Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den memang teruja bila berpeluang sama menyaksikan pelancaran Kolaborasi AEON + Tupperware melalui kempen AEON Disney100 Tupperware Redemption sebab kebanyakan watak-watak Disney memang dekat di hati den sejak den kecil lagi.

AEON memulakan kecemerlangan pada tahun 2023 dengan berkolaborasi dengan Tupperware bagi program Star Rewards melalui AEON Disney100 Tupperware Redemption.

AEON telah memperkenalkan program AEON Star Rewards untuk tahun 2023 bersama Tupperware bermula 27 Disember 2022.

Kempen ini akan berlangsung hingga Jun 2023 di semua cawangan AEON, AEON BiG dan semua kedai MaxValu Prime (selagi stok masih ada).

Ucapan Perasmian oleh Mr Naoya Okada, Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi AEON

Bagi meraikan sambutan ulang tahun ke 100 Walt Disney, Tupperware mengadaptasi beberapa watak kesayangan daripada Disney bagi beberapa produk Tupperware yang terpilih. Antara watak-watak Disney yang terpilih termasuklah Mickey Mouse, Donald Duck, Winnie The Pooh, Snow White, Mulan, Moana dan karakter-karakter Pixar kesukaan ramai seperti Finding Nemo, Toy Story dan banyak lagi. 

Dari kiri Mrs Low Ngai Yuen (Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON), Mr. Naoya Okada (Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi AEON), Mrs Lily Loo (Pengarah Urusan Tupperware Brand) dan Mrs. Munirah Azmi (Ketua Operasi, Pemasaran dan Pajakan AEON)

Produk Tupperware yang disediakan khas untuk AEON Star Rewards ini termasuklah bekas makan (lunch box), set botol mesra alam sekitar, round eco bottles dalam saiz 500ml dan 100ml dan set serve ware dua dan tiga bekas. 


Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON “Kami berasa amat gembira dan teruja untuk memulakan 2023 ini dengan memberi kegembiraan dan senyuman di wajah pelanggan kami melalui produk terbaharu Tupperware yang bertemakan Disney untuk program Star Rewards kami. 

Di AEON, kami sentiasa ingin bekerjasama dengan rakan kongsi yang hebat yang dapat turut sama membantu misi kami untuk berkongsi keceriaan di samping melindungi alam sekitar”. 

Menurut Puan Lily Loo, Pegarah Urusan Tupperware Brands “Tupperware merupakan salah sebuah syarikat antarabangsa yang tersohor dan mempunyai reputasi yang baik dengan penghasilan produk-produk mesra alam. Kami berharap pelanggan kami yang mengumpul barangan Tupperware yang bertemakan Disney ini dapat turut mengurangkan pembazairan dan pencemaran alam sekitar, serta menggunakannya apabila mengunjungi pasar raya kami”.

Cara Mendapatkan Produk AEON Star Rewards Disney100 Tupperware

Produk AEON Star Rewards Disney100 Tupperware boleh ditebus oleh ahli AEON dan juga bukan ahli AEON.

Untuk AEON Member, 2 setem akan diberikan untuk setiap pembelian RM30 dalam satu resit. Jika pembelian dilakukan dengan AEON Member Plus Visa Card / AEON Credit Card / AEON Wallet, pelanggan akan diberikan 3 setem.

Untuk bukan AEON Member, 1 setem akan diberikan untuk setiap pembelian berjumlah RM30 dalam satu resit.

Untuk penebusan, AEON Member perlu mengumpulkan sejumlah 20 setem, manakala bukan ahli perlu mengumpulkan 40 setem.

Disney100-Themed Retail Pop-Up di Concourse AEON Mall Shah Alam Sehingga 5 Februari 2023

Peminat Disney juga akan dapat menikmati Disney100-themed retail pop-up yang menampilkan jenama tempatan seperti Forest, Giomax, Pustaka Sri Dunia dan banyak lagi di Concourse AEON Mall Shah Alam bermula dari 7 Januari  hingga 5 Februari 2023

Jangan lupa bergambar di photo booth ini ye

Reka bentuk serba baharu produk yang berinspirasikan Disney100 daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars juga boleh didapati. Produk terdiri daripada pakaian dan kasut, mainan, makanan sihat dan kecantikan, hiasan rumah, alat tulis dan banyak lagi.


Untuk maklimat lanjut berkenaan kempen AEON Star Rewards Disney100 Tupperware ini sila layari

https://aeonretail.com.my/AEONStarRewards/

Jom la kita membeli belah di AEON sambil mengumpul setem sebab memang cantik teruk semua tupperware yang ada karakter Disney ni.

Den dah tebus set yang ini hehhehehehee.

 
Sempat ye den bergambar di sini hehehehe


0 Comments