Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gopeng Riverside Camp merupakan Check Point 4 di dalam Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022) yang berlangsung dari 22 - 24 November 2022.

Tiada aktiviti yang perlu dibuat bagi mendapatkan markah di sini.

Lebih kepada aktiviti santai dan berehat selepas membuat pelbagai aktiviti dari Putrajaya - Selangor Fruit Valley - Bagas Zakariah - Tanjung Tualang Tindredge.

Tidak banyak gambar den ambil di sini sebab sudah terlalu penat dan bateri handphone pun telah terpleot hehehehehe.

Semua peserta menjamu selera BBQ dan pembentangan jawapan kepada semua tugasan A - F oleh urusetia.

Makanannya memang sedap-sedap.

Macam mak-mak masak untuk kita makan macam tu.

Aktiviti kemuncak adalah menonton persembahan api oleh Budak-budak Api.

Memang awesome banget persembahan ini.

Semasa sebahagian peserta menyumbangkan suara di dalam aktiviti karaoke, den telah belayar di alam mimpi selepas segar badan mandi kolah air sungai.

Kawasan sekitar pun den tidak sempat ambil gambar.

Tetapi semua kemudahan serba lengkap di sini bagi mereka yang inginkan suasana back to nature.

Khemah terletak di atas tebing sungai yang betul-betul mengadap Sungai Kampar.

Ada tangga untuk kita turun mandi sungai.

Tersedia juga gazebo untuk kita berehat dan melepak bersembang akan makan-makan sambil mendengar deruan aliran Sungai Kampar.

Surau juga ada di sini.

Bilik air dan tandas yang bersih dan selesa.

Bila kali terakhir korang tidur dalam khemah?

Memang adventure ye tidur dalam khemah di Riverside Camp Gopeng lagi-lagi di usia menghampiri senja ni.

Tidur ditemani alunan deruan air sungai mengalir.

Memang awesome pengalaman bermalam di River Campsite Gopeng.


Kalau korang menginap di sini, pastikan korang buat juga aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di sini ye.

Semuanya adalah aktiviti lasak.

Untuk orang macam den yang naik tangga dari tingkat 12 ke 13 pun udah semput memang berdebar la tengok senarai aktivitinya.

Ada white water rafting, fun trip rafting, waterfall abseiling (air terjun Geruntum), river tubing, cave exploration (Gua Tempurung) dan sunset hiking (hiking Bukit Batu Putih).

Untuk maklumat lanjut tentang Gopeng River Campside dan aktiviti-aktiviti yang korang boleh cuba, boleh layari:

Website: www.radakadventure.com

Facebook: https://www.facebook.com/RadakAdventure

Instagram: https://www.instagram.com/radak_adventure

Telefon: 014-2944404

Email: info@radakadventure.com

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menganjurkan program TOMER 2022 ini.

 

Tourism Malaysia : @malaysia.truly.asia

Perak Tourism : @tourismperak

KL Tourism : @visitklofficial

Perodua : @perodua

Montanic : @montanic_adventure

Pepsi : @pepsimy

Wonda : @wondacoffee

Steg Hotel : @steghotelkl

Bora Ombak : @boraombak_marinaputrajaya

Bagas Zakaria : @bagas.zakariah

Selangor Fruit Valley: @selangorfruitvalley

Tahniah Tourism Malaysia yang menyambut ulangtahun ke 50 pada 2022.

Bersama Melestarikan Pelancongan Negara

 

#TOMER2022 #CutiCutiMalaysia

0 Comments