Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bob Rock Clothing (BRC) menyantuni 32 orang warga emas yang merupakan penghuni Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia Sungai Way di ada 16 Januari 2023 yang lepas sebagai meraikan mereka sempena Sambutan Chinese New Year (CNY) 2023.

Rumah Orang-Orang Tua Seri Setia Sungai Way telah dirasmikan pada 26 Februari 1966 dan terus menyumbangkan perkhidmatan sehingga hari ini di dalam penjagaan kebajikan warga emas.

Ini merupakan aktiviti pertama di dalam rangka merealisasikan lebih banyak program yang berkaitan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) bagi semua warga Bob Rock Clothing (BRC) bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dan komuniti berbilang agama dan bangsa yang mendukung inspirasi Keluarga Malaysia.

Warga Bob Rock Clothing (BRC) berpeluang bertanya khabar, berkongsi cerita dan rasa bersama warga emas yang ada di sini.

Antara barang-barang yang dikongsikan bersama dengan semua penghuni di sini adalah sabun basuh tangan, sabun basuh baju cecair, sabun basuh baju serbuk, sabun pencuci lantai, limau dan angpau.

“Perbezaan agama bukan halangan kerana kita perlu sentiasa bantu membantu sesama kita. Dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum, program sebegini diharapkan dapat menjadi titik permulaan untuk inisiatif CSR untuk membantu golongan yang memerlukan di masa yang akan datang,” kata Pegawai Pembangunan Perniagaan Bob Rock Clothing, Syafiq Azizan. 

Boleh baca di sini tentang program CSR Tahun Baru China 2023 di sini ye https://www.bobrock.com.my/blogs/blog/bob-rock-raikan-rumah-orang-tua-sungai-way-sempena-cny-2023

Boleh tengok sesi beramah mesra dan menyantuni warga emas di sini

Bob Rock Clothing (BRC) mengalu-alukan sebarang kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih ramai komuniti yang boleh disantuni bagi berkongsi kebahagiaan di dalam kehidupan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program CSR Bob Rock, boleh layari laman sesawang https://www.bobrock.com.my/csr@brc

Bob Rock Clothing Sepintas Lalu

Bob Rock Clothing, BRC merupakan Kedai Baju Saiz Besar Lelaki atau Men’s Plus Size Clothing yang bersesuaian dengan potongan badan orang Asia bagi memenuhi permintaan dan keperluan mereka yang bersaiz besar dengan ketinggian orang Asia.

‘Butik pakaian saiz besar lelaki paling ohsem di Malaysia!’ ini menawarkan pakaian bersaiz besar bermula daripada saiz XL hingga 6XL.

Pelbagai jenis pilihan pakaian bersaiz besar termasuk pakaian harian termasuk seluar, kemeja dan tshirt, pakaian pejabat, pakaian tradisional seperti Baju Melayu, kurta, pakaian santai, pakaian untuk riadah dan lain-lain terdapat di sini.

Untuk keterangan lanjut tentang Bob Rock Clothing atau Plus Size Fashion ni, boleh layari:

laman sesawang https://www.bobrock.com.my/

IG @plussizebobrock

FB: https://www.facebook.com/bobrockclothing

#BobRockClothing #BRC #MenPlusSizeClothing                     

#PlusSizeFashion #PlusSizeClothingOnlineMalaysia #PakaianSaizBesarLelaki 

#KedaiBajuSaizBesarLelaki #Chinese New Year #CNY 

#CorporatSocialResponsibility #CSR

 

0 Comments