Hasil Tangkapan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

12:28
Walaupun den tak singgah banyak booths di PBAKL 2019 pada kali ini sebab kesuntukan masa + malas + kepenatan menunggu komuter bapak lama gila dari Shah Alam huhuhuhu, tetap la juga kengerian menengok jumlah wang yang dibelanjakan untuk membeli buku heheehhehehee.

Den cuma singgah booths Dewan Bahasa Pustaka dan The Patriots.

RM 300 untuk 19 buah buku. Not bad ehhhh.

Tetapi den rasa memang berbaloi sebab semua buku yang den beli ada diskaun. Ada yang sehingga 50% potongannya.
Dah la gediks tak nak bawa beg sandang sebab den bajet tak akan beli lebih daripada 6 buah buku, makanya rebeh la bahu membawa kesemua buku yang dibeli menggunakan beg kitar semula yang digalas di bahu tuh.

Entah bila la den nak sedar diri yang tak pernahnya den tak borong sakan kalau ke event berkaitan buku nih kan. Haish.

Laki den cakap ‘udah-udah la tuh membeli buku sebab dah tak muat almari buku yang ada kat rumah ni ha. Esok nak pindah jenuh la nak packing semua buku ni’. 

Dia tak tau lagi ada berkoyan-koyan lagi buku den kat ofis muhahahahahahaha.

So lets hope I will find time to read at least one book from each author yang den dah beli bukunya di PBAKL 2019 nih ye.

2 comments:

  1. orang kalau suka baca buku ni dia memang.. xleh stop beli buku lagi2 tengah sale. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya Siti membelinya sakan membacanya entah bila-bila la tuh huhuhuhuhu

      Delete

Powered by Blogger.