Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Salam tahun baru 2023.

Walaupun sudah memasuki hari keenam di tahun 2023, tetap juga hendak membuat coretan tentang misi dan visi hidup di tahun baru.

Begitu gomen sekali ayat den ye hehehehehehehe.

 

Kalau bercerita tentang harapan di tahun baru, biasanya kebanyakan orang mempunyai azam tahun baru.

Ada bucketlist dan checklist yang diharapkan dalam dilaksanakan.

Den ada banyak gila bucketlist hahahhahaha.

 

Kesihatan

Antara azam yang paling popular adalah mengurangkan berat, menguruskan badan, pemakanan sihat, bersenam paling kurang tiga kali seminggu dan seangkatan dengannya.

Ini sepatutnya den buat tahun ini kerana doctor sudah menggeleng kepala melihat bacaan kolesterol dan paras gula den hehhehehee.

Untuk orang yang suka makan macam den nih ha, memang berat ye bila Doktor kata den kena makan oat semedang huhuhuhu.

Sejak-sejak tiada kelas Zumba yang dekat dengan rumah bermula PKP, memang la den tidak bersenam langsung.

Kena paksa diri juga ye bersenam nampaknya tahun ini.

 

Keluarga

Semoga den lebih menghargai keluarga terutamanya dua orang buah hati kedondang sayang tuh ha sebab sekejap sangat diaorang dah besar.

Kena bertabah hati untuk terus mendengar cerita tentang dinosaurs buat sejuta kalinya hehehehhee.

Terus melayan teka teki dinosaurs mana yang tersakiti.

Tengok youtube orang makan cili macam kan hilang deria rasa.

Main lego walaupun terpleot jari hendak membentuk robot.

Kejar arnab-arnab.

Main Shahiba dan Monopoly.

Bersama-sama buka mulut makan angin bila dalam kereta.

 

Membaca

In sya Allah sasaran tahun ini untuk membaca 100 buah buku.

Paling kurang kena membaca 8 buah buku sebulan hehehehe.

Harapannya semoga tidak akan terbelenggu dengan fasa reading slump.

Kalau terjebak dalam fasa ini memang agak terpleot hendak keluar daripadanya.

 

Jalan Jalan Cari Makan

Ini aktiviti yang den paling suka sebenarnya.

Tapi merujuk kepada kesihatan badan dan kewangan, macam terhad je la ye aktiviti ni huhuhuhu.

Kalau tidak dapat berjimba sendiri, den cuba la ambil angin setiap kali membuat lawatan tapak semasa bekerja.

Jalan-jalan juga tuh kan?

 

Blogging

In sya Allah den cuba usahakan sekerap mungkin.

Banyak cerita yang hendak dikongsi terutamanya tempat-tempat makan yang den sempat singgah hehehhehee.

Semoga ada rezeki juga ye untuk kolaborasi.

Seronok juga buat perkara di luar kebiasaan walaupun kadang-kadang kekok hehehehhee.

Ngeri sebenarnya untuk orang introvert macam den hendak berkecimpung dengan media sosial ni.

Angan-angannya hendak menulis di media sosial lain juga tapi itulah…hehehehhee.

 

Banyak lagi sebenarnya harapan di tahun 2023.

Den doakan tahun 2023 membawa lebih kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan hadir di dalam hidup kita semua.

Kehidupan sememangnya akan ada cabarannya yang tersendiri.

Semoga apa-apa yang melukakan kita sebenarnya membawa hikmah yang tersendiri dan memberi kekuatan kepada kita.

 

Lets rock 2023.


 

0 Comments