Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Jerubu tempat kome teruk tak?
Shah Alam ni jerubunya macam tipis tetapi sakit juga mata bila berlama-lamaan di luar rumah.
Den dan keluarga den singgah makan tengahari di Rumah Makan Ikan Sungai di Lenggong, Perak.
Kami pergi makan sini pada awal April tahun ini.
Tiba-tiba baru rasa hendak cerita😅.
Yang kuban-kuban itu memang la perangai den😅.
Ada beberapa rumah makan ikan sungai di Lenggong kalau diikutkan.
Kami terjumpa di dalam google Rumah Makan Ikan Sungai yang ini.
Makanya ke sini la kita ye.
Perak ni dia punya panas memang macam extra vaganza ke den yang acah-acah puteri lilin?
Masa sampai di kedai makan di tepi jalan di dalam sebuah kampung ini, dia punya panas lit-lit itu memang tidak bisa buka mata begitu.
Kalau panas macam ni memang kome boleh bayang la dia punya bahang bila makan di ruang terbuka di berbumbungkan atap zink.
Memang berkicap dan ketibas yang tidak bisa dibawa berbincang😅.
Tetapi tetap berbaloi unutk den kerana lauk pauk kampung yang memang sangat awesome untuk tekak den.
Warga emas begitulah ye.
Memang kesukaan hidangan yang sebegini.
Set setalam makan 4 orang ada nasi putih, ikan goreng, ikan pekasam, ikan masak lemak, ulam-ulaman, sambal belacan, sambal kicap, tempoyak dan kerak pekasam RM50.
Murah gila kan?
Kome jangan tanya den spesies ikan sungai dalam hidangan ini sebab sumpah den tak kenal lampam ke apo.
Den cuma champion bab makan sahaja😅.
![]() |
| Ini harga masa April 2026, sekarang tak tau samada harga masih sama atau telah berubah |
Disebabkan si A peminat tegar ayam dan si F peminat tegar telur dadar, kami tambah 2 lauk ini.
Tambah lagi ikan bakar walaupun perutnya setakat mana la pun kan hendak makan berdua.
Dasar tamak haloba sungguh begitulah😅.
Air sirap percuma free flow.
Kalau untuk den, makanan yang dapat 5🌟 adalah ikan goreng, ikan pekasam dan ulam-ulamannya.
Ikan goreng cukup garam kunyit dan digoreng garing.
Memang boleh makan tulang sekali krup krap krup krap macam tuh.
Ikan pekasam memang speciality orang Perak kan?
Menu ini buat bertambah nasi secara tindakan di luar sedar begitu😅.
Ikan pekasam yang digoreng dengan bawang besar dan cili membuatkan hidangan ini wangi dan ala-ala cair di mulut begitu.
Tapi den paling berkenan dooh dekat ikan pekasam yang pernah beli di sebelah kedai makan Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang.
Itu ikan pekasam yang paling awesome untuk den.
Ulam-ulaman segar bugar semuanya.
Kalau tidak silap ada pucuk gajus, mengkudu dan ulam raja.
Ada 2 ulam yang den tidak pernah jumpa.
Ada dibagitau namanya oleh akak kedai itu tetapi den udah terlupa😅.
Sambal belacan, sambal kicap, tempoyak dan kerak pekasam memang la buat kita semakin berpeluh-peluh semasa makan sebab pedas + suasana panas lit-lit.
Ikan masak lemak kuning nya cukup rempah, santan, ada belimbing buluh segala dan sedap je cuma tulang ikan agak banyak jadinya leceh untuk den pesoh ikannya agar tidak tercekik tulang.
Seorang teammate den kena dibedah 2 kali sebab tercekik tulang ikan.
Dia terus tidak makan ikan.
Kejadian ini pula berlaku sejurus sebelum den ke Rumah Makan Ikan Sungai ni.
Jadinya rasa seriau masih menebal dalam hati.
Tetapi den sedikit terkilan dengan ikan bakarnya sebab dalam kepala den ikan bakar adalah ikan yang dibakar sampai garing ala-ala hangus sedikit di sana sini begitu.
Ikan yang dibakar di dalam daun pisang ini sedap je cuma macam lembik sedikit.
Untuk orang lain mungkin ngam dah.
![]() |
| Boleh beli ikan pekasam bawa balik ke rumah |
![]() |
| Yang terpaling lemah longlai sebab panas lit-lit. Generasi alpha ni lain macam. Elok dihantar ke kursus ikhtiar bertahan hidup komando ke macam mana ni😅 |
Secara keseluruhannya, memang puas hati makan di sini walaupun jenuh juga hendak menyampaikannya😅.
Keadaan kedai kampung di kawasan terbuka memang maksudnya kita kena bertabah menjamu selera di kala panas mentari menyinar dengan jayanya.
Kalau kome ke Lenggong, singgah la makan tengahari di sini ye.















Masakan kampung gini kesukaan saya juga. Cuma sejak menua ni makin memilih, kurang sanggup makan berpeluh 😄
ReplyDeleteSeriaunya baca pasal kawan KSarie yang kena bedah sebab tulang ikan tu. Itu yang saya tak berani makan ikan banyak duri, lagi jenis duri halus.
Ha kesian betul dia masa tercekik tulang ikan keli dan kali kedua rasanya tulang ikan tenggiri. Memang trauma habis dia sampai sekarang
DeleteIkan pekasam tu paling mengancam. Memang tak pandang lauk lain dah.
