Murad Malaysia Lancar Siri Prebiotik Bagi Memperkaya Dan Menggalakkan Penghasilan Bakteria Baik Untuk Kulit

Kulit berseri dan sihat bermula dengan mikrobiom yang seimbang

Inilah visi Murad apabila melancarkan produk inovasi terbaru iaitu Murad Prebiotic Series.
Permukaan kulit kita menjadi perumah atau habitat kepada lebih daripada trillion organisma seperti bakteria dan fungus. Mikrobiotik tersebut terdiri daripada bakteria dan fungus yang bermanfaat membekalkan keperluan nutrient yang sangat diperlukan. Secara tidak langsung, ia membantu menjadi lapisan perlindung yang berupaya menghalang sebarang  pembentukkan ancaman melalui kulit wajah yang sihat dan menakjubkan.

Murad Malaysia amat teruja untuk memperkenalkan produk pembersih kotoran degil untuk kulit wajah yang dilengkapi dengan anti bakteria. Ia bukan sahaja memusnahkan bakteria jahat, tetapi juga melindungi bakteria baik di dalam mengekalkan kesempurnaan ekosistem permukaan kulit. 

Tambahan pasa masa kini, kulit lebih mudah terjejas melalui persekitaran yang kurang baik (pendedahan kepada alergen dan toksin) serta beberapa faktor lain seperti gaya hidup, peningkatan usia, emosi, diet dan beberapa produk pembersihan yang didapati turut  menjadi faktor penyumbang kepada masalah kesihatan kulit.

Malah, 93% orang berpendapat bahawa mikrobiotik kulit dan homeostasisnya memainkan pernana utama dalam kesihatan kulit.

Bagi memnyelesaikan masalah ini, Murad Malaysia melancarkan inovasi terkini Murad Prebiotic Series iaitu:

1. Prebiotic 3-in-1 MultiMist - membantu menyuburkan kadar prebiotik kulit untuk menyeimbangi kadar keseimbangan mikrobiotik;

2. Murad’s Prebiotic 4-in-1 MultiCleanser - mencuci, menghidrat dan menjaga keseimbangan kulit; dan 

3. Murad’s Night Fix Enzyme Treatment untuk menggalak pembaik pulihan kulit di waktu malam melalui bahan-bahan yang diilhamkan berdasarkan gabungan prinsip sains ketika tidur.

Inovasi terbaru ini telah diumum dan dilancarkan oleh Pengarah Deacon Medical Sdn Bhd En. Jason Choy, Pengurus Pemasaran Antarabangsa Kathy Tran, Pengurus Pemasaran dan Pendidikan Asia Pasifik Katy Bacon. 
Ketika ucapan pelancaran, En. Choy telah menjelaskan akan potensi terhadap industri kecantikan di Malaysia. “Wanita Malaysia hari ini mempunyai kuasa yang lebih besar dan bijak dalam memilih. Mereka lebih memahami apa yang terbaik untuk kulit mereka dan lebih bijak memilih produk yang digunakan.” 

“Oleh itu, produk seperti Murad telah mengambil kira segala isu yang dihadapi umum dan telah berjaya menghasilkan atau mencipta produk penjagaan kulit yang ideal dan diyakini dapat menyelesaikan masalah tersebut,” Kata Choy. 
Pengarah Deacon Medical Sdn Bhd En. Jason Choy
Pengurus Pemasaran Antarabangsa Kathy Tran
Pengurus Pemasaran dan Pendidikan Asia Pasifik Katy Bacon
Details terperinci tentang Murad Prebiotic Series ni den akan ceritakan dalam next entry ye. 
Semua yang hadir ke majlis pelancaran Murad Prebiotic Series
Tempat pelancaran yang super cozy dan harmony
Untuk maklumat lanjut, layari:


  

No comments:

Powered by Blogger.