh beli tiket di kaunter atau boleh juga beli secara atas talian di laman sesawang SFV ye.

Sekeping tiket tanpa mengambil mana-mana pakej tambahan lain akan mendapat perkara-perkara berikut ye:

  • Tiket Masuk
  • Menaiki Tram
  • Lawat Pavilion, Laman Mini Herba & Eco Bridge
  • Lawat Taman Rusa, Taman Arnab & Laman Itik
  • Lawat Rumah Kampung
  • Percuma buah potong

Jadinya kalau tidak ambil mana-mana pakej pun, tetap sesi berjimbaan kita di SFV akan meriah dan gembira tau.

Waktu Operasi

Waktu Operasi adalah setiap hari kecuali hari Jumaat ye dari 9 pagi hingga 4 petang

Sabtu - Khamis: 9.00 pagi - 4.00 petang

Jumaat: Tutup

Tips Datang ke SFV

1. Datang awal pagi.

Kalau boleh jadi antara orang pertama yang menaiki tram sebab matahari belum naik tinggi pada 9 pagi dan kita boleh menghabiskan masa yang panjang di sini.

2. Bawa topi dan air mineral.

Kalau terlupa bawa topi, boleh je beli topi yang dijual di sini.

3. Pakaian yang menyerap peluh sebab bila cuaca panas terik, memang jenuh kalau kita pakai baju yang rambu ramba.

Pasti berpeluh ketiak.

4. Kasut yang selesa sebab walaupun kita naik tram, kita juga akan berjalan ke hulu ke hilir setiap kali sampai di sesuatu tempat tarikan.

Sesiapa yang mencari tempat untuk berhibur sambil belajar untuk kanak-kanak sekolah, hendak berbincang tentang rancangan perniagaan sambil menikmati kehijauan ladang dan sebagainya, boleh menghubungi SFV di pautan berikut:

Laman sesawang: https://selangorfruitvalley.my/ 

Facebook: https://www.facebook.com/selangorfruitsvalley/ 

Instagram: https://www.instagram.com/selangorfruitvalley/ 

Telefon: 6012-3432971, 012-3445033

Email: support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com

Kalau pelawat datang SFV pada masa cuaca cantik iaitu panas terik, memang boleh melawat semua tempat tarikan di SFV seperti ladang buah-buahan dan sayur-sayuran, eco bridge, pavilion, laman mini, laman rumah kampung, taman rusa, taman arnab, taman herba dan rempah ratus, kelulut valley, jeti keranji, taman orkid dan lain-lain.

Mantap SFV dengan tiga (3) tujuan utamanya iaitu jaminan makanan (food security), pelancongan pertanian (agrotourism) dan usahawan tani (agrotreperneur).

Jom kita beramai-ramai ke Selangor Fruit Valley.

Jom pusing Selangor dulu.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menganjurkan Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022).

Tourism Malaysia : @malaysia.truly.asia

Perak Tourism : @tourismperak

KL Tourism : @visitklofficial

Perodua : @perodua

Montanic : @montanic_adventure

Pepsi : @pepsimy

Wonda : @wondacoffee

Steg Hotel : @steghotelkl

Bora Ombak : @boraombak_marinaputrajaya

Bagas Zakaria : @bagas.zakariah

Selangor Fruit Valley: @selangorfruitvalley

 

Tahniah Tourism Malaysia yang menyambut ulangtahun ke 50 pada 2022.

Bersama Melestarikan Pelancongan Negara

 

#TOMER2022 #CutiCutiMalaysia

0 Comments