ReplyDeleteHa....kalau makan ikan pekasam + ulam + sambal belacan pun udah ngam kan
DeleteAdus, sedap belaka. dekat ulam tu ada penampakan pucuk kemangi, pucuk tenggek burung... tu je la yg kita perasan selain yg KSarie sebut tu.
ReplyDeleteJgn disalahkan mereka, Acik Gen X ni pun sejak dok bandor tak tahan panas dah anak2 ooi... Kalau boleh nak ber-aircond 24 jam :D
Ha betul la kan....bila panas sangat memang kalau boleh hendak duduk dalam aircond je😅
DeleteJenis ikan? Samalah, uncle tak kenal... Uncle kenal ikan jaws je
ReplyDelete😅😅😅😅😅
DeleteHarap makin kuranglah jerebu. Di Seremban ni, kalau tengok bacaan IPU tak siaht.
ReplyDeleteTeringin nak jelajah Lenggong. Banyak tempat menarik yang nak di tuju.
Fuhh..cuaca panas Malaysia memang tak tahan. Memang boleh ketibas.
Sedap tu lauk-lauk kampung. Menyelerakan! Saya pun suka lauk macam ni. Ikan lampam biasa dengar tapi kalau tanya macam mana rupa dia memang tak tahulah. Jangan tanya saya juga. kikiki...
Ikan pekasam ni kepakaran belah utagha kan. Tapi tak tahulah negeri mana yang win.
Kenal ulam pucuk gajus je yang ada warna merah-merah sikit tu kan. Ulam raja dah biasa tengok. Mengkudu tu tak tahu mana satu entah.
Ohh macam tu pulak ikan bakarnya ek. Sedap kalau ada hangus-hangus sikit kulitnya tu. Okay baik, simpan dulu dalam list kedai ni.
IPU Shah Alam pagi ni 161. Ramai dok sakit tekak dan sakit mata di pejabat ni. Lauk pauk kampung biasanya memang molek kan. Ha...ikan bakar pada KSarie kena ada hangus sikit-sikit
DeleteHehehe saya mcm kureng ikan sungai... tp tgk ayam goreng tu haha konpom naikkan selera😅😅
ReplyDeleteEh eh gen alpa mmg x leh stress, x leh ssh, x leh tahan 'deraan' hahaa..risau btul la generasi² baru ni camne la nak hidup dgn tekanan di masa2 akan dtg kan..
Jangankan risau bagaimana gen alpha hendak jadi pemimpin negara. Memikirkan bagaimana depa hendak survive bisa pening kita jadinya😅
DeleteBoleh bayangkan ketibas macamana. 😁 Tapi demi ikan pekasam dengan nasi, kalau saya pun, sanggup ku harungi. Sedap-sedap tengok lauk KSarie satu family. Bertabah anak bujang berdua tu, ya.
ReplyDeleteDeme pasrah aje la diheret dek omma ke hulu ke hilir😅
DeleteNengok langit yang kurang berawan tu pun dah tau panasnya cemana lagi-lagi duduk dalam kedai berbumbungkan zink.
ReplyDeleteIkan goreng yang dikelar-kelar tu nampak sedap..
Ikan goreng tuh memang molek sungguh lagi-lagi pula makan panas-panas cicah dengan sambal belacan + ulam. Memang ngam
Deleteanak anak saya kalau dibawa makan ke tempat beratap zink, mulalah semuanya lemah longlai dengan muka masam cetung. Nampak sedap ikan goreng dikelar rapat rapat gitu. terbayang kerangupannya. Saya pun tak berapa masuk dengan ikan bakar dalam daun ni, dia lembik lembik berair,
ReplyDeleteAnak-anak sekarang kebanyakannya memang putera puteri lilin ye😅Ikan goreng itu memang sedap mantap memikat
DeleteAduhhhh lauk pauk nya, terliur sungguh. Sedap sangat semuanya KSarie
ReplyDelete😋😋😋😋😋
DeleteIkan sungai nih saya tak terlalu suka, tp kalau sedap dimasak, jadi suka. Salah satu yg bikin tak suka, Krn durinya lebih halus dan banyak daripada ikan laut 😄.
ReplyDeleteKebayang panasnya kak. Saya yg tak kuat panas pun akan macam meleleh badan. Tapiii kalau disuruh pilih tempat panas tapi makanan sedap, saya akan tetap makan di sana 😍😍😄.
Ya Allah menu2nya buat drooling. Ulam2an itu saya sukaaaa. Daun gajus memang sedaaap.
Ikan gorengnya kak, macam nak saya ratah 😍😍😄.
Apalagi pekasam tuh . Nasi dengan sambal belacan , ulam dan ikan, pekasam, dah cukup lah 😍😍.
Cuma saya kaget juga liat ikan bakar. Saya pikir itu ikan pepes 😂
Ha....ikan bakar itu yang markah kurang bagi makanan di sini. Tapi yang lain memang semua sedap sungguh.
DeleteLama tak makan ikan sungai sebab husband tak biasa. Saya biasa sebab dulu masa kecil ayah menjala di sungai. Goreng ikan sungai garing² makan dgn sambal kicap huhu
ReplyDeleteIkan goreng tu memang win betul😋
DeleteMurah 4 orang makan rm50 je. Lauk kampung camni siapa je mampu menolak kan.
ReplyDeleteSaya pun expect ikan bakar tu kne hangit2 sikit, ni tiba2 kaler kuning mcm tk siap bakar je 🤣 tapi takpela, yg penting sedap kann
Memang KSarie happy betul dapat makan di sini. Boleh ulang makan kalau berjalan belah-belah sini
Delete