Pada 24 November yang lepas, Tourism Malaysia telah menganjurkan Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia 2022 bertempat di Magica Victory Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur yang merupakan acara kemuncak dan penutup bagi program Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 22 - 24 November 2022.

Majlis dihadiri oleh semua media tempatan dan penaja Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022).

Majlis adalah bagi meraikan semua pengamal media yang selama ini memberikan sokongan padu kepada Tourism Malaysia di dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti berkaitan pelancongan di Malaysia serta penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi TOMER 2022.

YBhg Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hadir untuk memeriahkan majlis serta menyampaikan hadiah kepada peserta yang memenangi Media Explore Race.

Turut hadir ialah YBhg Datuk Mohd Zamri Mat Zain, Timbalan Ketua Setiusaha Pelancongan MOTAC, YBhg Dato' Hj Zainuddin Abdul Wahab Ketua Pengarah Tourism Malaysia serta para pegawai kanan Jabatan/ Agensi MOTAC.

Majlis dimulakan dengan ucapan sekalung penghargaan kepada semua oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg Dato' Hj Zainuddin Abd Wahab.

Majlis diteruskan dengan persembahan oleh artis tari dari Istana Budaya yang membawa semua walk down the memory lane dengan Medley Kempen Promosi Tourism Malaysia.

Semua hadirin menikmati hidangan yang disediakan oleh Duta Pelancongan, Seni dan Budaya Gastronomi iaitu Chef Ismail yang menggunakan beberapa bahan mentah dari Selangor Fruit Valley.

Sambil menjamu selera, kami dihiburkan dengan persembahan oleh artis jemputan iaitu Khai Bahar, Ernie Zakri dan artis tari dari Istana Budaya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian penghargaan kepada semua penaja program TOMER 2022.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menganjurkan Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022).

Tourism Malaysia : @malaysia.truly.asia

Perak Tourism : @tourismperak

KL Tourism : @visitklofficial

Perodua : @perodua

Montanic : @montanic_adventure

Pepsi : @pepsimy

Wonda : @wondacoffee

Steg Hotel : @steghotelkl

Bora Ombak : @boraombak_marinaputrajaya

Bagas Zakaria : @bagas.zakariah

Selangor Fruit Valley: @selangorfruitvalley

Acara yang paling dinanti-nantikan adalah penyampaian hadiah kepada semua pemenang Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022).

RM5000 pemenang tempat pertama.

RM3000 pemenang tempat kedua.

RM2000 pemenang tempat ketiga.

10 hadiah saguhati sebanyak RM500.

Tahniah kepada semua pemenang.

Terdapat juga penyampaian cabutan bertuah serta pakaian lelaki dan wanita paling menarik.

Tahniah Tourism Malaysia yang menyambut ulangtahun ke 50 pada 2022.

Bersama Melestarikan Pelancongan Negara

 

#TOMER2022 #CutiCutiMalaysia #MajlisApresiasiMedia2022

0 Comments