Shazam Movie

12:38
Semalam pergi ke AEON Big Bukit Raja sebab ada barang yang nak ditengok. End up with tak jadi beli barang tuh tapi tengok wayang cerita Shazam.

Memang takde dalam agenda pun tengok Shazam ni sebab den rasa macam tak best je movie ni.

Tapi surprisingly movie ni best k. Kiddos suka sangat, si A pun tengok sampai habis. Last time masa tengok Captain Marvel, dia dah tertido towards 1 hour to end of the movie.

Shazam ni santai sangat, komedi dan jalan cerita yang senang gila nak faham.
A reluctant hero sebenarnya si Bill Stanton ni nak jadi Shazam sebab apa la budak umur 15 tahun pasal nak berjuang untuk selamatkan manusia daripada kejahatan kan. Nak plak budak yang ada isu sebab rasa bersalah sebab terlepaskan tangan emaknya pada umur 3 tahun di pesta dan menghabiskan masa dengan melarikan diri daripada rumah keluarga angkat dengan misi mencari ibu kandungnya.

Tapi ada beberapa perkara yang sebenarnya boleh diambil pengajaran daripada movie ni:

1. anak-anak sememangnya mengharapkan kasih sayang, penghargaan, perhatian, etc daripada ibu bapa. Kalau mak ayah tak menunjukkan kasih sayang selayaknya, asyik kondem, kritik, bagi kata-kata negative, etc semuanya tuh akan terkesan pada anak-anak. Dr Sivana penjahat dalam cerita ni adalah salah seorang contohnya. Even kebanyakan penjahat dalam cerita superheroes macam Lex Luthor, etc sememangnya macam kekurangan kasih sayang;

2. keluarga tidak semestinya orang yang sedarah sedaging dengan kita. Dalam movie Shazam ni kita boleh tengok walaupun Bill Stanton dok mencari emaknya lebih sedekad dan tak pedulikan orang lain yang cuba menyayangi dia, dia akhirnya sedar yang keluarga angkat dan adik-beradik angkatnya adalah keluarganya sebab sayang kat dia, terima dia seadanya, beri dia peluang untuk perbaiki kesalahan, etc; dan

3. 2 kriteria utama nak jadi superheroes yang dipilih atau the chosen one (bukan sebab kemalangan, etc macam Hulk atau Captain Marvel) mestilah calon superhero tuh kena baik hati dan tidak pentingkan diri. Ciri yang sama ditekankan untuk calon Captain America. Kalau kita termasuk dalam kategori luhur hati dan tak pentingkan diri, kita ala-ala boleh jadi superhero la kan hehehehhehee.

Of course la dia bukan in the same level dengan superheroes yang serious baik dari Marvel dan DC tapi tetap la ianya dalam kelas tersendiri.

Bila den tengok movie Shazam ni, den rasa sebenarnya tiada pertandingan superheroes Marvel vs DC yang mana lagi best. Bagi den superheroes daripada kedua-dua ni saling melengkapi antara satu sama lain walaupun kadang kala similarity tuh macam ada di sana sini.

Bagi den kalau nak tengok superheroes yang serious dengan story line yang complicated sila la tengok superheroes Marvel.

Walaupun DC memang ada serious storyline macam Batman dan Superman tapi still kalau nak tengok superheroes yang santai dan tak perlu fikir banyak sangat, kita boleh pilih DC superheroes macam Aquaman dan Shazam ni ha.

Cuma costume Shazam ni walaupun den tau diadaptasi sebaiknya daripada komik tapi tak sure kenapa di mata den nampak 80an sangat patternnya tuh hehehehehe.

Disebabkan den tak pernah plan nak tengok movie ni, makanya den tak baca la review ke siapa pelakon dia, etc.

Alih-alih bila tengok si Shazam baik Shazam hero dan Shazam yang ahli sihir tuh, den ada rasa macam kukenal siapa yang berlakon ni tapi siapa ye. Dah habis movie bila den google baru la den tau si Shazam tuh adalah Zachary Levi, lead character dalam drama series Chuck. Mamat nih memang sajak benar dengan watak kelakar.

Shazam yang ahli sihir pula rupanya si Djmon Hounsou, den mula kenal dia masa dia couple dengan Kimora Lee dulu-dulu, korang mungkin kenal dia sebagai Korath dalam Guardian of Galaxy dan Captain Marvel.

Penjahat adalah Dr Sivana yang dilakonkan oleh Mark Strong (mula-mula den confused mamat ni dengan Stanley Tucci).

Kalau ada anak-anak peminat superheroes macam anak-anak den, movie Shazam ni memang sesuai untuk tontonan satu keluarga sambil bersantai makan popcorn, nachos dan hotdog (yang of course akan habis dimakan masa dok tengok trailers sebelum movie sebenar ditayangkan hehehehehe).

Movie santai gila yang sesuai untuk sesi bonding sekeluarga.

4 comments:

  1. Syok pulak baca komen cite ni... nak pergi tgk movie tp kawan memasing dah berkeluarga... beli buku & shopping gigih lagi sengsorang..tp tgk wayang mcm pelik pulak sengsorg.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula memang weird kot. Lama-lama akan okay. Seronok oooo makan nachos tak payah berkongsi dengan sapa-sapa hehehehehehe

      Delete
  2. tengok trailer cem krik2 je hahaha.. tataula macam mana.
    tunggu Avengers je ni !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Avengers tuh dah masuk dalam senarai wajib tengok tapi tuh la Loki dah takde. KSarie paling minat dia sebab handsome kot Tom Hiddleston tuh heehheheehehhe. Dah dia takde kena la root for Iron Man, the sexy Robert Downey Jr.

      Delete

Powered by Blogger.