Dunia Tanpa Tembok II oleh A.R.W

12:11
Kita boleh hidup aman damai, main Tik Tok, muat naik gambar makanan dan melancong di Instagram kerana kita hidup dalam persekitaran yang aman. Nikmat sebegini boleh hilang dalam sekelip mata kalau kerajaan tidak pandai mengurus konflik antarabangsa”. 
 
Perenggan pertama di bahagian Prakata di dalam buku ni dah buat jantung den ala-ala tercopot. Sentapan di hati lepas membaca perenggan berkenaan menyebabkan den menghabiskan pembacaan buku 282 mukasurat ni dalam masa 3 jam (buku Dunia Tanpa Tembok pertama den habiskan dalam masa 3 hari) pada 3 Mac lepas masa tunggu kiddos main kat indoor playground di Tesco.
Dah sebulan baca baru la nak review ye hehehehehheehe.

Buku ini merupakan antara buku yang memang den sangat tertunggu-tunggu selepas den baca buku Dunia Tanpa Tembok pertama pada tahun 2017.

Dunia Tanpa Tembok II bagi den adalah lebih heavy daripada buku Dunia Tanpa Tembok pertama sebab ianya lebih memfokus kepada Orde Antarabangsa yang berlaku pada tahun 2018 menggunakan tiga kunci ilmu geopolitik iaitu kuasa, geografi dan identiti.

Den nih kan walaupun udah tua tapi memang masih tidak secocok pembacaan serius dan ilmiah sebab pelbagai factor (malas + sel-sel otak dah kurang berhubung + den blur + tak berminat, etc).

But still den rasa buku ni thorbaekkk sebab penerangan dan ulasan tentang hubungan antarabangsa (international relations) digarap dengan bahasa yang mudah dan boleh difahami walaupun topik yang diceritakan adalah serious.

Dah tentunya ada banyak juga perkataan yang den baru pertama kali jumpa macam liberal internationalism, Caesarism, détente, heartland, four freedoms, etc.

Memang lebih 90% ulasan di dalam buku ni den tak pernah tau pun. Antaranya: 

1. den pernah baca/tau tentang 3 orang pemimpin strongman tetapi tak pernah tau tentang strongman keempat iaitu Viktor Orban, Perdana Menteri Hungary. Siapa lagi 3 orang strongman tuh korang google sendiri atau nak senang beli dan baca buku ni k hehehehhehe;

2. kenapa wujud pakatan Habsburg-Safawiyyah menentang Perancis-Turki;

3. banyak betul jenis perang yang pernah berlaku dalam dunia yang den tak pernah tau pun kewujudannya macam Perang Tiga Puluh Tahun, Perang Tujuh Tahun (sehingga mencetuskan Revolusi Perancis pada 1789), Perang Enam Hari 1967 (Israel menang menentang pakatan Mesir-Syria-Jordan);

4. NATO mungkin kita pernah dengar tapi tau tak tentang CENTO dan SEATO?;

5. apa itu Pax Americana, Pax Sinica dan Pax Brittanica?;

6. apa beza prinsip liberal internationalist, neo-isolasionist dan realist?;

7. Sistem Bretton Woods tuh ape wei? Apa kaitannya dengan kestabilan ekonomi dan autonomi?;

8. cubaan penguasaan laluan perdagangan melalui One Belt, One Road atau Silk Road Economic Belt atau The Twenty First Century Maritime Silk Road yang dilaksanakan oleh China;

9. pemanasan global yang menyebabkan ais batu mencair di Kutub Utara menyebabkan wujudnya laluan yang boleh dilayari yang mana China tengah aim untuk dijadikan sebagai Artic Silk Road. Negara mana lagi yang akan mendapat manfaat dari Artic Silk Road? Negara jiran Malaysia yang mana yang dah sertai Artic Council dan menjual kapal pemecah ais? Kena baca sendiri la buku ni ye hehehehehehe;

10. kenapa isu Xinjiang dikatakan sebagai hidup dan mati serta tidak boleh dirunding bagi China?;

11. kenapa Rusia tidak mempunyai pelabuhan air suam (warm water port) dan apa pentingnya spesies pelabuhan macam ni?

12. tujuan penubuhan Inner Six dan Outer Seven;

13. kenapa wujudnya sentiment anti-imigran?;

14. apa yang menyebabkan sesetengah Negara dan situasi memerlukan kepada necessary evil atau dictator;

15. kisah yang tidak berkesudahan sehingga kini iaitu Israel dan Palestin yang dikupas daripada sudut geopolitik.

Cukuplah 15 points yang den nak highlightkan daripada buku ni yang memang den tak pernah tau pun selama ni.

Banyak lagi yang diceritakan di dalam buku nih. Den cuma petik sekupang dua je isinya.

Bila den baca buku ni, den dok terfikir macam mana la Malaysia ni gamaknya ye? Negara lain termasuk negara jiran yang kita kata kurang maju daripada kita dah membuat perancangan jangka masa panjang yang terkedepan bagi menjamin kesinambungan dan kemandirian Negara mereka. Yang Malaysia ni asyik la dok bergaduh dan mengadu domba pasal politik tak habis-habis. Haish….jangan terpleot sudah la Malaysia ni. Esoknya yang menanggung akibat kalau tersalah percaturan rakyat jelata la juganya.

Membaca buku ni mengingatkan den kepada sebuah buku terjemahan bertajuk ‘Bidak-Bidak di Papan Catur’ yang merupakan assignment bagi subjek Tamadun Islam pada zaman den belajar di UKM 20 tahun dulu (OMG…I am so old huhuhuhu).

Den suka buku nih, berilmiah tetapi tidak memeningkan otak untuk memahaminya.

But still den rasa Dunia Tanpa Tembok yang pertama lebih terlekat pada jiwa den sebab ada pelbagai cerita di dalam tuh yang tidak terlalu memfokus kepada kisah Orde Antarabangsa terkini terutamanya Amerika dan China.

Buku ni merupakan buku laku keras di booth The Patriots di PBAKL 2019 sampai kena ulang cetak tau. So cepat-cepat dapatkan buku ni k.

Dunia Tanpa Tembok II juga telah menerima Anugerah Buku Negara 2019: Kategori Buku Umum Popular (Geopolitik) di PBAKL 2019. 

Ulasan den tentang buku Dunia Tanpa Tembok yang pertama kat SINI ye.

2 comments:

  1. sesuai utk pelajar sains politik. bape harganya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga biasa RM 28 tapi di PBAKL RM 20. Boleh juga beli online di FB The Patriots

      Delete

Powered by Blogger.