Assalamualaikum.
Salam Jumaat penuh barokah.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan diberkati Allah swt.
Den hendak kongsikan sebuah buku remaja yang membuatkan den terkenan dooh.
📘Jannah Is Not Average
✍️Sarah Kushairi
📖294 pages
🏫Pinjam dari seorang pembaca yang dikenali lewat IG
All right, no more nasi lemak!
Boleh dalam banyak-banyak ayat dalam buku ini ayat ini yang paling den suka😅
Sebuah buku yang buat den terpaku seusai mukasurat pertama yang menyebabkan tidak perasan den terus membaca helaian demi helaian kerana plot cerita yang molek banget.
Buku yang membawa kita mengimbau zaman persekolahan untuk den.
Cikgu yang garang.
Cikgu yang caring.
Cikgu yang berusaha bersungguh-sungguh dan tidak pernah berputus asa mengajar agar anak-anak murid di dalam kelas belakang ada peluang untuk berjaya.
Sekumpulan pelajar yang di dalam kategori crème de la crème.
Sekumpulan pelajar nakal yang kadang-kadang buat Cikgu Disiplin sakit kepala.
Persahabatan.
Crush dan cinta monyet yang menjadi pemangkin untuk pergi sekolah setiap hari.
Pelajar yang membawa motosikal tanpa lesen (tapi masa den belajar dulu tiada pun pelajar sekolah den yang membawa motosikal).
Pengawas dan tugasan merekodkan ketidakpatuhan kepada peraturan sekolah terutamanya sampai lambat di sekolah.
Pengetua yang kita kalau boleh tak nak jumpa😅.
Peluang untuk belajar.
Peluang untuk berubah menjadi orang yang lebih baik, tidak judgemental, berlapang dada, memahami setiap orang datang daripada latarbelakang yang berbeza, setiap orang ada cabaran yang tersendiri, dsb.
Buku ini mempunyai semua cerita di atas di samping fokus kepada watak utama Jannah di dalam misinya hendak lulus cemerlang di dalam semua subjek agar bisa masuk jurusan sains bagi mengejar cita-citanya menjadi seorang Doktor.
Buku ini membuatkan den terkenangkan zaman den belajar dulu.
Ada ayat-ayat yang membuatkan den tersenyum dan tergelak.
Ada ayat yang mengingatkan den kepada kenangan-kenangan yang tersimpan rapi di lipatan ingatan.
Bila Jannah bersedih kerana kematian opahnya mengingatkan den kepada arwah Tok (orang utara panggil nenek = Tok).
Den tinggal dengan arwah Tok sejak den berumur 10 tahun (selepas arwah emak meninggal dunia) sampai la arwah Tok meninggal dunia semasa den berumur 40 tahun.
"...with her Quran and tasbih placed on the table"
Ayat ini mengingatkan den kepada Quran dan tasbih arwah Tok yang diletakkan di atas sebuah meja putih kecil bersebelahan dengan ruang solat.
Arwah Tok akan berzikir panjang dan membaca Quran dengan agak lama setiap hari selepas solat Subuh.
"...small jar of bedak sejuk which she applied to her face every night."
Arwah Tok pakai bedak sejuk setiap pagi selepas membaca Quran dan sebelum ke kebun, selepas solat Zuhur dan Asar dan setiap malam.
Den selalu kena paksa tolong arwah Tok buat bedak sejuk😅.
Titik-titik tepung beras yang dibancuh.
Bila bedak sejuk telah kering, den masukkan bunga ros, kenanga dan melur serta daun pandan bersama-sama bedak sejuk supaya ianya wangi.
Semua pokok ni arwah Tok tanam keliling rumah.
Sekarang den tanam pokok bunga melur dan kenanga sebab teringat pada arwah Tok.
Bila den baca tajuk Bab 13 The Four Heavenly Kings, terus je terbayang wajah Aaron Kwok, Andy Lau, Leon Lai dan Jackie Cheung😍.
Den membesar di zaman kegemilangan Cantopop Hong Kong dan era kemasyhuran kungfu (Jet Li dan Jackie Chan), jadinya sebelum den menyanyi OST KDrama, den dok menyanyi lagu-lagu Kantonis dengan jayanya walaupun sepatah haram tidak den faham apa kata liriknya😅.
Selain daripada The Four Heavenly Kings, den suka dengar lagu-lagu Beyond, Emil Chau, dsb.
Den siap kumpul duit belanja sekolah sebab hendak beli kaset deme ye😅.
Arwah Tok selalu bising 'hang dok menyanyi lagu apa la dok chong cheng chong cheng malam-malam buta ni'😅.
Rindunya dekat arwah Tok dan zaman sekolah.
Sampai sekarang ada beberapa lagu Kantonis yang den masih boleh nyanyi😅.
Tetapi The Four Heavenly Kings di dalam buku ini lebih istimewa kerana ianya membawa identiti 1Malaysia sebab ada Alan, Leng Chai (ini la yang paling handsome kot sebab nama pun bermaksud kacak😅), Sharil dan Sivaji (den teringat pada movie Sivaji The Boss😅).
Langsung masa menaip ni den ternyanyi:
🎵Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia🎶
Bergenang juga air mata den apabila membaca tentang Alan dan Sharil di Bab 57 Rempit-ing.
Isu Rempit-ing ini sampai sekarang masih berlaku walaupun melibatkan kehilangan nyawa.
Bila Anuar Zainal cakap cita-citanya hendak menjadi penyanyi, terus la den terbayangkan Anuar Zain😅....sekali eh betul ye suaranya ada iras Bang Nuar😅
Bab 43 Kuch Kuch Hota Hai...hahahaha ini memang mengundang kenangan kisah silam sungguh😅.
