Murad Prebiotic Series

PREBIOTIC 3-IN-1 MULTIMIST: Kunci Utama Penyelesaian Hidrasi Sepanjang Hari

Solusi 3 dalam 1 ini adalah medium terbaik membantu menyihatkan kulit di peringkat asas. Ia menghapuskan dehidrasi dan menyingkirkan kulit kusam, meminimumkan garis halus dan kedut serta bertindak sebagai bahan asas sebelum lapisan kita memakai make up. 
PREBIOTIC 3-IN-1 MULTIMIST berfungsi bak magis dalam menggalakkan dan meningkatkan kadar bakteria baik di samping mengekalkan kadar hidrasi terbaik pada permukaan kulit melalui 3 bahan utama: 

1. prebiotic hydrating sugars yang membantu memperkuat dan meningkatkan kadar hidrasi secara semula jadi untuk kulit yang lembut dan sihat;

2. yeast atau fungus peptide membantu mengekalkan tahap kelembapan semulajadi untuk kulit yang sihat. Secara tidak langsung, penggunaan produk ini menjadi pemangkin kepada persekitaran ideal untuk mikroorganisma yang sihat; dan 

3. biopolymer complex pelbagai guna yang terdapat di dalam produk ini dapat memastikan kulit bernafas serta melembutkan permukaan kulit secara semulajadi untuk lapisan asas solekan yang secara tidak langsung menyebabkan solekan tahan lebih lama. 

Selain itu juga, kaedah penggunaan PREBIOTIC 3-IN-1 MULTIMIST adalah untuk memastikan bedak yang digunakan melekat terus pada permukaan kulit tanpa ada sisa yang melekat pada berus. Caranya adalah dengan menyembur produk tersebut pada berus solekan sebelum dicelup di dalam bedak. 

MultiMist sesuai disemburkan pada kulit sama ada selepas selesai mencuci muka atau semburan sebelum lapisan asas make up. Ia juga susuai dijadikan sebagai semburan penyegar sepanjang hari bagi mengatasi hidrasi berlebihan.
PREBIOTIC 4-IN-1 MULTICLEANSER, Mengekalkan Kelembapan Sehingga 15 Lapisan 

Segala yang diperlukan oleh kulit anda segalanya terdapat di dalam satu botol PREBIOTIC 4-IN-1 MULTICLEANSER. Produk gel-to-oil yang menjadi pencuci solekan ini diformulasi bagi menyeimbangkan mikrobiotik kulit melalui penyuburan prebiotik untuk menggalakkan kulit yang sihat. Ia sesuai digunakan sebagai penanggal solekan, menyingkirkan kotoran dan minyak pada wajah, mengurangkan kekeringan dan hidrasi serta memperbaiki tekstur kulit tidak sekata.

Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit (termasuk yang sensitif). Produk 4 dalam 1 yang dilengkapi dengan formula tidak mengeringkan sesuai digunakan di waktu siang mahupun malam. 

Produk berasaskan Plant-based emollient dan hemisqualane yang dihasilkan dari tebu berfungsi secara berkesan menanggalkan solekan pada mata, bibir muka (termasuk solekan kalis air) dengan hanya satu kali cucian di samping menyuburkan kulit. 

Cyclic peptid merupakan kandungan unik pencuci peptide yang berkesan 300 kali ganda lebih baik berbanding kandungan yang digunakan secara tradisional dalam menghasilkan produk penanggal solekan yang akhirnya menyebabkan iritasi. Ia membantu menyingkirkan minyak dan kotoran yang terperangkap di samping membolehkan permukaan kulit mudah untuk dicuci tanpa mengurangkan kadar kelembapan semulajadi. Kandungan yang terdiri daripada serbuk prebiotik turut meningkatkan kadar pembiakan bakteria baik yang membantu menyeimbangi kesihatan kulit. 

Sementara kandungan hyaluronic acid dan prebiotic hydrating sugars berfungsi sebagai agen melembut dan melembapkan kulit secara semulajadi. 

Murad Prebiotic 4-in-1 Multicleanser sesuai digunakan terus pada permukaan kulit yang kering dengan cara gosokkan rata di seluruh muka dan mata secara perlahan-lahan. Teruskan menggosok dengan menggunakan tangan yang lembap. Kulit anda akan serta-merta kelihatan sihat, lembut dan segar apabila disentuh. 
NIGHT FIX ENZYME TREATMENT, Bangun Dengan Wajah Muda Setiap Hari 

Kajian menunjukkan bahawa kunci utama kepada penampilan kulit kelihatan muda adalah melalui tidur yang optimum atau mencukupi. Mereka yang mengamalkan tidur yang mencukupi serta tidak mudah rasa mengantuk kelihatan 2.5 lebih muda dari yang lain. 

Apabila kita tidur di waktu malam, didapati tubuh sedang melakukan kerja-kerja baik pulih (dalam keadaan mitosis) di mana pada ketika itu sel yang telah rosak dan musnah diperbaharui atau dibaik pulih. Proses magis ini berlaku ketika pukul 11 sehingga ke tengah malam. Pada ketika ini sel memerlukan dan menyerap nutrient paling banyak. Oleh itu, anda perlu sedia bekal dan keperluan secukupnya untuk membolehkan permukaan kulit menyerap segala keperluan.

Memahami akan kepentingan tidur yang optimum memberi kesan kepada kesihatan kulit, Murad menzahirkan produk khas yang diberi nama NIGHT FIX ENZYME TREATMENT yang membantu proses baik pulih kulit menjelang tengah malam. 

Tambahan, satu kajian yang dilakukan turut mendapati kulit akan kehilangan air lebih cepat di waktu malam. 

Oleh itu, Murad menggabungkan beberapa bahan untuk menghasilkan produk bagi membantu kulit mengekalkan kelembapan, melindungi hidrasi kulit di waktu malam sementara membantu baik pulih kulit secara semula jadi. Sebagai hasilnya, anda akan dapati garisan kedut pada wajah dapat dikurangkan, kulit kelihatan segar dan sihat serta berseri-seri. 

Inovasi luar biasa yang tercipta menjadi rejim lengkap penjagaan kulit (proses 3 langkah tradisional Murad). 

Rawatan Chronopeptide yang terdapat di dalam formula harmoni dan menyatu dengan irama circadian yang terdapat di dalam tubuh secara semulajadi. Sementara itu, formula Tri-enzyme yang dihasilkan berupaya menyingkir alga mikro merah dan hijau yang secara tidak langsung membentuk 3 kandungan enzim yang kuat bagi melindungi anti oksidan dan ditoksifikasi bagi mengurangkan kadar Tanda-tanda penuaan pramatang seperti kehilangan keanjalan, garis dan kedutan kulit. 

Akhirnya, teknologi aroma patent-pending yang menggabungkan sains tidur dengan terapi bau telah ditunjukkan teruji secara klinikal berjaya meningkatkan kualiti tidur secara tidak langsung. Terapi aroma yang disediakan memberi peluang kepada minda dan deria lainnya berihat sepenuhnya. Hasilnya, penampilan kulit kelihatan lebih sihat apabila bangkit dari tidur yang lena. 
Untuk maklumat lanjut, layari:



No comments:

Powered by Blogger.