Antara goodies yang memang ohsem den dapat masa attended Bloomingwithilly 3.0 di Hotel Hilton Garden Inn Puchong pada 7 April yang lepas adalah 3 masks daripada Kocostarmy (pineapple, strawberry dan aloe).

Ambil masa nak pakai masks ni dan goodies lain yang den dapat daripada event tuh sebab comel-comel semuanya langsung la sayang nak pakai hehehehehehhehe.

In sya Allah den akan cuba review setiap produk yang den dapat daripada sesi Bloomingwithilly 3.0 secara berperingkat ye.

Masks daripada Kocostarmy yang merupakan produk dari Korea ni memang la comel sebab dalam bentuk kepingan kecil. So kita boleh letak je kat mana-mana bahagian muka yang kita nak. Ikut la nak tampal kat mana pun.
Best mask ni tuh sebab sejuk je.

Kulit muka memang jadi lembap dan fresh lepas pakai mask ni.

Ada bau buah-buahan lagi.

Pakai masks daripada kocostarmy ni salah satu sesi bonding dengan family sambil jaga kulit muka gitu.

Strawberies overload

Strawberies memang comel kan? Dah la warna merah, sedap plak tuh.

Bukan den je suka pakai mask strawberi daripada Kocostarmy ni, budak-budak pun berebut nak pakai sama.

Sakan masing-masing berebut dengan mama. Kena la beli lagi mask ni nanti nampak gayanya.
Aloe Vera

Den memang ada tanam pokok aloe vera. Angan-angannya nak potong nanti untuk guna lendirnya untuk ditepek di muka tapi tak pernah terbuat lagi setakat ni huhuhuhuhuhu.

Makanya bila ada mask aloe daripada Kocostarmy ni, tak payah la den potong pokok aloe vera den tuh ha ye.

PS kepada pokok aloe vera den. Sebab den dah jumpa aloe mask daripada Kocostarmy yang dah la comel sebab in pieces, very soothing plak tuh, tak payah dah den potong ekau untuk tepek kat muka. Ekau kekal je la dalam pasu tuh sumbangkan oksigen untuk den ye. 
Pineapple

Laki den sibuk nak pakai mask juga.

So kita bagi dia pakai pineapple mask. Dia cakap best la mask ni ada bau nenas, rasa macam nak makan je hehehehe.
Kalau cakap pasal nenas, den mesti teringat pasal nenas misteri dalam siri How I Meet Your Mother. Nak tau apa ceritanya kena la tengok cerita tuh k.

Lepas semua mask ni kering, kitaorang buang kepingan mask ni dalam tong sampah dalam bilik tidur. Bau wangi daripada mask tuh tetap dapat dihidu malam tuh. Memang best la mask ni.

Kalau korang nak beli mask ni, boleh beli kat mana-mana cawangan Guardian k. Selain daripada mask nenas, aloe dan strawberi, ada perisa lain lagi macam epal, timun, bunga matahari, orange dan cherry blossom.

Korang kena cuba mask daripada Kocostarmy ni ye.

Kalau korang nak tengok produk lain daripada kocostarmy, boleh tengok:



#kocostarmy
#guardianmalaysia
#bloomingwithilly3.0

0 Comments