Den tengok movie ni banyak kali di wayang sebab dapat tiket RM5 bila guna kad pelajar di Plaza Metro Kajang😅.
Pada ketika pertama kali den tengok movie ini den tidak bersetuju Anjali pilih Rahul dan meninggalkan Aman yang sangat green flag dan handsome itu.
Sampai sekarang perasaan den masih sama ye.
Masa ini tahun 1998 tiada spoiler sebab capaian maklumat masih tidak semeriah sekarang.
Jadinya apabila pertama kali Salman Khan muncul semasa lagu Saajanji Ghar Aaye, penonton bersorak macam hendak pecah panggung😅.
The vibes was really something else😍.
Apabila Lee Hong Li sakit kepala mengajar Jannah Matematik Tambahan, den teringat zaman den mendapat markah 19/100 untuk Matematik Tambahan sampai cikgu cakap 'saya tak tau dah nak buat apa dengan kamu ni Bidasari oiii😅'.
Bab 67 Physics and Additional Mathematics.
Bab ini mengundang kenangan pahit sungguh😅.
Sepanjang tingkatan 4 dan 5, apabila ada ujian atau peperiksaan, dia samada den akan gagal subjek Fizik atau Matematik Tambahan🥲.
Tidak pernah lulus kedua-duanya.
Kalau Add Math 19/100, Fizik 40/100.
Kalau Fizik 27/100, Add Math 40/100.
Begitulah cerita tragis den zaman belajar dulu🥹.
Kalau den ado tutor yang sekacak dan segigih Hong Li, mungkin den boleh dapat 80/100 dalam Add Math agaknya ye😅
Nampaknya den kena baca buku Matilda by Roald Dahl sebab molek benar katanya.
Sebuah buku yang molek dibaca oleh semua peringkat umur sebab ada pengajaran untuk semua.
Sebuah buku yang sangat molek den baca tahun ini.
Dia bila ada buku yang den berkenan memang panjang la resensinya😅.
Tahniah kepada sesiapa yang membaca sehingga akhir resensi ini.
Jaga diri ye.
Selamat berhujung minggu semua.







Tumpang sayu, baca tentang bab opah, mengingatkan pengalaman sendiri. Bagusnya buku. Menarik bila ada kena mengena dengan zaman kita dibesarkan. Saya dulu pun ada dengar lagu kumpulan Beyond, Lonely.
ReplyDeleteHa kita Gen X memang kebanyakannya membesar dengan lagu-lagu dari Hong Kong kan
DeleteEh, jap... kenapa uncle baca ikut sama menyanyi...? hahahaha
ReplyDelete😅😅😅😅😅
Deletepanjang umur arwah tok kak sarie, dapat tengok cucunya membesar sampai umur 40 tahun. semoga ditempatkan dalam kalangan org beriman.
ReplyDeletebaca buku camni terus teringat zaman muda mudi yg liar xD nasib masa sekolah dulu saya tak ambil addmath. kalau tak, mesti gagal dalam SPM haha
Alhamdulillah rezeki KSarie dapat tumpang kasih sayang Tok sampai umur 40 tahun. Haaa add math itu memang mensabotaj result SPM KSarie😅
Deleteeh.. buku ni mengimas zaman remaja nampaknya. Kuch kuch Hota Hai tu... sampai sekarang masih menyampah kat Rahul. semua dia nak, dia dapat. Yang ngek nya Anjali. haishh
ReplyDeleteHahaha sama la kita geram dengan rahul
DeleteMembaca sambil mengimbas kenangan lama. Banyak kenangan lama yang terimbas dari satu bab ke satu bab. Itu yang buat rasa seronok membaca. Terbayangkan KakSarie zaman tu tolong atok buat bedak sejuk. Saya pun suka kalau ada bunga kenanga di rumah, ada sepokok di kampung. Wangiii...
ReplyDeleteSubjek fizik dan add math serta chemistry memang tak suka. Payah nau nak faham..Kita pula tak minat, jadi lambat paham. huhuhu...
Bila membaca sambil mengimbau kenangan silam ini biasanya membuatkan lambat hendak habiskan sesebuah buku walaupun ceritanya simple kan
Deleteehhhh kenapa buku ni macam best sangat? nak meracun saya untuk cari ke ni?
ReplyDeleteSerius buku ni memang awesome teruk. Bahasanya mudah faham. Buku yang membuat kita mengimbau kenangan lama
DeleteBanyaknya kenangan lama dalam dalam buku ni, menarik sangat. Al Fatihah buat tok2 kita. Moga rohnya semua dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
ReplyDeleteAminnnnnnn
DeleteKayaknya menarik bukunya nih kak 😍. Apalagi ttg masa2 sekolah yaaa.
ReplyDeleteOh ini bukunya berbahasa inggris yaaa. ❤️❤️. Saya pikir tadi hanya judulnya saja.
Kalau ingat bedak sejuk, memang ingat ke orang2 di zaman dulu, nenek2 kita yg masih suka pakai ini. Sayapun pernah ikut pakai, memang dingin di muka.
Hahahahah dulu itu kita suka menyanyikan lagu asing walau tak paham kaan 🤣🤣🤣. Nasib baik kadang ada disediakan lirik lagu di dalam kaset. Kalau skr mana dah 😅.
Samaaaaa, sayapun kurang suka dengan Kuch Kuch hota movie sebab yg dipilih Anjali tak masuk logic hahahahahha.
Kalau saya emaknya, tak saya restui hahahahha
Kaaak, kita sama, tak suka math. Saya benci marah, fisika dan kimia 🤣🤣🤣. Memang tak sampai rasanya otak saya kalau dah belajar 3 killer subjects itu 😂😭
Otak KSarie memang tak bisa menganalisis formula daripada add math dan fizik. Langsung blur dan jam teruk begitu😅
Delete